Friday, December 16, 2016

Kipas

Setiap yang datang pasti kembali.. Tamatlah riwayat kipas rumah kami, Cik Rubine :-(
Saat beliau pergi tanpa diduga.. Nak cari pengganti bukannya senang, modal pun besar! Kalau ikutkan, Rubine bagi 10 tahun warranty motor kipas. Tapi nak pergi HQ dia kat Manjalara.. Sayapun tak pernah pergi sana. Di Kepong nunnnn.. Kalau betul kipas ye free, kalau benda lain, nak kua lagi modal 2-3 ratus?? Sudahnya survey kat Lazada pun semua harga RM300+... Tu paling murah. Try cari remote baru pun tak berjaya. Kotlah problem remote kan. Gigih pergi Jalan Pasar, KL cari remote model Rubine. Sampai amik cuti..kau mampu?? Tapi best lah Jalan Pasar tu, segala mak nenek barang elektrik n elektronik ada jual. Saya rasa kalau zaman buat projek SPM dulu gi situ mau saya buat robot! Cakap je nak komponen apa, semua ada... Bestnya.. Berbalik kepada citer kipas tadi, sudahnya tunggu gaji baru beli pergi beli. Beli kat kedai main road depan Balai Polis Kajang. Harga payah beno ditawar. Beli KDK RM340 rasanya harga dia..(tak mampu nak ingat sebab lama dah..bahahahaha). Upah pasang kalau ngan cina kedai tu dia nak RM50. Encik suami kata tak payah. Contact sorang brother kat area umah kami, tanya baper upah pasang dia cakap RM 30. Deal! Dekat, senang, jimat. Mana jimat kau jimatkan jelah. Zaman RM ni woihhh!

Cik Rubine berjaya berkhidmat lebih dari 6 tahun
Alkisahnya, lepas setel pasang semua n guna KDK selama beberapa bulan, terpergilah pulak kedai elektrik area Pekan Kajang (depan Maybank). Tanya harga model yang sama KDK tu dia bagi harga serendah RM290! Murahnya... Jauh beza dengan yang kami beli. Tak aci betul! Tapi takdelah saya gigih tanya ada cop SIRIM ke tidak. Dah saja tanya, bukan nak beli. Highly recommended kedai tu, sebab boleh tawar menawar dengan mudah. Saya rasa apek tu dah habis bayar hutang kedai tu la... Murah sangat. :D

Tapi lupakanlah kisah sedih tu, harap Cik KDK mampu berbakti berpuluh tahun. ;-)
Lupa plak nak snap gamba Cik KDK.

Sekian kisah Cik Rubine n KDK :-)

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

No comments: