Wednesday, March 30, 2016

Kelapa Leleh di Kampar, Perak

Salam semua..

Kelapa leleh ni rasanya tidak asing lagi untuk penduduk Malaysia. Semua tempat ada jual rasanya. Beza harga dan bahan apa yang digunakan. Cuaca masa tu sangat panas. kena sangatlah masanya untuk mencuba mende ni. masa tu pergi empat beranak sahaja. Mujur lah, kalau tak mungkin balik tanpa makan apa-apa. Hahah.. Sebabnya service adalah sangat-sangat slow walaupun order kita amik kertas, tulis dan hantar sendiri ke kaunter. :D Harap-harap lepas ni ada penambahbaikan lah servicenya.

Inilah kelapa leleh yang kami nikmati.

Choc Strawberry

Lupa dah nama apa

Oreo
Kami order 3 sahaja. Saya order air biasa sebab tak tahan kehausan. Order juga cucur udang tapi hampalah rasanya. menu lain ada laksa, rojak buah dan lain-lain.

Sekian sahaja.

Oh ya, oklah sedap, cuma mungkin takdelah sampai membuat terasa teringin sangat lepas ni.

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Monday, March 28, 2016

Main masak-masak

Boringnya la haiii kalau weekend tak kemana. Layan anak-anak n masak-masak dengan kemalasan je la kita! Hahah.. Kelmarin sempat buat puding roti simple.. Guna bahan-bahan yang dah hampir nak expired tu, membazir kalau dibuang kan...

Tadaaaa..

Sebelum bakar

Roti Wholemeal
Choc chips Hershey 
Gula-gula beli di kedai Makcik
Choc sauce Hershey

Umphhh!

Selepas bakar

Jumaat malam tu menyiapkan tempahan jiranku punya order kek gula hangus. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak. Lupa pulak nak snap picture. Setakat ni baru je 2X jiran tetangga order kek gula hangus. :-)

Sekian,

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Nur Aqilah Is 2!

Alhamdulillah ... syukur, anak keempat dah menginjak ke umur 2 tahun.
Semoga Aqilah membesar menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat, dimurahkan rezeki yang halal, dipanjangkan umur dalam keberkatan serta menjadi penyejuk hati mama dan ayah. Paling penting jangan asek mengamuk-ngamuk lagi ye nakk..





Ada juga suara krikkrikkrik tak beli lagi kek untuk Qila n Ardini, tapi ntahla, mood saya agak kelaut pulak nak sambut besday budak-budak ni. Hadoii.. kesian juga, cuma harap masanya akan tiba. Huhu.. Qila pula selalu sebut Atok.. Banyak benda dia nampak berkait dengan atok pasti dia sebut perkataan tu. Hiba rasa.. :-( Alfatihah..

Sekian,

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Selamat Bersara

Salam,

Hampir 7 tahun saya di Bahagian ni.
Dan kini SUB kami bersara wajib pada 13 Mac 2016 yang lalu.
Layan picture sekitar majlis persaraan beliau.

Last punch out


Mango Cheese Cake

Choc cake

Laksa Johor

Aras 8



Sepanjang perkhidmatan beliau, tiada masalah dan segalanya Ok-Ok je buat saya.
Dia nampak happy je nak bersara, mungkin ini masa yang ditunggu-tunggu.
Pesanannya, jika hendak menjadi kaya, government servant bukan kerjayanya.*Deep

*Terus rasa tak sabar nak bersara..haiz

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Tuesday, March 22, 2016

Choc Churros

Dah lama teringin nak buat sendiri churros, tapi tak buat sebab takde piping bag dan nozel. Kena beli di kedai kek..masalahnya saya ni rajin sangat nak ke kedai kek tu. Hihi.. Mujurlah jumpa nozel cinonet di Mr. DIY, terus beli walaupun tau kecik beno sizenya.

Hasilnya....tadaaaa...
 
Amatur, abaikan rupanya.hihi

Sedap bak hangggg...
Ewah..memuji masakan sendiri gitu.
Tapi memang kena lah dengan tekak rasa dan kenikmatannya.. Rangup n kenyal.
Buatnya senang, cuma memerlukan kesabaran yang tinggi sebab kemungkinan piping bag pecah adalah tinggi. Saya buat 2 hari mende ni..anak-anak pun suka sangat. Mujurlah sisuami rajin menolong menjaga api ketika memasak. HIHI.. Berlemoih jugaklah beberapa jam di depan dapur.
Saya kongsikan resepi di bawah ye untuk rujukan sendiri dan korang semua. 
Resepi dari FB je..besar pahala orang ni share.

Bahan-bahannya:

1 cawan air*
1 sdb minyak masak*
1 sdb gula*
1/2 sdt garam*
1 cawan tepung gandum
1 biji telur

Cara-caranya:

Satukan bahan bertanda * dalam periuk. Masak hingga mendidih. Perlahankan api, masukkan tepung gandum dan kacau sebati. Tutup api, kacau lagi. Sekiranya masih berketul, guna mixer.

Panaskan minyak dengan api sederhana.

Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bintang. Pipe kan ke dalam kuali dan masak hingga kekuningan.

Boleh disalutkan dengan gula kastor atau serbuk kulit kayu manis atau cicah dengan Nutella dan sebagainya.


* Saya cicah dengan Choc sauce Hershey.

Nyummyyyyyyy

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Wednesday, March 9, 2016

9.3.2016 ~ Gerhana Matahari

Assalamualaikum..

Hari ni tepat 8.23 pagi terjadinya gerhana matahari.
SubhanaAllah, cantiknya.
Saya tengok dengan mata kasar sahaja, tanpa sebarang filter, jadi tak nampak sangat pun.
Ada kawan-kawan guna filem roll tu, memang jelas kelihatan.

SubhanaAllah, cantiknya.
Terima kasih Munawirah sebab sudi share gambar ni...
Suasana menjadi sedikit kelam, tidak secerah selalu.
Betapa besar kuasa Allah...

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Tuesday, March 8, 2016

8.2.2016 - 8.3.2016

Genap 30 hari

rasa macam baru je menatapnya..

setiap minggu kami akan menziarahi pusaranya 

Rindunyaaa..

Al-fatihah

Monday, March 7, 2016

Chicken Chop Kafe Blok E14, Kompleks E, Putrajaya

**melting**

Hai,

Saya kalau sebut je pasal chicken chop mesti suka. Mesti rasa nak try. Tapi kadang-kadang, ada jugak yang rasanya mendukacitakan. Yang ni husben saya la yang pulun psiko saya. Siap bagi gambar kasi terliur. Yang malasnya, kena jalan sikit nak pergi Blok E14 ni. Sayang lelemak saya. Hihi!! So satu hari aritu try jugaklah makan ngan sidia, sedap rupanya! Ayam nya bukan yang jenis ada bread crumb tu, macam salut tempura, dipadankan dengan cheezy wedges dan salad n mayo. Harga pun sangat berpatutan, RM 7.50 1 set. Makan pun jadi kenyang sangat-sangat. Mungkin sebab wedges tu banyak.

Murah rezeki akak ni jual tak berkira.

Saya bagi 5 sendukkkkk.

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Friday, March 4, 2016

Majlis Amal Islami Peringkat Sekolah 2016

Pada 27 Februari 2016, Sekolah Rendah Agama Rahmaniah menganjurkan Majlis Amal Islami Peringkat Sekolah Tahun 2016. Sebelum ni tak pernah buat secara besar-besaran, cuma antara gugu dan murid sahaja. Kali ni Guru Besar baru nak buat secara besar-besaran. So ramai jugalah yang terpilih untuk acara masing-masing. Budak berdua tu, Arina masuk nasyid berkumpulan manakala Arisha menulis khat. Dorang suruh serumah datang tengok dorang. Bertabah je adik kecik yang banyak ragam tu kepanasan menghavockan keadaan. Sabar ajelah..

Gambar semasa majlis tu saya letak bawah ni.. Mak, Ardini dan Aqilah tengok Arina nasyid di dewan, saya pula tengok Arisha menulis khat di kelas atas tingkat 3. Boleh pulak sesat budak sorang ni. Katanya masa rehearsel, kat surau, tapi semasa majlis diambil alih tempat tu oleh budak solat jenazah.

Tekun
 

Langsung tak rupa khat!

Dari kejauhan, hepi korang ek!

Lawa tulisan anak orang ni

Saya rasa dia juara kottt

Baling kasut, kau mampu??

Lega, dah selesai, tunggu result je

Renyihhh



Tak sempat saya tengok persembahan Arina. Sebab tunggu Arisha. Ingat nak rakam persembahan dia. Hampa, takde rezeki. Keputusan yang diterima, nasyid berkumpulan Arina dapat tempat kedua, alhamdulillah. Arisha tiada kemenangan, tapi dia ok saja, dia cakap, dia puashati dah pandai tulis titik pada tulisan khat! Positif..positif...that's my girl.

Alhamdulillah, walau apa jua keputusan, kipidap, dungibab!

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Thursday, March 3, 2016

Perpustakaan Komuniti 1 Malaysia

Hai,

Semenjak anak-anak dah bersekolah ni, hampir setiap minggu request nak beli buku cerita, novel mahupun komik. Sekali-sekala melayan oklah, tapi kalau selalu sangat tak terdaya pulak mak ayahnya kan. Plus, umah pun umah burung merpati saja, nak simpan pun makan ruang jugak. 

Husband cakap, jom je lah registerkan mykid bebudak tu di Perpustakaan Komuniti 1 Malaysia di AEON Bandar Mahkota Cheras. Dalam 10KM+ dari rumah. Consider oklah dari nak ke KL nunnn. 1 Mykid register boleh pinjam 6 buah buku dan tempoh pemulangan selama 4 minggu. Memang bestlah dapat buku banyak boleh share adik-beradik. Perpustakaan tu pun bagus, semua genre ada, agama, novel kanak-kanak, komik, ilmiah dan banyak lagi. Ni details perpustakaan itu:

Waktu Perkhidmatan

Selasa - Sabtu          : 10 Pagi - 7 Petang
Ahad                         : 10 Pagi - 6 Petang
Isnin dan Cuti Umum   : Tutup

Waktu Rehat - Tutup

Selasa - Ahad            : 1 Petang - 2 Petang
           Jumaat                       : 12.15 T/hari - 2.45 Petang

Perpustakaan Komuniti Mahkota Cheras
Lot F 13, Tingkat 1, Jalan Temenggung 21/9,
Persiaran Mahkota Cheras 1,
Bandar Mahkota Cheras,
43200 Cheras, Selangor
03-90740273
pkmahkota@pnm.gov.my

Di sini juga disediakan 2 buah laptop untuk pengguna melayari internet secara percuma. Tapi kena register dulu sebelum guna. Kalau ramai pengguna, kenalah tunggu. Kalau larat tunggulah, kalau tak bukak je data handphone masing-masing ye. Hehe..

Sekian untuk kali ni.

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Wednesday, March 2, 2016

Sijil Terakhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, saya diberi kesempatan oleh Allah untuk menjadi seorang anak yang sempat menjaga arwah abah saya ketika sakit, tak banyak sedikit saya dapat berbakti kepada arwah dan untuk urusan terakhir pun saya diberi kesempatan. Alhamdulillah..

Aqilah pun tolong urusan terakhir atok

Urusan Sijil Kematian abah dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara Hulu Langat, Kajang. Dulu-dulu masa cukup umur untuk buat Kad Pengenalan arwah bawa saya ke JPN Kampar, skang ni giliran arwah pula.. Cuma jasadnya saja tiada.

Sekian,

Al-fatihah

Tuesday, March 1, 2016

Makan-makan CNY ~ Kiraku Japanese Restaurant, Shaftbury Square, Cyberjaya

Sempena Chinese New Year, bos cina kitorang belanja makan-makan di Kiraku Japanese Restaurant, Shaftbury Square, Cyberjaya. bersempena juga dengan kenaikan pangkat mereka. Sebelum pergi, try google, risaulah juga kan, Halal ke tak, n boleh tengok menu sekali. Rupanya owner restoran ni orang melayu, YM Tengku Hishamuddin Zaizi Tengku Azman Shah Al-Haj. Lega. Tapi bila tengok menu, terperanjat jugaklah, sebab harganya sangat-sangat mahal untuk rakyat marhaen ni. Tapi kalau dah bos yang cadangkan ke sana, so pergilah jugak.

Jom tengok-tengok apa yang kitorang makan, tapi tak sempat amik gambar semua makanan.

Pintu masuk

Bilik Osaka
sebelum maka posing dulu
Bos baru





White Coffee Frape

Sedap sushi ni

Sotong tempura, tepungnya lain rasa dari yang di Zanmai

Yee Sang sebelum digaul

Daging lembu ternakan ekskulif, lupa namanya tapi mahal la harganya..rasanya? sangat lembu tapi lembut dan uratpun halus je

Matcha Creme Brule RM14 (sedap giler)

Yee Sang dah siap gaul. Sedap rupanya benda ni.


Yee Sang!!


Best restoran ni sepadan dengan harga,HIHI

Semua makanan pun sedap...boleh lah terima dek tekak, walaupun pada mulanya selak menu pun nak dekat sejam. Haha.. Banyak giler makanan, siap tapau bawa balik.

So, sangat puashati dengan restoran ni. Cuma mahal sikitlah..

Terima kasih boss, lain kali belanja lagi. (macamlah dorang baca kan..)

Lotsa Lurve,
ShimaShafii