Wednesday, February 8, 2017

Random 2016

Assalamualaikum wbt...

Lamanya tak menulis, lama betul jugak nak perah idea nak bagi satu-satu entry tu ditulis dengan jayanya! Saya cuba jugak untuk menulis, supaya tak sepi dan ada penulisan disetiap cerita ye.... Entry ni random je, selitan beberapa aktiviti n peristiwa. (untunglah kalau ingat satu-satu!). HAHA!

1. Along dah kawen!
Along ni adik sepupu saya, muda 3 tahun je dari saya. Baru je menamatkan zaman bujangnya bulan Oktober lepas. Dia ni antara yang rapat jugaklah dengan saya.



refreshment di aeon mall sahah alam


2. Makyang operation
Makyang saya ni masih single, dia kena ketumbuhan pada breast. Kesian dia, dah la takde waris, dugaan sakit pula menimpa. Dia buat operation di Institut Kanser Negara, Putrajaya. So saya tolong tengokkan dia semasa di IKN tu. Keluar dari IKN pun duduk rumah saya 4-5 hari juga. Alhamdulillah skang ok dah lukanya. Harap sample yang diambil bukan kanser la. Huhu.. Apa yang menariknya, di IKN ni menu makan boleh pilih sendiri, seperti layanan wad kelas pertama gitu. Bil juga tak mahal, penginapan 4 hari 3 malam + operation RM 110 je lebih kurang. Murah sangat kan?

masjid besi dari IKN
4. Birthday Arisha yang ke 8
Tahun ni memang tiada sambutan harijadi. Birthday dorang saya belikan kek SR je sepotong buat syarat. Apa yang penting doa yang berpanjangan kan... Happy birthday anak...moga kamu menjadi anak yang solehah!
budak simple
5. Home work
Arina skang dah ada assignment dari sekolah. Dasyat jugaklah budak-budak ni sekarang. Kalah zaman saya sekolah dulu. Siap kena menjahit lagi. Kalau ikut logik, budak besar tu macam belum sesuai diberi jarum dan benang. Tapi tu kata mak-mak sangat. Rupanya silibus sekolah dah makin ke depan. Diorang kena jahit lapik cawan. Arina cakap dia tak reti nak jahit renda pada lengkungan bulatan bentuk lapik tu. Maka saya pun tolong la, jahit sembat besar, dia sambung jahit sembat halus sikit. Hasilnya...

taraaaa...oklah kan, budak 10 tahun tak sampai
6. Pakcik En. Mus kawen
    Alhamdulillah pakcik hasben ni dah bertemu jodoh dengan orang Jenjarom. Agak mencabar jugak bila
    ke sana sebab memang tak pernah pergi. Mujurlah senang jumpa.


Balik singgah The Mines, nampak tak saya tak berspek tu...spek berderai




7. Hari Kanak-kanak
Sekolah budang-budak ni tiap-tiap tahun sambut hari kanak-kanak. Setiap tahun juga ada tema. 2016 tema cita-cita saya. Gigih la mak pinjam baju Dr kat ofis. Saja buat seronok-seronok pembakar semangat gitu.. Sekali-sekala. Yang sewakan kostume pun ada ye... Kebetulan drama suri hati mr. pilot tengah tayang, ramai amik kesempatan jadi pilot. Haha..

kenangan...mak dia siap tempah name tag tau!
Sekian dulu kisah random, kisah lain saya buat entry lain, dapat panjang sikit (kalau ada idea). Kalau tak panjang pun tak mengapa, ringkas tapi padat gitu!

Lotsa Lurve,
ShimaShafii