Thursday, July 21, 2016

Ceritera Raya 2016

Assalamualaikum semua..

Tahun ni kami sekeluarga beraya di Perak dalu. Mak saya kan dah tinggal sorang. kesian beliau... Kot ada anak yang lain bolehlah temankan. Tapi saya sorang je, maka kena terimalah begitu adanya. Balik awal juga, sebab risau weekend tu jalan jem. Memang tak lalulah nak hadap dengan anak-anak. (Rasa terlalu tua plak nak hadap jem, muahahaha).

Tahun ni agak hambar sikit, persiapan pun ala kadar. Saya langsung tak buat kuih raya tahun ni. Memang sejarah sangatlah kalau tak buat kuih raya. Baju budak-budakpun semua beli last minute. Termasuklah baju makpaknya. Konsep tahun ni, asal ada je, SYUKUR gitu.

Gambar Pra-Raya :-P

Dalam sejarah jugak mak saya tak masak lemang tahun ni. Nampak tak betapa kami tak raya sangat tahun ni. Sobsobsob. Mak beli je lemang tahun ni. Pun syukur dapat gak beli lemang. Dibuatnya habis, maka makan lemang kat umah orang lah kami. Lagi sadis tu! Hahaha...


    
Penuh skrin uolls









Layan gambar ajelah ekkk.. Senang sikit takyah taip panjang-panjang... Dasar kannnn..

Dah ngamuk dah!

Sebelum mengamuk
Dengan sepupu-sepupu


Balik kampung emak sekejap je. 2 biji rumah je. Pastu balik tidur. Tak raya sungguh. Haha!

Raya kedua pakailah baju jalan-jalan juga. Tapi pun tak kemana sebab petang dah nak balik Kajang. Beraya satu rumah je hari tu. Bergambar dalam rumah ajelah ye :D











Uwekk

Petangnya kami gerak balik Kajang dah. Kena jem... 5 jam baru sampai Sg Besi, bukan rumah tu. Dinner pukul 11 malam. Pukul 2 pagi juga la baru ridur malam tu. Setelkan 2 bakul kain masuk mesin. kena buat jugak, kalau tak mau pingsan sebelum naik kerja.

Nanti sambung raya di Batu Pahat pulak.

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Monday, July 18, 2016

Selamat Hari Raya

Salam semua...

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin



Nanti kita story lagi ye.. sekarang ni mood ke laut sangat-sangat nak update blog.


Lotsa Lurve,
ShimaShafii