Monday, February 29, 2016

Season's Flower Show @ Eco Majestic

Dua minggu lepas, start viral pasal Season's Flower Show di Eco Majestic, Semenyih. Show ni masih berlangsung sehingga 6 Mac 2016. Kami sekeluarga sempatlah menerjah masuk sini dengan keadaan yang agak padat dan sendat dengan kereta dan orang. Pengajaran, yang mana benda-benda viral tu biasanya mesti ramai orang. Huhu..

Gambar pengenalan


rumah kami (dalam mimpi) HAHA



Gembiranya seperti di laman sendiri





Nak tertido anak aku tengok.haha..
Pasang hajattt




 


Budak ni kejap OK kejap swing



Penat mak kau bawak ke Shanghai, melalak pulak


Puas jugaklah bergambar dan melayan kerenah anak-anak.
Sebab cuaca sangat panas, dalam tu takde jual air, so memang dorang merengek kehausan.
Dorang enjoy, tapi panas tu je menyebab tak selesa kehausan.

Lain-lain, semua ok, tempat tu cantik dan boleh duduk santai-santai.

Sekian dulu,

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Thursday, February 25, 2016

JJCM ~ Mee Kicap

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ni saya nak share mee kicap kegemaran saya. Setiap kali balik kampung mesti akan beli. Memang kena dengan selera lah mee kicap ni.


Sambalnya sedap sangat, cukup rasa pedasnya. Mee tupun sesesap rasa masinnya. Sup pula banyak fish cake n fish ball. Harga pun murah je, RM3.50. Kedainya terletak di Pasar Awam Malim Nawar, Perak. Dibuka Isnin - Ahad, pagi sahaja.

Silahlah cuba, pasti tidak menghampakan!

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Wednesday, February 24, 2016

Detik-detik Perjalanan Menuju Destinasi Terakhir - Part III

Prosedur Kematian di Hospital

1.  Kakitangan hospital membersihkan mayat serta menyiapkan pakaian terakhir abah.
     ( teringin nak ambil gambar abah yang terakhir, tapi tak sanggup :''(  dapat kucup dahi
       abah, melihat wajah yang tenang, tiada lagi bunyi sukar bernafas, cuma nampak
       macam abah tidur je )
2.  Menunggu beberapa ketika, untuk kakitangan membawa mayat abah ke Jabatan Forensik.
3.  Laporan kematian akan dibuat.
4.  Menyelesaikan segala bayaran di kaunter hasil (Free).
5.  Laporan kematian dan permit kubur dikeluarkan.
6.  Menunggu van jenazah.

Tiub ni kotor kena muntah, hari terakhir baru ada stok untuk tukar, tapi ... lapik pink tu pula untuk sendal kepala abah.

Katil terakhir, bukan di rumah kampung, bukan di rumah saya, tapi hospital

Masa di Jabatan Forensik, pihak hospital tak dapat menguruskan kerana jabatan itu sedang direnovate. Jadi, jenazah perlu di bawa ke rumah/ masjid. Masa ni, kawan-kawan, sepupu-sepupu dan makcik saya dah sampai. Mak dan anak-anak saya menunggu di dalam kereta sebab kereta tak boleh masuk. Sedih tak terkata... Agak lama juga menunggu kerana laporan di wad lambat, manakala saya dan suami agak terpinga-pinga tak pernah handle situasi macam ni. Ardini, dia ingat atuknya dah sihat, dah boleh balik, saya cakap atuk boleh berehat dah...selamanya...di syurga. Arisha dan Arina menangis. Semalam di Wad, mereka panggil "ATOKKK" kuat-kuat untuk bagi semangat. Tapi harini ... 

Lebih kurang pukul 1.45 petang barulah van jenazah menuju ke Masjid Taman Cheras Jaya. Suami dan seorang anak sepupu saya menemani abah di dalam van jenazah. Saya drive bersama Arisha. Menggigil jugaklah masa tu. Sampai je hospital saya solat Zuhur dulu, kini baru sempat untuk hadiahkan yasin untuk abah. :'(

Pihak masjid tidak membenarkan perempuan mandikan, takpelah, janji suami saya ada. Setelah siap dikafankan, barulah saya dibenarkan masuk. Saya masuk bersama anak-anak. Saya ajak mereka bacakan al-fatihah bersama di depan atuk mereka untuk kali terakhir. Saya sangat sedih, tapi saya redha abah dah boleh berehat selamanya.

Sampai di tanah perkuburan Bt. 10, Cheras dalam pukul 4.10 petang. Selamat dikebumikan sebelum Asar. Rezeki abah, kebetulan Asar masuk 4.49 petang, ketika ini talkin telahpun dibacakan.

Segala urusan dipermudahkan.
Alhamdulillah, selesai semuanya..

Semoga abah diampunkan segala dosa, kubur abah menjadi salah satu taman syurga dan ditempatkan dikalangan para solihin. Amin.

Ampunkan imah dari hujung rambut sampai hujung kaki, sejak lahir hingga kini, halalkan segalanya ye abah..


-Al-fatihah-






Tuesday, February 23, 2016

Detik-detik Perjalanan Menuju Destinasi Terakhir - Part II

Assalamualaikum..

Sambungan..

31 Januari 2016 - Saya mendapat panggilan tengahari tu Dr telah memasukkan tiub dan abah ditidurkan untuk rawatan yang lebih berkesan diberi. Kami sekeluarga terkejut sangat-sangat. Rupanya malam tadi abah sangat kritikal, bacaan oksigen cuma 77 sahaja. Waris jiran katil abah pun menceritakan yang abah sangat semput malam sehingga pagi itu. Ya Allah.... Kami sampai hospital tengahari, melihat abah terkujur tidur, sangat sedih. Petang tu, abah dah mula menggerakkan tangan. Minta nurse ikat tangan sebab risau abah tarik semua tiub. Berharap abah akan lebih sihat lepas ni...

Hari Pertama; 50% spO2 + 5 peeps

1 Februari 2016 - Abah nanpak dah lali dengan ubat tidur. Ubat tidur pun dah start dikurangkan. Abah boleh gerakkan kaki, tangan, badan, buka mata dan ada respon bila kami bercakap dengan dia. Kalau tak silap, harini spO2 abah dah 40%. Kami lapkan badan abah seperti biasa, gerakkan kaki dan tangan, memang ada respon.. siap angguk, faham, buka mata lagi. Abah dah start diberi air melalui tiub dan petang tu diberi susu.

2 Februari 2016 - Abah masih sama, nampak macam lebih stabil. Cuma pelik kali ni every time Dr. datang je mereka akan cakap abah kritikal, anytime, blablabla.. Tapi pengalaman lalu saya tak hiraukan sangat, cuma terus berdoa untuk abah sihat dan boleh balik. Hari ni, abah muntahkan semula susu yang diberi. Tak tahulah kenapa. Tangan abah seperti menggigil. Dr risau abah kena sawan. Tapi sebelum ni abah tak pernah kena sawan. Ubat sawan diberi. Kesian abah..

spO2 40%, peeps 5
 
3 Februari 2016 -  Hari keempat dah abah tak sedar. Kali ni rasa pelik dah terasa, sebab 3 tahun lepas, hari ketiga abah dah dibuka tiub. Kali ni kenapa lama sangat? Abah juga macam tak boleh hadam susu, bila masukkan susu, keluar balik. Petang tu aku halfday untuk tunggu abah. Malam aku datang lagi untuk tunggu abah.

spO2 40%, peeps 2

4 Februari 2016 - Saya cuti harini. Awal pagi, abah tidak diberi susu lagi sebab keluar cecair pekat coklat dari dalam perut abah. Nurse cakap mungkin perut luka. Akibat dari tiub. Dr. pula kata akibat ulser dan usus luka maka terjadinya pendarahan di dalam perut. Mereka terus beri ubat gastrik. Abah masih lagi agresif bergerak, tapi bila aku minta jangan begerak abah angguk faham dan berhenti. YaAllah detik ini sangat saya rindu.....syahdu sangat. Sampai sekarang masih terbayang anggukan terakhir abah yang mengerti arahan saya. Petang, abah dikehendaki membuat ujian brain scan. Tujuannya untuk mengesan sawan abah. Kami ikutkan saja kata Dr. Lengan abah juga telah diletak tab baru untuk morphine. Dr cakap terpaksa beri sebab abah restless. Petang ni nampak abah tenang je tidur. Tangan je sesekali gerak sikit. Malam, suami pula menunggu abah, sebab kesian kan emak yang terpaksa menjaga Aqilah yang masih breastfeed. Saya dah start penat. Ampunkan anakmu abah...

5 Februari 2016 - Suami ada menghantar whatsapp sebelum subuh tu. Mujurlah tidak didelete gambarnya walaupun sekadar monitor. 

BP dah start tingtong
Rupanya petanda awal semakin banyak harini. Abah masih mengeluarkan cecair pekat hitam, BP pula tiba-tiba tinggi petang itu. Saya snagat cuak petang tu. Kenapalah begitu, fikir saya. Keputusan brain scan jugak belum diperolehi. Saya sangat-sangat resah memikirkan keadaan abah hari ni. Malam ubat tinggikan BP telah dihentikan. Bp abah nampak stabil. Cecair hitam juga semakin sikit. Abah nampak tenang tidur. Yang tak tenang adalah saya. Saya mengaku saya amat penat, bukan penat fizikal sahaja, emosi saya juga, jiwa saya juga. Malam ni giliran saya pula jaga abah. Kaki dan tangan abah dah start sejuk. Saya kerap pegang dan selimutkan abah. Barulah terasa panas semula.

6 Februari 2016 - Awal pagi, Dr cakap jangkitan kuman semakin OK, result brain scan juga normal. Alhamdulillah.. Tengahari kami sekeluarga datang. Masa tu, sepupu saya sampai dulu, cakap Dr. pakar nak jumpa. Katanya mereka bercadang nak tebuk leher abah sebagai alternatif pernafasan abah. Dr. biasa pula seperti tak mahu terangkan secara terperinci, nak juga tunggu Pakar Anaest. Sepupu ada cakap, arwah bapa dia dulu, keluar tahi gagak, macam abah, mak terus pangkah kata tu kua dari montot. Ni dari perut. Petang itu, menunggu Pakar Anaest tidak kunjung tiba. Allah Maha Mengetahui... Kami berbincang, dan bersepakat untuk tidak bersetuju abah ditebuk, cukuplah kesengsaraan yang dialami selama ini. Kami taknak menambah derita abah. Keluarga mertua juga datang melawat abah petang itu. Tiba-tiba saya dikejutkan BP abah turun mendadak petang itu, Allah....nurse segera berikan ubat naikkn tekan darah. Dan mereka menyuruh saya ucapankan kalimah syahadah buat abah. Beberapa minit jugaklah menunggu baru BP kembali normal. Cecair hitam tidak lagi keluar. Abah diberi air biasa di dalam tiub malam itu.. Malamnya, suami saya yang tolong tunggu abah. Kaki dan tangan abah tetap sejuk.

7 Februari 2016 - Masih lagi tidak dapat berjumpa dengan Pakar Anaest untuk berbincang pasal tebuk. Datang makhluk Allah ni, menggusarkan kami. Dugaan buat kami. Saya ok, tapi mak lah yang paling kesian. Harini abah dah kurang sangat respon. Saya rasa morphine dah stop sejak semalamnya. Dan kalau ikut abah sebelum ni, dia dah boleh agresif kembali. Tapi tidak kali ni. Nampak bekas drip ubat tu keluar air, berterusan tapi sikit je. Tubuh abah seolah-olah mengeluarkan semula apa yang masuk. Petang, baru saya perasan mesin bantuan pernafasan spO2 menunjukkan angka 100% dan 5 peeps. Terkejut, tapi saya tak cakap dengan mak. neb juga diberi silih berganti. Tiada senggang masa langsung. Pertama kali saya tengok nurse langsung tak duduk. Demi memastikan abah cukup neb. Hati saya semakin resah dan risau. Mana tidaknya, hari ini hari kelapan abah guna tiub, keadaan makin kritikal. Yasin dan doa tanpa henti, Tapi abah begitu juga. Dr. perubatan biasa sempat jumpa saya dan menerangkan tentang cadangan mereka itu. Tapi saya minta dia berterus terang, tentang keadaan abah, dia kata kritikal dan peluang pun sangat tipis, samaada buat atau tidak. So, kami redha. Untuk tidak tebuk abah. Terselit dihati saya, abah tidak boleh ditinggalkan. Walau untuk turun makan. Suami tolong bungkus, saya makan di wad je malam tu. Tak henti-henti saya doakan abah. Airmata memang meleleh je sejak Jumaat tu. Andai kata nyawa abah panjang, saya pohon Allah sembuhkan abah segera. Tapi andai kata nyawa abah dipenghujung, saya mohon malaikat cabut dengan lembut, tidak direntap, agar abah tidak sakit disaat maut. Selama ini abah dah cukup derita menanggung kesakitan. 2 kali je abah diberi susu, sebab selepas itu keluar cecair susu tidak hadam, berwarna kuning, kemudian bertukar hijau. Petang itu, saya mohon keluarga dan warga ofis doakan abah. Menjelang tengah malam, barulah bacaan spO2 abah stabil. Neb dikurangkan kepada 4 jam sekali. Bacaan spO2 boleh cecah 90 paling tinggi. Apa yang saya perhati, malam itu, bacaan respiratori abah tinggi, mencecah 55, dan dada berombak kuat. Abah dapat tenang sekejap-sekejap je. Tapi berombak semula dada dan bacaan respiratori juga naik. Saya tenangkan abah...bisikkan kalimah Allah, pegang dadanya, supaya abah kuat semangat. Buat terakhir kalinya, saya nampak airmata abah mengalir...

8 Februari 2016 - Tepat pukul 7 pagi. Dengan tiba-tiba, Bp abah drop mendadak. Naikkan ubat tinggikan BP, tapi masih tak ok, bila naikkan dos lagi, baru ok, tapi ok yang rendah. Saya tengok angka 13. Bacaan oksigen juga menurun mendadak. Sampai tahap 65. Paling tinggi boleh pergi cuma 77. Sekitar itu sahaja. Abah diberi neb tanpa henti. Dr. biasa datang, dan dia mengarahkan nurse untuk teruskan neb tanpa henti dan cek abah. Saya rasa tak sedap hati untuk turun bersarapan, cuma bancuh nestum je. Suami datang dalam pukul 10.30 pagi. Masa tu juga Pakar Anaest tengah round wad. Dr tu berceritalah tentang sebab kenapa perlu ditebuk, segala kebaikan diterangkan. Namun, aku mendesak Dr itu mengenai peluang dan risikonya. Nampak keberatan juga dia. Tapi, lambat-lambat dia jawab tipis. Sekiranya diteruskan tiub, sampai masa mereka akan buka untuk elakkan jangkitan kuman kali kedua, pada masa itu berserah saja sekiranya abah mampu bertahan. keputusan yang berat, Dr itu memaklumkan prosedur itu akan dijalankan hari Rabu ni. Saya memang dah rasa muka ni merah menyala je sebab menangis tanpa henti. Sebelum Dr. itu berlalu pergi, dia sempat cakap, abah takkan sempat pun untuk tunggu sehingga Rabu ni... Allahu Akbar... Saya nampak Dr. naikkan peeps ke angka 8 dengan 100% spO2..
Tiba-tiba pukul 11.10 macam tu, berlaku power trick di zon kritikal. 2 buah mesin bantuan pernafasan off. Situasi sangat cemas. Mujur mesin abah ok, cuma monitor sahaja yang off. Sedikit lega, tapi semua Dr. dan nurse bekejar untuk memberikan bantuan pernafasan secara manual. Saya menunggu sehingga keadaan kembali tenang, mesin boleh on semula. Suami offer untuk dia bungkuskan. Tapi hati saya nak sangat-sangat tengok apa makanan di kafe. Dalam pukul 11.25 pagi saya turun ke kafe. Hp off ketika itu, saya tumpang cas di kafe. Dalam 5 suap, suami turun panggil saya naik atas. Yelah nak call tak boleh hp off. Saya dah boleh agak apa yang berlaku. Sampai je saya di katil abah, tirai masih lagi tertutup. Allah...sekujur tubuh abah yang telah pergi mengadap Ilahi. Betapa lain benar warna kulit abah ketika itu, abah yang baru je beberapa minit saya tinggalkan tadi masih elok je kulitnya, sekarang pucat kekuningan. Saya kucup dahi abah, saya belai tangan, dada, muka, kakinya..Sedihnya.......

Cuma suami saya sahaja yang melihat detik-detik terakhir abah menghembuskan nafas yang terakhir..
Mungkin abah tak rela saya yang tengok abah pergi.
Suami cakap, tak lama selepas saya turun, monitor menunjukkan tiada bacaan, cuma angka 26.  Suami panggil nurse, bekejar nurse dan Dr, nurse tutup tirai, dan keluar seorang nurse panggil suami untuk suami bisikkan kalimah syahadah. Abah pergi dengan tenang seperti sedang tidur sahaja. Bertuahnya abah pergi sebegitu mudah.

Abah tinggalkan kami selama-lamanya...

Kami kena kuat
Untuk meneruskan hidup tanpa abah
Juga untuk menguruskan jenazah abah dengan sempurna secepatnya ...

Bersambung..


-Alfatihah-

Monday, February 22, 2016

Detik-detik Perjalanan Menuju Destinasi Terakhir

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum,

Saya cuba kuatkan diri untuk menulis entry ini demi untuk tanda kenang-kenangan kami sekeluarga. Walau hakikatnya, menulis tajuk sahaja bergenang airmata.. Allah....

29 Januari 2016 - Kami menghantar abah ke Klinik Kesihatan Sungai Chua untuk menukar pam. Sebab sebelum ni abah mengadu pam baru dari hospital bulan lepas tak ok sangat. Lebih serasi dengan pam lama yang berkaler purple. Sampai di klinik terus amik neb, lepas neb, abah kelihatan makin semput. Masuk semula bilik rawatan kecemasan amik oksigen pula. Dr. datang memeriksa, dan dia kurang berpuashati dengan keadaan abah. Kandungan oksigen tidak mencecah 98%. So Dr. tersebut refer abah ke Hospital Serdang. Saya menemani abah ke Hospital Serdang menaiki ambulans.


Beginilah keadaan abah semasa menerima oksigen di klinik. Gambar sebelah kanan pula di dalam Ambulans.

Sampai je di hospital, abah dikejarkan ke Zon Merah (kritikal). Prosedur biasa dilakukan. Abah nampak stabil selepas beberapa minit. Petang itu, Dr bagitau abah kena warded juga. Sebab keadaan tak ok. Abah macam biasa cakap tak perlu tunggu dia. Abah ok. Abah memang jenis tak suka susahkan orang.. :'-(

30 Januari 2016 - Kami datang sekeluarga tengok abah. Lama jugaklah lepak di hospital. Abah nampak ok je, stabil. Bawakan bekal rendang daging kegemaran abah. Tapi abah makan nasi n rendang tu sikit je, dia kata malam nanti dia makan lagi dengan roti. Abah kata tak perlu tunggu dia waktu malam... Abah ok. Kami pun lega sikit, sebab abah memang nampak lebih ok hari tu. Mungkin abah perlu ditahan dalam 3-4 hari kot di hospital, fikir kami.

Abah di wad kelas 3, betapa abah stabil haritu


Nanti sambung lagi...

Alfatihah..

Salam sayang untuk abah..

ShimaShafii

Tuesday, February 16, 2016

Nur Ardini dah 5 tahun!


12/2/2011 - 12/2/2016 

Budak kecik ni dah 5 tahun dah! Cepatnya masa berlalu...
Masa baby tak banyak kerenah, dah besar subhanAllah...
Mulut tak reti diam, kakitangan pun tak reti diam..
Penuh kesabaran sungguh mengadap dia.


Sekarang dia bebas diapers sepenuhnya. 
Cukuplah syarat untuk masuk tadika.
Tapi dia masih belum tadika lagi, ikut jejak kakaks,
6 tahun baru ke tadika.
So, gambar atas tu propa je, pandai baca kunun-kunun!

Ardini 2yo

Ardini 2d yo

Segala doa kebaikan dipanjatkan untuknya..


Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Hari Pentauliahan


Salam,

Grand tak grand bebudak sekarang, ada Majlis Pentauliahan lagi untuk yang memegang jawatan utama dan yang berjawatan suam-suam kuku. Arina masih kekal sebagai Pengawas Pusat Sumber manakala Arisha telah dilantik sebagai Penolong Ketua Darjah. Suka bebeno dia, siap berangan nak jadi pengawas. Alahai anak, lagi besar jawatan lagi besar tanggungjawab yang harus digalas. Tapi sebagai parents, kita galakkan je lah. Dah kesukaan dia kan.. Dorang dapat sijil, belum sempat lagi snap gambar sijil tu, bebila free update lagi. Selamat menjalankan tanggungjawab, semoga amanah yang dipikul akan terlaksana dengan jayanya. Aminn..

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Friday, February 12, 2016

Berehat Selamanya..

Pada tanggal 8 Februari 2016 bersamaan 29 Rabiul Akhir 1437H (Isnin) jam 11.30 pagi 
abahku telah pulang menemui sang PenciptaNya di Wad 7C, Hospital Serdang.

..Alfatihah..

Allahuakbar, dengan tenangnya dia pergi..pergi untuk selamanya.