Thursday, August 27, 2015

JJCM - Mee Tarik Warisan Asli

Jumaat lepas, bawa budak-budak sekolah makan di Mee Tarik Warisan Asli, Bangi. Dah lama teringin nak cuba, ni baru sempat. Oklah, bagi yang nak merasa makan mee buatan cina islam, sedap, berbeza dengan mee kuning yang biasa kita makan tu. Harga pun munasabah. Cuma nasi daging Arina order tu agak liat, jadi potong selera nak makan.

my kids, my bestie

lupa dah tajuk apa mee n nasi tu, Arina n mine.

tajuk egg fried rice, g mana-mana pun dia nak nasi ni je - Arisha
Saya order air laici dan laici + longan.

Saya bagi 4 senduk sahaja. :-)

Lotsa Lurve, 
ShimaShafii

Aqilah 17m yo

notty face
taktau takut

explore
17 bulan,
Panggil mama tak reti lagi, panggil ayah je reti, semua orang ayah dia
Kakak pon boleh sebut, nampak sangat suka ayah n kakak jer.
Masih lagi menyusu ibu... walaupun stok tak ada, tapi cukup alhamdulillah.

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Wednesday, August 12, 2015

Pengalaman renew roadtax selepas kenderaan setahun

Sila Baca,

Alkisah, motosikal kesayangan hamba dah setahun tak renew road tax. Perasan je roadtax tu dah mati tapi sebab motor tu cuma untuk di bawa jalan-jalan sekitar taman dan kedai runcit sahaja jadi buat tak tau je selama ni. Sekali si suami remind pasal kenderaan lebih setahun perlu hantar cek ke JPJ/ Puspakom tanjat gegirl jadinya. Terus cek tarikh road tax balik. Skali cek dah lebih setahun. Kahkahkahh..memang menjemput malapetaka la namanya. Hoh!

Saya dengan suami pun terhegeh-hegeh la bawa motor tu ke JPJ. Sampai di kaunter pakcik JPJ kata kena isi borang permit bawa kenderaan dulu baru boleh pegi cek motornya. Hahah...kitorang dah bawa siap-siap motornya! Jadi kena buat 2 kali kerja. Isi dulu borang permit dan sign pengesahan pegawai JPJ, lepas tu balik dulu. Petang baru datang semula bawa motornya. Petang tu, lepas isi borang beberapa keping (pegawai JPJ yang isi) kitorang ke bawah untuk cek motor. Kejap je pun, Dalam 5 minit camtu. Cek no casing, no enjin, lampu signal dan hon berfungsi ke tidak. Then naik atas balik. Tunggu lagi dalam 10 minit kot. Baru siap sehelai kertas pengesahan / kebenaran (lupa nak snap gambar). Selepas itu, barulah boleh proceed buat roadtax ya kawan-kawan.

Penat jugaklah ke hulu ke hilir hari tu demi nak setelkan semua itu. Oh ya, maklumat tambahan, kena buat insurans dulu sebelum ke JPJ. Kalau belum jenuhlah nak mencari ejen insurans pulak. Tapi di JPJ Bangi, lot-lot kedai bawah tu penuh je ejen insurans dan kedai-kedai motor just in case korang nak baiki motor. Pandai kan dorang amik peluang.

Saya highlight balik...carta alir seperti di bawah.

1. Beli insurans
     
2. Ambil permit di JPJ

3. Bawa kenderaan ke JPJ/ Puspakom (tertakluk kepada arahan JPJ, Motorsikal di JPJ sahaja)

4. Cek kenderaan

5. Surat pengesahan/ kebenaran di keluarkan

6. Buat roadtax

Akhir kata, perajinkan diri anda memastikan roadtax kenderaan masing-masing direnew dalam tempoh setahun selepas tamat tempoh. Lagi baik renew tepat pada masa. JANGAN contohi saya.

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Wednesday, August 5, 2015

Koleksi Blouse Murah Terkini daripada ZALORA

Salam Sejahtera semua!

Rasanya semua orang dah tahu mengenai laman web ecommerce fesyen nombor satu di Malaysia, ZALORA. Asal gugel fesyen yang terkini pasti web ZALORA dulu yang keluar kan.. Memang menarik sangat-sangat web ini dan menjadi kegemaran pencinta-pencinta fesyen wanita terutamanya.


T-shirt dan blouse merupakan dua jenis pakaian kasual yang paling kerap digayakan oleh ramai wanita. Selain pemakaian yang ringkas dan selesa, t-shirt dan blouse juga mudah untuk dipadankan dengan apa jua jenis seluar dan skirts. Mungkin pemakaian t-shirt lebih digemari oleh golongan remaja dan bagi golongan wanita yang berumur dalam lingkungan pertengahan 20-an dan keatas, rata-rata lebih selesa dengan pemakaian blouse. Saya sendiripun masih lagi memakai tshirt jika mahu keluar membuat aktiviti yang agak lasak sedikit seperti ke pasar, menguruskan anak-anak dan sebagainya. Dan jika outing bersama keluarga saya amat selesa mengenakan blouse labuh dan tshirt. Selalu jugak saya cuci mata di web Zalora dan memang tidak menghampakan ada je koleksi baru untuk dibeli. :P (habislah kalau encik suami baca! kekeke).

Koleksi blouse bukan sahaja boleh digayakan semasa melakukan aktiviti-aktiviti kasual, malah juga boleh disarungkan sebagai office attire anda. Jadi, kita cuma harus bijak memilih rekaan atau stail rekaan blouse yang sesuai dan padankan dengan koleksi seluar atau skirts yang formal. Jom kita klik-klik koleksi blouse murah terkini yang boleh digayakan sebagai office attire dan kasual.

Kimono Top adalah blouse potongan kimono yang sedang 'in' buat masa ini. Sesuai digayakan dengan seluar slack untuk ke pejabat. Malahan kita boleh kreatifkan lagi dengan memadankan dengan skirt labuh potongan mermaid untuk dipakai ketika menghadiri open house hari raya di rumah sahabat handai

Loose Top ini nampak lebih santai dan kasual. Para muslimah boleh gayakan dengan memakai inner ataupun blazer ketika di pejabat dan dipadankan dengan seluar slack. Cool!

Shirt Blouse ini adalah merupakan blouse rekaan seperti kemeja yang sesuai dipadankan dengan slack untuk ke pejabat ataupun jeans untuk nampak santai

So, tunggu apa lagi? Segeralah menaip Zalora ye..

Sekian,

Lotsa Lotsa Lurve,
ShimaShafii