Friday, September 18, 2015

Macaroni n Cheese


Gambar ihsan gugel, gambar sendiri tak sempat nak amik. sama je rupa dia : =)
 
Last week, tekak ni teringin sangat nak makan macaroni cheese. Nak makan ke kedai faham-faham jelah time-time begini, rasanya lebih baik masak sendiri n boleh makan puas-puas anak-beranak. Hari Jumaat sebelum tu gigihlah membeli bahan-bahan. Boleh tahan mahal juga bahan-bahannya. Cheese sahaja mencecah RM20++. Nampaknya masak sendiri pun tak boleh selalu ni. HAHA...

Resipi :


1. Macaroni agak-agak dalam 300gram
2. Cheese agak-agak 3 cawan
3. Susu Segar/ Full Cream
4. Sedikit cendawan butang
5. Sedikit udang basah (anak-anak suka lauk)
6. Sedikit marjerin
7. Sedikit tepung gandum

Cara-caranya :

Macaroni direbus dahulu bersama sedikit garam, setelah kembang, gaul dengan sedikit marjerin agar tidak melekat.

1. Panaskan marjerin
2. Masukkan tepung gandum, kacau hingga kuning
3. Masukkan udang dan cendawan butang (ni option je,taknak letak pun boleh)
4. Masukkan susu segar/full cream sedikit-sedikit sambil kacau, jangan biar kering sangat
5. Masukkan cheese, selang seli dengan susu segar/ full cream tadi.
6. Siap masak, angkat dan susun dalam caserole secara berselang - seli dengan macaroni yang telah direbus
    tadi. Siap!

3gram macaroni ni, memang banyaklah, boleh makan dari petang sampai ke malam. Hehe..

Selamat mencuba, mesti jadi punya!

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Tuesday, September 8, 2015

Seoul Garden lagi

Kali ni, bos kami pulak belanja..Mr. Ho, dia kata sempena dapat elaun tanggung kerja.
Camtulah baru berkat, kekekek..

Lunch hour hari Jumaat tu kami ke IOI City Mall.
Lelaki muslim takleh join, solat.
Wife Mr Ho pun join juga.

Selebihnya mari layan gambar ye.
Gambar berasap gitu..



Comel n peramah wife dia


Bersama penaja

Sekian,

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

6789 Birthday

Alkisah, kami ni jela 4 kerat staff kat ofis menyambut birthday sendiri.
Sendiri beli, sendiri makan kekdahnya! HAHA..
Cupcakes by Wondermilk. Nyummeh!

Red velvet, peanut choc, butterscotch n oh my choc (lupa dah nama masing-masing)

closed up sikit

Syok Sendiri.KAHKAHKAH

Lotsa Lurve,
ShimaShafii