Friday, December 9, 2016

Kem Sekolah

2 September 2016 yang lalu, Arina terlibat dengan kem sekolah yang diadakan di Port Dickson. Sebenarnya tak berapa nak kem sangatpun, sebab diorang tidur di Prima Land Resort, Port Dickson. Mula-mula berat hati nak lepaskan, tapi lepas dapat surat 'cinta' dari dia dengan segala ayat manis dan rayuan, kami izinkan dia pergi. Antara ayat dia, "kakak janji kakak jaga diri kakak elok-elok" .. Ha gitu..

Mereka pergi menggunakan bas dan fasiliti Angkatan Tentera Malaysia. Lunch sponsored by ATM jugak. Untunglah nama sekolah korang ni Leftenan Adnan. Ada connection yang baik dengan pahlawan-pahlawan Malaysia. Selama 2 hari 1 malam di sana, habis juga kot Muzium dan tempat-tempat menarik yang mereka pergi. Selain dari itu, aktiviti mandi kolam jugak yang paling best. Hanya dapat beberapa gambar je hasil daripada perkongsian guru di group whatapps.

Nampak secoet gambar Arina
Nasi buluh



Total 3 buah bas

No comments: