Thursday, December 22, 2016

Berbasikal di Taman Botani, Putrajaya

Salam semua,

Bila dah berkeluarga, ada anak-anak pastinya ketandusan idea nak bawa berjalan atau ke mana-mana. Lagi pulak zaman RM, kua je RM, kan? Budak-budak pulak memanglah kadang tak minta pun nak berjalan. Tapi kita ni sebagai parents faham dah, weekdays memang budak-budak pulun sekolah. Dah malam buat homework pulak. Cikgu pulak jenis bagi homework kaw-kaw masa weekdays. Kesian dorang, penat mental dan fizikal. Bila hujung minggu kena bagi juga diorang santai-santai kua, dapat lepaskan tekanan harian. Eh, budak-budak pun stress tau sekarang. Kalau boleh taknak dorang simpan stress tu sorang-sorang. Anak-anak saya belum pergi tuisyen, kalau tuisyen lagi? Kesiannn...

Sekali ternampaklah orang share gambar naik basikal kat Putrajaya. Best juga ni... Rate sewa pun murah je.. RM 4 sejam untuk 1 basikal. Masih di paras kemampuan. Punyalah excited bila dengar nak gi naik basikal. Keluar rumah pukul 3.30 petang ingatkan dah awal dah. Rupanya tu waktu dah lewat ye. Basikal hampir habis. Kekonon nak cycling ngan Aqilah dok kat carrier. Basikal jenis tu habis! Kecewanya. Sudahnya gilir-gilir je lah temankan anak-anak sambil lepaskan gian naik basikal. Selebihnya tengok gambar pulak ye..

excited!





merempan nak jugak naik basikal, tak padan pendek!




Namanya budak main je di mana-mana

Muzium ni tutup pulak, lama sehingga 2017 (bulan tak ingat)
Masa pergi tu, cuaca tak panas sangat. Sedang-sedang je. Tapi dia punya peluh tu, keluar macam air terjun. Nampak sangat lemak tepu banyak. Bagus aktiviti sihat macam ni. Kena selalu pergi. Budak-budak pun happy. Siap mintak nak pergi lagi minggu depannya.

Selain Taman Botani, banyak lagi taman-taman yang kita boleh sewa basikal. Yang saya tahu Taman Wetland dan Taman Botani, yang lain boleh cek di website Perbadanan Putrajaya. Boleh ronda-ronda sihat di Putrajaya gitu. Oklah, sekian saja coretan kali ni. Mood pulun entry 2016 sebab dah hujung tahun. Sempat ke?


Lotsa Lurve,
ShimaShafii


No comments: