Thursday, January 28, 2016

Cuti Thaipusam

Salam..
Malasnya nak tulis panjang-panjang.
Tengok gambar jelah yea..

Nyorok

Mama puak nyorok



semua benda nak main


Bff la sangat

Keluar ke IOI City Mall je, Arina teringin nak makan sushi kat Zanmai. Banyak pula lantern ngan pokok-pokok sakura. Cantik.. Tu je sempat bawa anak berjalan, banyak pulak cuti bulan Januari-Februari ni..

Sekian,

Lotsa Lurve,
ShimaShafii


Anak aku 4 orang eh?



Tengoklah tu..
Susah sangat nak dapat gambar berempat


Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Chillax vs Calpis


VS


Koranggggg, sedap tau dua mende ni.. Chillax ni gerai tepi jalan UNITEN tu je. Ada macam-macam perisa air sejuk. Ada green tea, mocha, cappucino n segala buah-buahan punya jus. Memang sedap, manis leting gitu. Dah jadi kegilaan sekarang. Ada kad, leh kumpul setem, cukup 6 setem leh dapat free air tau! Baik sangat adik yang meniaga tu, kalau air kocak lain, jangan haraplah....kurang-kurang kena kumpul 10 setem!

Calpis pulak minuman yogurt pertama di Jepun. Kini dah ada kat Malaysia tahu....yang bestnya kafe berhampiran ofis saya pun ada jual. Tak sesusah nak cari.HIH.. Sape kata kena gi jepun cari Calpis? Tak payah.... Minum je kat Malaysia, berlambak dah orang jual Calpis n Matcha (Green tea).

Daaaa...

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Wednesday, January 13, 2016

Saya Ejen Seqy Beauty

Salam semua...

Saya nak maklumkan di blog ini bahawasanya saya adalah ejen produk Seqy Beauty sejak Disember 2015. Baru je lagi berjinak-jinak dengan bisnes produk kecantikan ni. Hihi.. Nanti support la saya yek! Seqy Beauty ni foundernya ialah Sepet Noh, blogger terkenal jugaklah. Kalau tak tau sila google, pasti jumpa! produk ni, produk orang muslim, ada kelulusan KKM, bahannya tidak mengandungi merkuri dan bb cream tu mesra solat tau! Memang best pakai, Tak was-was pun sebab every time saya guna tak cuci muka, langsung xde kesan krim pada telekung. Bestkan..

BB Cream SQB : RM55
Loose item Skincare SQB size besar   
Trial set Skincare SQB : RM130
Sakura Mask SQB : RM80
Bahan-bahan sakura mask

So, korang jomla try produk ni. Apa-apa boleh whatsapp saya ditalian 016-6361793.

Lotsa Lurve,
ShimaShafii


Tuesday, January 5, 2016

Sambutan Ulangtahun Kelahiran Arina Ke-9



As per requested :-)
Ada orang tu request sangat-sangat nak buat birthday party jemput kawan-kawan. Paling tak menahan nak buat goodies jugak. Alahai anak, bak kata kawan saya, result bagus, tunaikanlah hajatnya (eh boleh ke gitu??). Cuma jemput kawan-kawan rapat je. Bajet pun ciput je. Selebihnya nak buat dorang suka je. Jadilah... Selebihnya layan picture je ye, lagipun majlis simple takde mende nak citer.. Wakakaka..




Ni je dapat gambar berempat yang elok

Kek - King's Confectionary
Spagetti Carbonara - Masak sendiri
Jajan - Cookies Crisp dan Marshmallow
Biskut - Polvoron Goldilocks
Air Sirap - Opah buat

Goodies -  Cookies Crisp, Marshmallow dan Polvoron

Simple

Orang lain yang excited. Req nak jugak gini..*fengsan


Enjoyyy


Ada lagi 3 orang kawan-kawan mereka yang datang lambat sikit. Tak ambil gambar dah masa tu. Sibuk melayan bebudak...

Harap berpuas hati ye anak.

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

2016

Alhamdulillah dah masuk tahun 2016 kita. Tahun yang mencabar buat kita semua. Dengan keadaan ekonomi, keluarga yang makin bertambah (eh bertambah??). Orang lain lah! HAHAH.. Untuk saya, cabaran bila anak no.1 dan no.2 berlainan sesi persekolahan masing-masing. Sedikit kepeningan awal-awal ni. PAgi-pagi kena rushing 2 buah sekolah sebelum ke tempat kerja. Balik pun begitu juga. Kena keluar rumah sebelum pukul 7.00 pagi. Kalau tak memang merah la punch card. Tapi, apa yang paling penting, moga segala urusan anak-anak menuntut ilmu dipermudahkan. Tengok buku teks tahun 4 je pun, dah gigil. Tahun 4 dah belajar sejarah, teknologi maklumat & komunikasi serta rekabentuk & teknologi. Manakala subjek untuk sekolah agama telah dipecahkan yang mana sebelum ini imlak & khat, menjadi satu subjek masing-masing. Imlak pastinya semakin tinggi sukatan pembelajaran. Gerun sangat-sangat. Untuk sekolah agama, Arina masih kekal di dalam kelas Saidina Abu Bakar, manakala Arisha naik kelas Saidina Abu Bakar. Untuk sekolah kebangsaan, Arina telah diranking untuk duduk di kelas pertama, 4 Berlian. Arisha kekal di kelas 2 Intan. Ini kerana sememangnya pihak sekolah cuma akan streaming untuk pelajar yang naik ke tahap 2. Bila tengok peratus markah kelas pertama, memang dasyat. Almost pengawas sekolah, pengawas PSS dan cuma beberapa je murid yang memakai baju putih. Pendek kata, baju biru je penuh. No ranking Arina adalah 10 di SKLA, SRA 13 dan Arisha di SRA 4. Harapan saya semoga anak-anak terus dikurniakan sikap istiqomah dan dipermudahkan urusan dalam menuntut ilmu serta dikurniakan kefahaman para nabi dan berjaya di dunia dan akhirat. Amin..


Nota kaki : Ardini akan ke tadika pada usia 6 tahun seperti kakaks pada tahun 2017.


Lotsa Lurve,
ShimaShafii