Tuesday, June 23, 2015

Rumah Peranginan Persekutuan @ Puteri Beach Resort Port Dickson

Ini adalah kisah entry tertunggak dari bulan April. Saya menempah Rumah Peranginan Persekutuan ni sejak bulan Januari/ Februari lagi. Biasalah benda best kena book awal, kalau tak memang putih mata la. Niat dihati nak bawa budak-budak mandi pool je. Diorangpun tak kemana-mana masa cuti sekolah bulan Mac. Jadi kali ni mama belanja percutian bajet ye!

Saya book online melalui website BPH, JPM. Jadi di situ kita boleh pilih tempat-tempat yang ada disediakan RPP ini mengikut kelayakan jawatan yang anda pegang ya. Boleh godek-godekla web tu letak tarikh check in dan boleh tengok kekosongan bilik. Maklumat tambahan, weekends adalah FULL HOUSE ya. Jadi nak tak nak kena berkorban cuti. HIHI..

Saya telah menempah Apartmen 3 bilik yang berharga RM115 untuk satu malam. Selepas tempahan online dilakukan, surat tawaran perlu dicetak dan pembayaran boleh dibuat melalui no Bank yang diberi. SETEL bayaran, tunggulah masa untuk check in n jangan lupa faks dan confirmkan booking dan payment.

Kami sekeluarga check in pada hari Jumaat, agak ramai juga umat manusia yang berkursus di situ. Yang bercuti pun ramai. Pool agak crowded..kena pepandai bawak diri anak masing-masing. Selebihnya layan picture ye. Yang dalam kamera masih belum ditransfer. Yang dalam handphone adala sekeping dua.

Bilik Kedua

Bilik Pertama

Living

Dining

Lobby

POOL!!
Kesimpulannya, apartmen adalah superb luas. Sesuai untuk family besar. Pool dewasa dan kanak-kanak ada disediakan. Tapi takdelah happening macam hotel terkemuka. Bilik facing laut. Sangat best! Anda juga boleh mandi laut...Oh ya, breakfast kena keluar ye..

Jadi, sebagai penjawat awam jangan lepaskan percutian di RPP ini.


Lotsa Lurve,
ShimaShafii


4 comments:

Unknown said...

Aslmkum..sya nk tnya..sya bru jer.book.. Tp nk confirmkn apartment 3 blik ni ada brpa toilet yer..n sis u book kna deposit tk..sya x kna pn.. Kt cameroon ritu kna depo.. Hehe tq for advance

zuriana said...

Saya nak tanya..kalo dah booking kene call resort utk confirm tak...

zuriana said...

Saya nak tanya..kalo dah booking kene call resort utk confirm tak...

Noor Azatul said...

sy baru book n dh buat payment..nak kena kol n hantar faks ke sis..