Wednesday, November 25, 2015

Pencapaian Sekolah - Part II

Di Sekolah Rendah Agama, cuma Arisha sahaja yang mendapat tempat kedua di dalam kelasnya dan Anugerah matapelajaran terbaik Akhlak. Arina tidak memperolehi anugerah tapi masih lagi dalam kategori Mumtaz. Alhamdulillah..






Alhamdulillah..moga kejayaan berterusan dunia dan akhirat.

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Pencapaian Sekolah

Cuti sekolah dah bermula. Jadi, sudah masanya mak mengarang pencapaian anak-anak di sekolah. Ada orang cakap, tak perlulah tulis atau share di laman sosial tentang kejayaan anak-anak. Kata mereka, perjalanan masih jauh, banyak lagi onak dan duri. Juga, mereka kata, nanti orang lain bersedih sebab anak mereka tak seperti itu. Ya, itu pendapat mereka. Bagi saya, pendapat saya, memang betul...perjalanan masih jauh..banyak lagi onak dan duri terpaksa ditempuhi. Tapi, awal mana sekalipun, kalau tanpa usaha takkan berjaya juga. Kejayaan takkan datang bergolek tanpa usaha. Setelah mereka berusaha untuk kejayaan, adakah mereka tak layak diiktiraf dan dibanggakan?? Mereka LAYAK! Mereka juga patut direward walau dengan sebatang aiskrim. Mereka juga perlu tahu kejayaan itu didambakan oleh ibubapa. Kemudian, kenalah positifkan diri... kalau kita positif positif lah dapat. Kalau kita negatif, negatif lah dapat. Jangan pandang bila orang share sana-sini konon nak menunjuk, konon nanti ada pihak akan bersedih. Jadikan itu sebagai pembakar semangat orang lain untuk berusaha di masa akan datang. Bukan sebaliknya. Nasiblah jika ada pihak yang terasa. Harap anda lebih terbuka dan positif. Panjang pulak saya membebel hari ni..Haha.. Saya share beberapa gambar untuk tujuan membakar semangat orang lain, untuk sama-sama berusaha agar anak-anak kita berjaya.

Ni pertandingan mewarna yang Arisha sertai, lupa dah tempat keberapa, Arina pun menang juga..tak ingat tempat keberapa


hadiah matapelajaran terbaik Arina, BI

Tempat Kedua - Arisha

Tempat Kedua - Arina

Siap ada photo booth youu
Ardini cakap, nanti dia sekolah nak dapat hadiah banyak. HEHE

Selfie!!

Saya sambung lagi entry ni kemudian..panjang sangat pulak :-P

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Aqilah is 20 months yo

Ratu tangis, Aqilah genap berusia 20 bulan sudah. Sekarang dia makin kurang makan. Sangat-sangat memilih dan ikut mood dia je nak makan ke tak. Memang boleh bergaduh lah kalau suap dia makan. Huh! Sejak umur 19 bulan Aqilah dah boleh terima susu formula. Jadinya sekarang memang dia dia campur susu. EBM dapat 1-2 botol je sehari, selebihnya, 2-3 botol lagi EBM. Dia sangat kuat menyusu!

Sekarang makin petah bercakap dan cepat belajar perkataan baru. Sekali ajar pun dia boleh ikut. Lain sangat dari kakak-kakak yang lain. Dah suka main sendiri...main dengan kakak termasuklah suka bergaduh dengan kakak! HAHA...Ohya, walau tak makan sangat berat bertambah jugak, sekarang 9.8kg.

hakmu hakku, hakku hakku jua

fav pyjamas; robacar poli
Dah besar kan dia? Cepatnya masa berlalu... Dan hakak terasa rindu bau newbornnnn...

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Thursday, November 5, 2015

Satay Perantau Hill



Saya, sejak bermastautin di Kajang ni selalu dah makan satay Hj Samuri dan Satay Willy. Masing-masing ada kelebihan, ada kekurangan. Restoran Perantau ni dekat je dengan rumah saya. Suatu petang, saya dan suami mengeteh di Perantau. Tengok dalam buku menu ada jual satay dah sekarang. Saya la yang baru tahu, dah lama kot dia jual satay tu...Ekekeke..

Saya order 10 cucuk je. Dah nama pun mengeteh aka minum petang. Berdua pulak tu. Sikit je sudahhh... Itu pun dah cukup membuntatkan laki bini makan. Muahahaha..

Satay ayam, sedap dan terasa bahan perapan. Satay daging, sangat lembut, moist dengan perapan. Puas hati bab satay. Kalau nak compare, Satay HJ Samuri agak kering, Willy terlalu moist, tapi Perantau ni sedang-sedang aje. Cuma, kuahnya agak mendukacitakan. Terlalu cair, kurang kacang dan kacangnya terlalu halus. So masa bayar, saya komen pasal tu pada cashier. Harap lepas ni ada improvement. Jadi kepada anda yang ingin mencuba, redha je lah kalau kuah kacangnya masih begitu. HAHA

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Tuesday, November 3, 2015

Milkbooster

Salam semua,

Saya nak share pasal milkbooster masa saya ketandusan idea mencari makanan dan supplement apa yang boleh banyakkan BM. Pernah saya tulis di sini yang BM untuk Aqilah dah tiada stok langsung. Masa tu Qila umur setahun empat bulan kot.. Selama ini apa yang menjadi milk booster saya semua tidak membantu. Mungkin semuanya dah immune dengan badan. Masa tu jenuh tanya orang, tiba-tiba teringat nak tanya isteri sepupu suami saya. Dia berjaya bagi full BM untuk anak-anak dia walaupun bekerja. Dia suruh saya amalkan teh kurma merah dan longan. Masa tu jenuh jugaklah menggugel sana-sini cemana ke rupanya. Sekali di Tesco, ada jual rupanya! Wahhh rezeki sungguh! Terus beli. Kepada sesiapa yang nak cuba, boleh cari jenama Super seperti gambar di bawah:


Alhamdulillah. lepas sekali minum je terus nampak kesan. Banyak sikitlah dari yang sebelum ni. Bagus teh ni, tapi agak panas...make sure dah minum kena minum air kosong banyak. Tapi sekarang, teh ni pun dah immune dengan saya. Jadi, hasilnya macam biasa sahaja. Walau apapun, bersyukur atas rezeki yang diperolehi.

Terima kasih kerana membaca/ skodeng.

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Monday, November 2, 2015

Pelancaran Program Generasiku Sayang

Kredit : Harian Metro
29 Oktober 2015 adalah hari perlancaran Program Generasiku Sayang. Program ini diadakan bertujuan untuk membantu remaja hamil tanpa nikah dengan menyediakan perlindungan, penjagaan semasa hamil dan bimbingan sebagai langkah pemulihan awal supaya dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik dari segi fizikal, mental, sosial dan spiritual.

Program ini juga diadakan untuk mendapatkan sokongan dan komitmen agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam menangani isu kehamilan remaja secara menyeluruh dan berkesan melalui pendekatan Strategi Lautan Biru (NBOS) khususnya peranan kerajaan negeri di peringkat pelaksana. Aspek yang perlu diberi penekanan selain kesihatan adalah kesinambungan pendidikan, kemahiran hidup, sokongan sosial, ekonomi dan agama untuk memperkasakan remaja ke arah masa hadapan yang lebih cerah.

Maklumat penuh, anda boleh layari DI SINI.

*****

Di hari kejadian, bersemangat jugalah kitorang menunggu di lobi lif, nak tengok DYMM Raja Zarith Sofiah secara dekat. Tapi dapat tengok dari belakang je. Haha... gelak sendiri. Kurus je orangnya. Orang Perak memang kurus-kurus kottt...(Silalah pahamkan ayat ni..muahahahaa).

Jadilah..nampak juga.

OK, Sekian dulu..

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

 

IKEA ~ Kami Di sini

Hujung minggu yang dingin, petang hingga lewat malam asik hujan je. Dah masuk musim tengkujuh. Aktiviti pun terhad (cehhhh selama ni macam banyak sangat aktiviti di luar ye). HAHA.. Dah lama ngidam karipap IKEA... sekali bila cadangan nak pergi disetujui, wah gumbiranya makkkkk!

Pergi pun dah lambat, pukul 1 baru masuk parking IKEA. Menjenuh gak, lepas 15 minit baru dapat parking. Makbul gak doa orang-orang beriman ni. KUIKUIKUI! Betul apa, parking dapat tak lama sangat dan dekat je ngan eskulator IKEA, bukan IPC.

Naik je atas, terus ke food court, pekena meatball pasta, tapi tak sedap. Penyesalan tak order meatball saje. Hukhukhuk.. Orang sebelah berbunyi krikkkrukkkkrikk jugaklah sebab tak puas hati. Usah kata dia akupun sama! HAHA... Nasib baik chicken wing ada, barulah rasa WIN sikit. Gambar makan tak ada ye, sebab melambak orang share, jadi tak payahla saya bertungkus lumus dengan HP dengan anak-anak nak terkam makanan lagi ye. Korang enjoy je kat google image. KEKEKE..

Saya share gambar dalam IKEA je.. 


Tengah berlakon.HIHI

Pon sama


Sempat 2X ngarok jugaklah makcik ni

Suka berkawan...
Tak membeli sangatpun, tapi banyak jugaklah offer.
Dok tengok je apa yang dihajati...muahaha..
Yang penting hajat nak beli karipap tu makbul, cuma nak beli walnut kek je tak tercapai sebab harganya mahal, cam tak berbaloi. Kunyah jela walnut tu lagi berbaloi. Hehe... Nak tapau bekas pulak lupa bawak...adoiyaiii.. Lenkali le jawabnya.

Papepun, terima kasih En suami...bawakan kitorang ke sini..
2 tahun katanya tak pergi.

Lotsa Lurve,
ShimaShafii