Monday, September 19, 2016

Demam Drama Korea

Assalamualaikum semua...

Lama sungguh daku tidak bersiaran di blog ini. Rindu juga kat blog ni. Tapi sekarang ni idea nak menulis tu sangat-sangat terhad. Mungkin faktor tengah demam tengok drama Korea. Patutlah kawan-kawan peminat tegar drama Korea pernah cakap, jangan mula nanti susah nak berhenti! Rupanya memang berhantu jugaklah citer Korea ni. Huhu!!

Kalau yang follow blog ni tentu tau saya pernah follow n suka tengok King 2 Hearts, lepas dari tu memang tidaklah tengok drama Korea. Pastu tengok plak Descendants of the Sun. Eh eh, best plak citer ni. Demam citer ni je makan 3-4 bulan kauuu! Memang giler penangan drama ni. Untuk sesiapa yang tak suka drama Korea, kalau layan pasti suka! Percayalah...

So, mula dari situ, si hero Song Joong Ki tu juga pernah berlakon drama Sungkyungkwan Scandal. Dia menang award sebagai pelakon tambahan. Tengok tu, gigih mak hencik gugel tahu! Tapi drama tu saya tak suka sangat, tengok sebab nak tengok si hero tu je.

Mulalah tengok siaran KBSW. Padahal sebelum ni haram tak tengok. Tengok Beautiful Mind, Master of Revenge, She Was Pretty, Shinning Inheritance, Pinocchio n banyak lagi yang saya tengok separuh jalan tapi agak kurang menarik dan budak-budak sangat..so yang begitu mak hencik tak suka hokayyy... Citer style-style penyiasatan ke, misteri ke, kerjaya ke.. yang penting citer orang dewasa la. Yang begitu ok. Hihi!

OKlah, saya stop sampai sini dulu pasal hobi baru ni. Sebab kot ada yang muntah pulak baca.. ;-P

Sekian,

Lotsa Lurve,
ShimaShafii