Friday, July 31, 2015

Kecewa

Kecewa sangat bila nama Arina digugurkan dari menyertai Pertandingan Kalam Jamaie di sekolah.
Kecewanya hati seorang ibu bila tengok anak bersungguh-sungguh sangat nak turut serta dalam pertandingan itu.
Salah kami jugak sebagai ibubapa..
Sebab sepatutnya Arina kena hadir latihan pada Sabtu, Ahad dan Isnin baru ni.
Tapi kami pulang ke kampung. Jadi, memang patutlah digugurkan atas masalah disiplin.
Ingatkan sempat lah ikut latihan untuk hari Selasa, tapi hari Selasa tu nama Arina digugurkan.
Yang masuk tu semua markah Bahasa Arab 90%. HUwaaaa
Memang rasa nak melalak jugaklah dengar.
Takpelah mungkin ada hikmahnya kan...

Sobsobsob..



Monday, July 13, 2015

Cuti Raya

MOoOdd raya dah datang, saya akan bercuti mulai 14 hingga 22 Julai 2015 ni.
Plan asal nak amik cuti dari hari Isnin, tapi Arina terlibat dengan Majlis Khatam Al-Quran pula di sekolah.
Jadi makpak kena ikut jugaklah jadual si anak.

Sabtu n Ahad baru ni sempat buat 2 jenis biskut raya. German Cookies dan Chocolate Chips. Oklah buat makan anak beranak. Nak membeli dapat sikit sangat. Tak berbaloi. Baju-baju semua dah packing secara slow-slow..almaklum, bulan puasa ni otak kadang jadi tepu sangat, tak produktif. Nak pack last minute pun tak boleh nanti mesti ada je barang yang tertinggal. Lagi haru.

Oklah, dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
Hati-hatilah ketika memandu dan semoga semuanya selamat..
 


Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Tuesday, July 7, 2015

Persiapan Raya 2015

Haaaa...ni dah gaya tak sabar-sabar nak beraya je kan..HAHA..
Tahun ni persiapan ala kadar je.
Almaklumlah, tahun ni dengan GSTnya, dengan harga minyak naik dengan harga tol lagi nak naik.
Saranan yang tak berakal tu tak payah la kita ikutkan ye.
Biar deme-deme je tak berakal sudah.*kohkohkoh..
So tahun ni persiapan adalah lebih kepada anak-anak.
Makpak ala kadar je.


kasut ArinArisha

Kasut Ardini, lain tema kes nak perabih voucher

TERRbeli baju che ta, lepas tu nyesal. Beli dengan harga happy hour RM140

Segala persiapan semua dah lengkap. Tinggal tudung anak dara je kena cari.
Budak-budak ni punyalah tak sabar nak pakai kasut raya, dah selamat rasmi ahad lepas masa pergi IOI City Mall.

Nampak tu semua pakai kasut baru

Sekian, catatan persiapan raya kami.

Daaaa...

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Monday, July 6, 2015

Hari Lahir Saya :-)




Bertambah lagi usia saya hari ini. Syukur alhamdulillah, dah masuk 32 tahun.
Dah masuk usia petang sikit dah. Haha..
Doa kan saya murah rezeki, dipanjangkan umur, bahagia disamping orang tersayang ye!


Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Wednesday, July 1, 2015

Avillion Admiral Cove, Port Dickson ~ Part III

Kali ni nak share aktiviti hari terakhir kami di Avillion Admiral Cove. 2 hari sebelum itu kami cuma makan tidur mandi kolam makan tidur mandi kolam je. Tak kemana pun atas alasan menikmati panorama di sini. Masa selak-selak buku panduan dalam bilik hotel, terperasan la ada aktiviti fish feeding. Bayaran RM3 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Harga oklah, nanti diorang akan bagi 2 bekas roti untuk kita.

Actually, hajat yang sebenar saya ialah saja nak turun ke bawah tengok bot-bot dengan lebih dekat. Allah Maha Mengetahui, cuaca tengahari tu agak panas, Aqilah meragam pulak time tu. Dapat sekejap je di bawah tu. Nak snap gamba sefamilypun tak sempat. :-( Apapun kita bersyukur ajelah dengan peluang sekejap ini.

Selebihnya layan gambar lagi..........



Seksa okeh pakai life jacket sambil dukung BB

Cantik!


Habis sudah entry pasal Avillion Admiral Cove.


Lotsa Lurve,
ShimaShafii