Wednesday, August 17, 2016

Ceritera Raya ~ Part III

Salam,

Sambungan lagi koleksi-koleksi gambar berhari-raya... Tahun ni tak sempat nak pergi jauh-jauh.. Raya yang dekat-dekat je. Kebetulan banyak open house yang dekat-dekat. Habis jauhpun Putrajaya je. Ada juga yang tak smepat pergi.

Raya di ofis juga biasa-biasa je. Macam tak semeriah tahun-tahun lepas. Pejabat YBMK bergabung dengan Pejabat YBTMK. Mungkin tu salah satu sebabnya. Kalau tak merasa juga 2 kali makin kambing gitu! Jamuan yang KKM anjur plak sikit bebeno makanannya. Topup sikit je, ke ada simpan ke lain tak tau la kan..

Jamuan Bahagian juga dah tiada, so terpaksalah kami handle jamuan Cawangan sahaja. Konsep potluck gitu. Berbagai cabaran kami hadapi demi menjayakan jamuan yang awesome ituuu tahuuu.. Tapi hasilnya memang best. Bos pun suka!

Oklah, tak larat nak karang ayat dah.
Jomlah layan gambar lagi..


Rumah Tim di Putrajaya

Rumah Fiza di Sg Sekamat

Rumah Eda di Sg Kantan


K. Saleha, anak dia kawen

Jamuan raya KKM

Gigih pinjam lemang kat ofis orang

Wajah-wajah yang menjayakan kenduri haritu

Itu saja cerita penutup raya kali ni. Tahun depan jumpa lagi ye citer raya. Hihi..

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Swimming Pool @ Pusat Kejiranan Presint 11, Putrajaya

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Nak cerita kisah lama, lama sesangat sebab rasa macam tak payah nak cerita kat sini. Tapi kejadian semalam tu membuat ahkak rasa kena tulis jugak. Kejadian apa? Kejadian anak setting tab sampai habis semua hilang dalam benda tu! Takda banyak benda, cuma ada sekali kami pergi Zoo Negara, gambar-gambar semua dok dalam tu, video, tosah cakaplah, memang banyak dan tak pernah transfer ke PC pun. Huwaaaa....sayangnya.. Dalam FB pun takde langsung gambar-gambar tu. Senang cakap langsung takde backup. Anak..lahai anak! Dah rasa macam nak kunyah-kunyah je mereka!

Berbalik pada cerita asal, saya ni memang malas sangat nak bawa dorang ke pool. Malas nak mengesahkan kain baju basah tu. Bau air pool kan kuat bau klorin. Kena bilas lebih, pastu baju akan jadi rosak. Tapi baju proper OK je, ni sebab pakai baju biasa. KIHKIHKIH.. Oleh kerana bebudak ni merempan-rempan nak ikut lawatan yang sekolah anjurankan, sebagai ganti, mama ayah dorang setuju la bawa ke pool ni. Saya kurang berkenan anak-anak ikut lawatan sekolah. Sebab caj yang sekolah kenakan langsung tak masuk akal! Melawat tempat-tempat free atau tiket murah, tapi caj sampai 60 hengget! OMG, makpak dorang kerja cop duit ke hape? Kalau sorang mungkin tak kisah, kalau 2..3..4..? Haru weh!

Nak menjayakan budak-budak ni ke pool pun bukan mudah. Mula-mula pergi hari Sabtu petang, Sekali sampai, hujan lebat sekali pakej ribut petir! Frustlah budak-budak tu. Tunggu jugak sampai pukul 6 lebih, tapi takda tanda hujan nak sidang. Dan masa tu memang musim hujan petang bawa ke tengah malam. Balik jela. Kesian punya pasal, pagi Ahad bawakan sekali lagi. Alahamdulillah cuaca ok. Gembiralah mereka duduk dalam tu sampai takmo keluar. Sikecik Qila, tak padan kecik nak berdiri sendiri taknak dipegang dok dalam tu ye.... Berlagak sangat kau nak! Siap menangis-nangis taknak balik. Pening mak nak...lenkali tunggu kau besar dah berakal la baru pegi lagi jawabnya.

kejadian hari Sabtu


Boring dah hujan belum sidang


Barulah gembira

Nampak tu objek pendek tu
Pool kat sini bestlah, suasana hotel sikit. Pastu dorang asingkan tempat budak-budak, tempat baby-baby n tempat dewasa. Best dia sampai kami orang last kua dari situ okeh! Kesabaran jelah...


** Gambar selingan, masa mandi di Bandar Pelangi Semenyih**


Anak-anakku hilang ntah kemana

Lebih best kat Putrajaya... untunglah orang Putrajaya..hihi

Sekian dulu citer pool..

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Thursday, August 11, 2016

Makan-makan @ Seoul Garden

Hi semua, kembali bersiaran...
Sekarang ni macam lemau sangat takde idea nak menulis.
Ntah apa yang difikirkan pun tak tau! Huhu..

Lepas raya haritu, ofis mate saya belanja makan kat Seoul Garden, IOI City Mall.
Jom layan gambar..




Memang kenyang giler lah mentekedarah kat sini.
Huhu..

TQ Jay, murah rezeki belanja kita.

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Wednesday, August 3, 2016

Ceritera Raya ~ Part II

Assalamualaikum..
 
Nak sambung citer raya lagi. Kali ni raya sebelah Johor pulak. Kami sampai Batu Pahat raya ketiga. Alhamdulillah perjalanan lancar dan dipermudahkan. 3 jam je dah sampai Batu Pahat. Sampai je sana, adik beradik lain memang tunggu kami sampai. Sebelum masing-masing bertolak ke kampung mertua masing-masing. So kiranya first time la kot, dapat jumpa semua macam ni. Rezeki kan...Alhamdulillah..

Khadeeja Najla

Nia Adeena

Nia n mama

15 orang semua cucu mil n fil


Aleeya Safiyya Zara n Nur Aqilah

Ahmad Nafees (masih dalam hari)
Meriah la petang tu. Malamnya dah kurang meriah sebab yang tinggal kekanaknya cuma anak-anak saya n 3 beradik comel, Najla, Nu'man n Nafees (tido je).

Raya ketiga baru keluar beraya. Tupun dah malam baru keluar. Punyalah malas nak kua beraya (orang lain..haha). Saya memang dah siap-siap dari pagi. Haha.. semangat tau mak hencik!

Sudahnya..



encem n cool je Nu'man ni

umah maklong esah

Aku balik dah masa ni.

gemuknya mak hencik

umah maklong piah
Beraya sampai ke malam. Tapi tak sempat juga nak g semua rumah. Dah tengah malam woihhh.. Orang mau tidur daaa..

Esoknya memang tak kemana dah. Siap-siap nak balik Kajang pulak. Risau jalan jem satu hal la juga. Mujurlah jem sikit-sikit je. Anak-anak pun baik-baik je dok dalam keter sempit tu. Kihkihkih.. Alhamdulillah dipermudahkan. Sekianlah kisah raya kami di Johor.

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Empire Steamboat, Cyberjaya

Assalamualaikum...

Punyalah berzaman nak buat entry baru... lemau-selemau-lemaunya semangat tu! Kronik sungguhla penyakit M tu sekarang. Nak cerita, haritu (bulan berapapun dah lupa) nak buatlah makan-makan untuk bos besar kami. Asyik pergi restoren yang je pun bosan kan. So survey kat internet, jumpalah Empire Steamboat. feedback semua ok, murah dan variety foods dia. Harga buffet weekdays dalam RM25.90 kalau tak silap.

Sampai je kat situ, aman je rasa. Sebab memang tak jem langsung. Parking senang, dalam mall tu pun tak ramai orang. Empire Steamboat ni terletak dalam bangunan Gem In Mall, Cyberjaya. Tempat baru je gayanya. Meh kita tengok gamba makanan yang smepat di snap.

penuh meja

Dimsum

Pau

Sushi oren tu sedap

first time rasa scallop
berasappp
yang diraikan

kenangan

Sebelum puasa haritu, sempat juga bawa budak-budak ke sini lagi. Husband belanja kali ni. Nak bagi anak-anak dia makin buntat la tu. Budak-budak suka la, sebab ada playground kat situ...juga aiskrim lembut. Berulang amik tu je. meh layan gambar lagi.





kena ada juga gambar kat sini.haha
Semua puashati, harga, sebab kanak-kanak bawah 10 tahun FREE.
Foods banyak. Selalu top up. Cuma weekends tu ramai orang so lambat sikit top up n cepat habis.
Suasana ok, semua selesa.

Sekian,

Lotsa Lurve,
ShimaShafii