Friday, October 30, 2015

Cik Maroon Si Kusyen

Projek lebih dari setengah tahun. Cik Maroon Si Kusyen. Jadi juga akhirnya. Hikhikhik.


Walaupun ada part yang kurang sempurna, tapi hati berbunga jugaklah bila anak-anak berebut nak kusyen ni. HAHA.. Dorang memang gitu, bagi apapun nak rebut. Perempuan sungguh!

Lepas ni terus rasa nak buat alas meja. Ha tu tak tau lah berapa tahun baru siap. AGAGAGA...

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Kawan Lama


Dulu masa sekolah tingkatan 2-3 saya ada bff. Walaupun kawan sekejap, tapi kitorang memang sangat rapat. Rapat sampai tahap boleh tersuka pada orang yang sama! Kekeke..kelakar kan. Tapi bukan lah sampai gaduh-gaduh, kami releks je... Saya rapat dengan dia sejak dia masuk kelas saya. Tapi masa kami tingkatan 4 dia bertukar sekolah lain, dan saya pun sama. Kami bawa haluan masing-masing. Tapi tetaplah berhubung melalui surat. Dulu-dulu mana ada emel bagai....handphone jauh sekali tak macam budak sekarang. Lepas sekolah pun tetap berhubung dan kebetulan dia bekerja di tempat saya. Pernahlah kami lost contact semasa zaman dia sambung belajar dan saya bekerja. Tapi boleh ketemu balik, masa dia sudah kahwin! Dah ada anak sorang pun. Cepat nauuuu kau kawin kan Sarah...hehehe. Dan sejak zaman IT, berfacebook bagai ni kitorang jumpa balik dan sentiasa berhubung. Dia tinggal di Kemaman. Jauh tuuu... jadi Masa saya ke Cherating saya sempatlah ke rumah beliauuu....

Nilah dia..bff saya dulu..Sarah Fadilah. Sama cun tak? Hahahah

Paling best, sekarang kami serupa, ibu beranak 4 perempuan! Kebetulan..

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Friday, October 23, 2015

Mini Celebration Arisha's Birthday

7.10.2015 lepas, saya belikan kek untuk Arisha menyambut hari lahirnya. Tak beli kek besar pun, cuma cupcake sahaja... Arisha memang takde minta untuk diraikan, tapi saya beli juga untuk menjadi kenangan keluarga kami. Cupcake Wondermilk, 4 biji sahaja. Agak untung sebab kami sekeluarga bukan pelahap kek. HAHA!

Cik Burung, Cik Cacing, Cik Lebah dan Cik Ladybird



Birthday Girl


Sempat buat prop sikit untuk diorang. Happy!

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Wednesday, October 21, 2015

Impiana Resort, Cherating, Pahang ~ Part 2

Saya nak bercerita mengenai  hotel pula. Butiran seperti berikut:

1.   Hotel ni mesra alam gitu, sebab lobi, laluan ke bilik dan kafe adalah ruang terbuka,
      tiada aircond. Cuma ada angin dari laut dan kipas di ruang yang tertentu sahaja.
      Agak panas bagi saya. Bilik pula aircond kurang terasa, malam barulah sejuk.

2.   Makanan agak kurang memuaskan. Kurang sedap dan nampak banyak semut
      di tempat dessert. Burung juga bebas berterbangan. Mungkin sebab ruang kafe
      yang terbuka.

3.   Keadaan bilik selesa dan besar. Cantik biliknya. Kelengkapan juga ok, iron,
      iron board dan sejadah disediakan.

4.   Malam pertama, anak saya Aqilah tak sempat dinner di hotel, jadi saya order
      fettucine carbonara di bilik. Servis ok, tak lewat, harga pun standard hotel,
      RM24 campur segala tax RM29.98.

5.   Monyet banyak berkeliaran di sekitar parking, jadi kena hati-hati.






Seperti 2 bilik yang dipecahkan menjadi 1 bilik


Boleh connect ke bilik sebelah

Pusaran air/ pasir..bahaya
gulungan ombak yang tinggi


View depan bilik

Selfie di balkoni
Tempat nak bercandle light dinner


Si monyet


Keseluruhannya, hotel ini biasa-biasa sahaja.
Bagi saya, agak membazir jika ke sini, maksud saya Cherating.
Tapi masing-masing lain pandangannya kan.. :-)

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Impiana Resort, Cherating, Pahang

Salam sejahtera warga blogger :-)

Minggu lepas, kami sekeluarga ke Cherating, Pahang. Kali ni pergi dengan sebab yang sama, iaitu mengikut suami saya out station. Asalnya, saya amatlah keberatan untuk ikut ke sana. Sayang cuti sebab pertama, anak-anak akan exam next weeknya sebab keduanya dan ketiganya pastilah bajet pun kurang ada sebab belum gaji. Hihi...

Namun, bila memikirkan tiada transport yang sesuai nak mengangkut herion-heroin ku ke sekolah, maka bila ditimbangkan semula kami ikut serta juga ke Cherating. Kalau tak pergi, budak-budak pun tak sekolah, aku juga mungkin kena cuti dan suami tetap perlu keluar duit untuk ke sana. Jadi ke Cheratinglah yuk!

Kami ke sana 3 hari 2 malam. Hari pertama hari yang penat, bertolak dari Kajang jam 10 pagi dan sampai Cherating jam 2 petang. Lewat kerana MRR2 jem. Sampai je terus drop suami di Impiana Resort manakala kami mencari kedai untuk lunch. Agak hampa, lunch kami tak kena dengan tekak. Selasai makan patah balik ke Impiana dalam kepenatan. Heroin semua dah bising nak mandi kolam. Mak ni mata mengantuk giler. Sudahnya mak je tidur anak tunggu mak bangun. Kahkahkah..

Malam tu, kami dinner di hotel je. Habis dinner balik bilik dan mata masing-masing pejam awal, kepenatan.

Keesokan harinya, lepas breakfast budak-budak dah tak sabar-sabar nak terjun kolam lagi. Kami ke pantai dahulu untuk tengok laut. Ombak agak kuat. Nak main di gigi air pun tak berani. Tapi mak saya, Arisha dan Ardini boleh main di gigi air. Sekali ombak besar datang, ha semua lari lintang pukang! Selipar arisha selamat ditelan ombak sebelah je tinggal. Selipar Ardini sempat diselamatkan. memang tak boleh buat main lah ombak Laut China Selatan.

Petang itu kami plan nak cari keropok lekor panas-panas. memang banyak gerai-gerai di  tepi jalan sekitar menghala ke Kemaman. Berhenti di gerai Keropok Impiana, sedap sangat keropok lekor di situ. Balik hotel masing-masing tidur. Pukul 6 barulah Arina, Ardini dan opah turun. Arisha dan Aqilah nyenyak tidur. Memang penat tu.

Hari ke-3, pagi sempat ke pantai sekejap. Budak-budak dah tak sabar-sabar nak ke kolam seperti biasa. Jenuhla bergaduh nak ajak ke pantai. Lepas je dorang siap mandi, balik ke bilik berkemas pulak. Selepas makan tengahari di Hotel, kami bergerak ke Kemaman, rumah kawan baik saya masa sekolah menengah dulu, Sarah. Lama sangat tak jumpa dia, so terlanjur dah dekat singgah je lah. Tapi masa amat mencemburui, rasa kejap sangat bersembang.... Jam 4.00 petang kami bergerak untuk pulang ke Kajang. Singgah di gerai keropok dan sata. Lebih kurang jam 4.30 petang meneruskan semula perjalanan. Alhamdulillah sampai Kajang jam 8.30 malam.

Layan gambar kenangan di Cherating.. :-)


Excited nak ke pool


"Tuuuu...kasut Arisha"

Love this picture

Kakak sado melawat kawasan



Kejap panggil nyau, kejap panggil ayam. Kekonfiusan melanda. Tengok kaki, kau mampu?

Kredit kat budak hotel sudi kuakan arnad ni. Tapi malas daaaa tak gerak langsung
 

Suka

Sekian, pasni saya buat entry pasal hotel ye. Nak review sikit.

Lotsa Lurve,
ShimaShafii



Wednesday, October 7, 2015

Arisha turns 7!



7.10.2015 genap Arisha berusia 7 tahun.
Cepatnya masa berlalu....
Arisha lahir comel je seberat 2.72kg.
Sekarang dah 27kg! Hahaha...
Banyaknya angka 7 di sini kan...

Semoga Nur Arisha menjadi anak yang solehah, 
panjang umur, 
dimurahkan rezeki dan 
berjaya di dunia dan akhirat. 
Amin.

Monday, October 5, 2015

Aqilah 18m YO


20.9.2015 ~ Genap Nur Aqilah berusia setahun enam bulan.
Banyak sangat cakap budak ni. Potpetpotpet bercakap ....kadang tak tentu butir pun. Heheh..
Tambahan perkataannya selain nak, ayah, kakak, ialah momma (sebut omputih u...), aye (ayam) dah macam orang kelantan lah pulak! nyau (kucing), mau (harimau), jing (anjing) dan beberapa perkataan lain. Masih lagi suka nangis-nangis..tapi cara nak handlenya, bila start je enjin, kena amik atau bagi je apa yang dia nak tu cepat-cepat. Kalau dah teran gear 4 tu ha menjenuh la pulak nak dipujuk! Minah ni jenis cepat merajuk susah nak dipujuk plak tu.
Buat masa ni, Aqilah dah start minum formula milk, tapi hanya apabila bekalan EBM tak cukup sahaja. Dia pulak tak berapa gemar FM tu, jadi dalam sehari belum tentu dia minum sangat FM tu. Banyaknya ke sinki je. Berat badan masa check up last week 9.5kg je. Badan dah makin meninggi kot, tak tembam sangat dah.
Makan ikut suka dia je, tapi macam taknak sangat makan nasi. Suka makan ayam...asek nak aye..aye... dah ghase cam dok kelantan plak. Hahah..

Sekian dulu, catatan Aqilah setahun enam bulan.

Lotsa Lurve,
ShimaShafii