Monday, June 13, 2016

Rabun

Salam,

Hari tu saya ada share pasal bawa anak-anak cek mata di Majlis Optik di sini. Lanjutan dari itu, Arisha harus direfer pakar untuk pemeriksaan lanjut.


Kali pertama datang hospital, Arisha cuma diperiksa secara manual je. Sekejap je cek. Lepas tu amik tarikh appointment yang lain untuk cek lebih terperinci. Doktor pun tak kata pape.


Kali kedua cek, mula-mula cek manual dulu, lepas tu letak ubat titis. Lepas letak ubat titis kena tunggu lama. Lama sangat, hampir nak dekat 2 jam! Maybe sebab ramai orang kot. Cek power, dah naik dari sebelum ni. Terkejut sangat! Silau kiri kanan 200-250 n ada rabun dekat sikit. Doktor cakap kena pakai spek sepanjang masa. Masa tengok urat mata, semua normal. Alhamdulillah.

Doktor suruh buat spek, n mereka akan pantau setahun sekali untuk tengok samada kurang atau makin naik.
Nampaknya anak-anak kena pakai juga spek di awal usia. Huhu..

mother n doter



Redha je la mak hencik!


Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Program Cuti Sekolah

Awal cuti sekolah aritu saya registerkan budak berdua tu ke program cuti sekolah di Surau TS bertajuk "Seronoknya berpuasa". Program tu setengah hari je. Mulanya saya nak tunggu diorang, tapi Aqilah lambat bangun,so hasben tinggalkan je dorang kat situ.



Ada jurnal ramadhan



Ok sangat-sangat program ni. Anak-anak pun kena ada juga pengisian rohani sebegini. Impaknya sangat besar n saya sendiri terkejut tengok. Masing-masing sibuk nak update jurnal tu.

Next time kena join lagi kalau ada program-program macam ni. InshaAllah.

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Salam Ramadhan

Alhamdulillah, harini genap umat islam berpuasa di hari ke 8. Sekejap je kan... Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapan selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan blogger. Punyalah lama tak selak-selak blog. Habuk tebal dah. Ni semua angkara DOTS. Kahkahkah.. Bulan puasa ni takyah la buat benda-benda laghaa,  update blog ok sikitlah... :P

Dari first ramadhan hingga sekarang masih lagi berjaya bangun sahur. Walaupun kadang-kadang masa ngam-ngam je, sempat jugalah masak mee di kala nasi habis pagi tu. Bayang ek, 5 pot kat umah mak hencik, dah tak baper cukup nak cover sampai sahur... Betapa ramai dah ahli jemaah pak hencik. HEHE...

Anak-anak dara yang 2 orang tu, alhamdulillah penuh lagi berpuasa. Terawih kat surau pun penuh, kecuali malam tadi, baru sampai dari kampung n tak sempat nak ke surau. Potpetpotpet gak dorang tak dapat gi surau. Bertabah je dorang gi berdua je kat tempat muslimat tu sebab mak hencik tak dapat ke surau, sikecik tu kang takut di luar kawalan. Berkat dari hantar dorang program awal cuti sekolah ituari... Rajin puasa, solat n solat terawih. Alhamdulillah...moga berkekalan.

Hari ni sesi persekolahan dah mula balik. Harap-harap segalanya dipermudahkan. Jalan konfem jem, rushing amik bebudak sekolah lagi... Bertabahlah. 

Lotsa Lurve,
ShimaShafii