Wednesday, August 12, 2015

Pengalaman renew roadtax selepas kenderaan setahun

Sila Baca,

Alkisah, motosikal kesayangan hamba dah setahun tak renew road tax. Perasan je roadtax tu dah mati tapi sebab motor tu cuma untuk di bawa jalan-jalan sekitar taman dan kedai runcit sahaja jadi buat tak tau je selama ni. Sekali si suami remind pasal kenderaan lebih setahun perlu hantar cek ke JPJ/ Puspakom tanjat gegirl jadinya. Terus cek tarikh road tax balik. Skali cek dah lebih setahun. Kahkahkahh..memang menjemput malapetaka la namanya. Hoh!

Saya dengan suami pun terhegeh-hegeh la bawa motor tu ke JPJ. Sampai di kaunter pakcik JPJ kata kena isi borang permit bawa kenderaan dulu baru boleh pegi cek motornya. Hahah...kitorang dah bawa siap-siap motornya! Jadi kena buat 2 kali kerja. Isi dulu borang permit dan sign pengesahan pegawai JPJ, lepas tu balik dulu. Petang baru datang semula bawa motornya. Petang tu, lepas isi borang beberapa keping (pegawai JPJ yang isi) kitorang ke bawah untuk cek motor. Kejap je pun, Dalam 5 minit camtu. Cek no casing, no enjin, lampu signal dan hon berfungsi ke tidak. Then naik atas balik. Tunggu lagi dalam 10 minit kot. Baru siap sehelai kertas pengesahan / kebenaran (lupa nak snap gambar). Selepas itu, barulah boleh proceed buat roadtax ya kawan-kawan.

Penat jugaklah ke hulu ke hilir hari tu demi nak setelkan semua itu. Oh ya, maklumat tambahan, kena buat insurans dulu sebelum ke JPJ. Kalau belum jenuhlah nak mencari ejen insurans pulak. Tapi di JPJ Bangi, lot-lot kedai bawah tu penuh je ejen insurans dan kedai-kedai motor just in case korang nak baiki motor. Pandai kan dorang amik peluang.

Saya highlight balik...carta alir seperti di bawah.

1. Beli insurans
     
2. Ambil permit di JPJ

3. Bawa kenderaan ke JPJ/ Puspakom (tertakluk kepada arahan JPJ, Motorsikal di JPJ sahaja)

4. Cek kenderaan

5. Surat pengesahan/ kebenaran di keluarkan

6. Buat roadtax

Akhir kata, perajinkan diri anda memastikan roadtax kenderaan masing-masing direnew dalam tempoh setahun selepas tamat tempoh. Lagi baik renew tepat pada masa. JANGAN contohi saya.

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

9 comments:

Eda Ejai said...

adoi le.. dari tak de keje jadi buat keje dua kali.. terima kasih diatas pengkongsian.. =D

kiub said...

Kalo motor boleh renew & check kat JPJ Bangi tu je Ke?
xyah bawak puspakom?

Unknown said...

Kalau xbeli insuran xbleh eh??

Port Dickson said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

jawapannye antar puspakom le

http://www.insuranskereta.my

Muhammad said...

Kurang dari setahun tak perlu bawa ke jpj kan?

Ammar Azlan said...

berapa ringgit kena caj utk permit dan pemeriksaan?

Iman106 Degu said...

Klau moto da modi roadtax mati setahun nk kne buat standard blik ke

Iman106 Degu said...

Klau moto da modi roadtax mati setahun nk kne buat standard blik ke