Thursday, December 31, 2015

Raya di ofis

Ini adalah entry kedua lemau untuk ditulis. Juara ialah entry raya. Orang dah tempah baju raya tahun depan, aku baru nak menulis cerita raya. Nampak sangat buat-buat sibuk kan? PANGG...

Malas nak cerita panjang lebar. Just nak share momen-momen beraya di ofis anjuran dari pejabat-pejabat yang menjemput kami. Ala-ala open ofis gitu!

Ni jamuan raya Pej. Timbalan Menteri. Ada kambing bakar yang sangat sedap. Apsal ntah upload gamba pejam mata nih.hadoi!

Ni jamuan raya Pej. Menteri Kesihatan. Semua sedap seperti biasa, paling win laksa sarawak

Ni jamuan raya KKM.
Ni ofismate pnya open house di Semenyih
Ni makan-makan raya ofimate kami yang dah pencen. sedap giler asam pedas melaka dia
Jumpa pulak gamba ngan YBMK ni.

Tak jumpa pulak gamba jamuan raya Bahagian saya. Banyak juga rasanya berposing haritu. Zaman terlalu canggih, gambar sendiri dah tak reti nak manage.Huhu..

Oklah, jangan dicerca entry ni baru nak buat ye. :D

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Abah.. ~ Part II

Sambungan...

28.12.2015 (Isnin) - Alhamdulillah abah makin ok. Dr. dah bagi pam baru dah. Nampak lagi canggih tu... Abah pun takde dah semput-semput malam n pagi tadi. Tapi abah masih berada di Zon Kritikal lagi.

29.12.2015 (Selasa) - Abah telah dipindahkan ke katil Kelas Tiga. Keadaan makin ok, tiada lagi drip air, cuma bantuan oksigen tiub halus tu je. Sesekali diberi neb. Abah cakap dorang nak hantar ke katil Kelas Dua (aircond) tapi abah taknak. Mungkin abah risau kot jadi macam kes ituari. Saya ikutkan aje. Asal abah cepat sembuh sudah.

30.12.2015 (Rabu) - Terima call dari hospital yang abah boleh discaj petang tu. Alhamdulillah ya Allah....terima kasih... Memang happy sangat-sangat. Sampai je kat hospital nampak la abah pun happy sebab boleh discaj dah. Cuma abah tak boleh nak bergerak laju-laju. Berjalan pun tak berapa larat sebab dah dok atas katil je 15 hari. Balik rumah pun, abah semput juga bila bergerak. Jadi, memang abah tak boleh lasak seperti biasa. Harap-harap lepas ni abah makin ok...

DI SINI kisah abah sebelumnya..

Semoga abah sihat-sihat selalu...harap sangat lepas ni tak warded lagi (walau agak mustahil).
SOBSOBSOB


Lotsa Lurve,
ShimaShafii



Wednesday, December 30, 2015

Nur Arina is 9!


Sempena menyambut ulang tahun kelahiran ke-9 Arina, saya beria mengajak en suami datang jugak ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. 9 tahun dulu namanya cuma Hospital Ipoh je. Kenangan mengandungkan Arina 40 minggu 9 hari, punyalah lama nak tunggu dia keluar sendiri, tapi takmau keluar-keluar. AHAHAHA.... Sudahnya serah diri je kat hospital. Pagi sempat makan lemang sempena raya haji. Patutlah budak ni suka lemang! KIHKIHKIH... Lepas makan lemang baru jumpa jalan keluar agaknya!

Doa mama, semoga kakak diberi kesihatan yang baik, menjadi anak yang solehah, dikurniakan iman dan beramal soleh, menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat nnnnnnnnnn cepat-cepat slim! :D :D :D


Kitorang sayanggggggg kakak ketat-ketat!

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Tuesday, December 29, 2015

Dubuyo, IOI City Mall

Dubuyo merupakan restoran makanan jepun yang agak terkenal jugalah di Malaysia ni. Selalu nampak rakan-rakan alam maya check in di situ. Hari jumaat minggu bila ntah, saya ngan opismate Jannah ke IOI City Mall, Jannah ajak try Dubuyo ni. Dia kata ok sedap jugak (dia penah try).

Bila dah duduk, carila menu yang dia penah makan tu dan masa tu cuma RM15+ je harganya. Masalahnya kitorang tak jumpa menu tu! Ah sudah! Nak bangun terasa malu dah (OK ni tak kelakar). Ayoyo... Setelah habis menelaah, kitorang decide amik je set of 2 berharga RM56++. Agak pitam jugaklah harganya dikala hujung bulan. Tapi bila sampai menu tu, rupanya memang kenyang sangat-sangat makan. Kalau makan bertiga atau berempat pun boleh. Just tambah nasi je.

Untuk tekak saya, boleh diterima makanan korea ni. Tak pelik sangat-sangat, tapi ada kelainan dan perbezaan. OK, sedap.. cuma saya tak pensayur..jadi rugi kalau set tu banyak sayur asin tu. Tapi sayur tu sedap tau. Saya je bukan penggemar sayur tu. Hehe..

Yang atas tu set kitorang amik

Sayur asin..apa ntah nama

Sedap, pilih beef

Sedap jugak

Anak Jannah, Adra Hafiyya

Untuk Dubuyo, saya bagi 4.5 senduk!!

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Monday, December 28, 2015

Black Canyon, Alamanda, Putrajaya

Haritu, encik suami mengajak kami sekeluarga dinner di Black Canyon, Alamanda, Putrajaya. First time try makan di situ. Konsep makanan Thai je. Sebelum ni tengok dari Food Court Rasa tu je, ramai juga orang makan di situ. Masuk je dalam tu, terpinga-pinga jugaklah, nak order apa. Almaklum, tak pernah try kan.

Seteleh puas menelaah menu, saya pun order set untuk 4-5 orang berharga RM41.90. Dalam tu ada nasi putih beras thai 4, chicken cashew nut, kerabu suhun, sayur campur dan sup seaweed (sup boleh pilih samada tomyam dan sejenis lagi lupa plak). Mak saya order pasta apa ntah lupa dah. Total semua RM80++.
Sangat puas hati! Anak-anak suka, makpakpun mestilah happy!



Kecah betul meja

BUdak ni sibuk nak makan daun pudina hiasan air tu..HAHA. Tak sedap!!

Chic Cashew Nut, fav bebudak.

Ni lah keje budak berdua ni! Sukalah tu dapat paw eskrem



Tak sampai sebulan repeate semula makan kat sini. Arina yang mengajak, teringin bebeno ayam 'kicap'. HAHA...

Saya highly recommended tempat ni! 5 sudu untuk Black Canyon, Alamanda, Putrajaya.

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

10th Anniversary


Alhamdulillah... dah 10 tahun usia perkahwinan kami.
Tahun ni tak rasa pape pun.. Agaknya sebab dah bz sangat kot kat hospital...
Sempat berdinner je dengan bebudak ni di Black Canyon Alamanda.
Arina yang request nak ke situ.
10 tahun, 4 orang khalifah yang diamanahkan olehNya.
Moga ikatan ini kekal ke Jannah..insyaAllah.. Aminn..


Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Abah...

Assalamualaikum..
Abah saya sakit... :-(

12.12.2015 (Sabtu) - Abah call malam tu, dia beritahu dia semput lagi. Kali ni agak teruk katanya.

13.12.2015 (Ahad)  - Kami sampai kampung malam. Nampak abah memang semput... Bila ajak pergi Hospital Kampar dia tak nak. Dia kata nanti lama menunggu. Yang itu memang betul sangat-sangat. Patient tak ramai pun, tapi lama giler tunggu.. Tak pahammmm...

14.12.2015 (Isnin)   -  Bawa abah amik neb di KK Kampar. Amik darah, semua ok. Oklah sekejap abah. Tapi menjelang petang dia semput semula. So petang tu juga bawa abah balik Kajang.

15.12.2015 (Selasa) - Dalam pukul 8.00 malam saya dan suami hantar abah ke Hospital Serdang. Terus masuk Zon Merah. Abah diberi neb..lagi, lagi, lagi dan lagi, dan lagi. Tak terkira, disamping ubat juga. Saya balik ke rumah pukul 4 pagi. Masa tu, Dr dah beritahu yang paru-paru abah sangat tak ok, perlu dimasukkan tiub (seperti dulu), kandungan oksigen sedikit manakala karbon dioksida sangat banyak terkumpul dalam badan dan terdapat jangkitan kuman pada paru-paru. Abah beria-ia taknak masuk tiub. Dah puas pujuk.

16.12.2015 (Rabu) - Pukul 8.30 pagi sampai di hospital, abah masih di Zon Merah, Jabatan Kecemasan. Dr cakap masih belum dapat katil kosong di wad lagi. Keadaan abah terkawal, tapi dia tak tidur semalaman. Mungkin nervous kottt. Malam tu, kitorang datang bawa emak sekali. Abah tetap macam tu, diberi neb sentiasa...

17.12.2015 (Khamis) - Pagi sampai di Emergency, rupanya abah telah dipindahkan ke Wad 7C. Wad yang sama seperti dulu, Zon Kritikal yang sama, cuma katil je berbeza. Abah kata, pukul 10 malam semalam ditransfer ke wad atas. Abah menggunakan alat Bipap, dan sesekali diberi neb. Malam bawa mak datang jenguk abah. Abah nampak makin ok. Batuk pun kurang, kahak pun kurang. Alhamdulillah..

18.12.2015 (Jumaat) - Saya datang melawat tengah hari. Abah nampak berselera makan. Subuh tu je abah cakap dia semput. Malam semalam tidur lena katanya. Dr. cakap, paru-paru abah teruk...kena sentiasa diberi bipap dan neb, ada jangkitan paru-paru juga. Malam bawa mak melawat lagi. Abah mengadu asik diambil darah je..cucuk je.. Abah abah..

19.12.2015 (Sabtu) - Seharian kami sekeluarga di hospital. Haru - biru jugaklah dengan budak berempat ni.. Abah nampak makin ok. Tapi masih dipakaikan alat Bipap. Sesekali masih diberi neb. Antibiotik juga masih diberikan.

20.12.2015 (Ahad) - Seharian lagi kami di hospital. Abah dah tak perlu guna Bipap lagi. Cuma guna tiub kecil je bekalan oksigen. Alhamdulillah.. Maktam dan K ada datang melawat. Harap-harap abah cepat sihat..

21.12.2015 (Isnin) - Keadaan OK je pagi tu. Malam seperti biasa, bawa mak datang melawat. Rupanya mereka pindahkan katil abah ke Kelas Ketiga. Tepi tingkap pula. Memang panas membahang di situ. Saya request 2nd Class atau tempat yang ok sikit dari situ. Tapi mak pula risau jikalau nurse tak pantau keadaan abah kalau tukar ke tempat lain. Hmmm..

22.12.2015 (Selasa) - Datang jenguk abah petang. Abah mengadu dia batuk-batuk di situ. Yelah, memang panas membahang kat situ. Saya yang datang sekejap pun rasa nak migrain, apatah lagi orang yang memang duduk di situ. Abah masih menggunakan tiub kecil tu lagi. Saya request sekali lagi tempat yang ok sikit. Alhamdulillah, dapat tukar malam tu juga.

23.12.2015 (Rabu) - Abah cuma semput sekejap-sekejap je. Nampak abah makin ok sangat.

24.12.2015 (Khamis) - Cuti umum sempena Maulid Nabi. Naik je Wad 7C, terkejut abah dah dipindahkan ke Wad 8C. Nurse cakap abah dah ok, tu sebab ditransfer ke atas. Naik Wad 8C, abah cakap dia semput sejak semalam, yakni selepas dipindahkan ke atas. Memang nampak dada dan badan berombak kencang. Nurse cakap neb dah off. Tapi saya request lagi. Dr. kata, abah kena dipindahkan semula ke 7C. Hmm... geram juga masa tu. Tapi saya cuba minta hold dulu tengok sampai esok. :-(

25.12.2015 (Jumaat) - Abah telah ditransfer ke Wad 7C (Zon Kritikal) semula. Guna Bipap semula. Abah dipuasakan. kesian sangat masa ni. Dr. cakap, abah memang nampak ok, tapi paru-paru dia sangat tak ok. Abah mengadu lapar. Asek cakap dia kena operation je... Tak tahulah kenapa, dia dok ulang-ulang ayat tu je. Padahal, Dr dah jelaskan, cuma guna Bipap je, jika worse, barulah mereka akan masukkan tiub. Malam tu, mak temankan abah di hospital. Risau kalau-kalau semput lagi.

26.12.2015 (Sabtu) - Abah masih menggunakan Bipap, diberi neb sesekali. Dah boleh makan dah. Harap sangat abah cepat sembuh.

27.12.2015 (Ahad) - Alhamdulillah abah tak perlu guna Bipap lagi. Guna tiub halus tu je. Bacaan spO2 makin ok. Lega sikit hati. 4 hari duduk berpankun di hospital. Kesian anak-anak..

Moga abah cepat-cepat pulih kembali. 
Doakan ye kawan-kawan.

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Friday, December 11, 2015

December



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar dah masuk Disember. Hampir masuk minggu ke 3 bulan Disember. Azam tahun baru dah tercapai? Kena kira-kira balik ni.. :D Kalau belum cukup, carry forward lah azam tu ke tahun 2016 ye. Haha... Lately tak sempat sangat nak update blog. Kerja menimbun + banyak sangat urusan + mood pun ke laut. Tahun ni ada beberapalagi entry belum lagi sempat buat.

1. Raya
2. Farewell
3. Lost World of Tambun

Doakanlah saya diberi kerajinan itu ye. KIKIKI..

Sekian,

Lotsa Lurve,
ShimaShafii