Tuesday, June 30, 2015

Avillion Admiral Cove, Port Dickson ~ Part II

Kali ni nak cerita tentang panorama di Avilliion Admiral Cove pula. Lokasinya berhampiran dengan Kelab Marina Port Dickson. Jadi, banyaklah kapal-kapal mewah yang berlabuh di situ. Dengan laut yang biru kehijauan dan kapal-kapal tersebut memang cantik sangat. Jadi, biar gambar berbicara ye..

Sunset

Sapelah punya banglo ni





Kami dapat turun ke bawah untuk fish feeding activity


Lupa nak bergambar family di sini.SAYANGnya




Ruginya tak bawa kamera. Hanya ini je handphone cikaiku mampu berkhidmat.

Sekian,

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Tuesday, June 23, 2015

Avillion Admiral Cove, Port Dickson

Port Dickson lagiii??

Ya, jangan banyak soal, kali ni kami anak-beranak mengikut MR.Ayah yang menjadi sekreteriat kursus. Kali ni stay sana 3 hari 2 malam. Mula-mula macam risau je bebudak ni boring, terperuk dalam hotel. Tapi hotel ni best okeh! Budak-budak ni langsung tak bising boring or what ever tambahan lagi gajet tak bawa.

Balkoni

2 single bed

Sofa yang boleh jadi tilam :P

sink


SubhanAllah

Penginapan adalah selesa. Pemandangan indah, SubhanAllah. Makanan yang dihidangkan di Traders Cafe pun ok, sedap dan banyak pilihan.


Belakang tu Marina Club (kalau tak silap)

 Kesimpulannya, penginapan ok, makanan ok, pemandangan ok.

Nanti saya sambung lagi ye.
*Mata dah bulur ngadap PC

Lotsa Lurve,
ShimaShafii


Rumah Peranginan Persekutuan @ Puteri Beach Resort Port Dickson

Ini adalah kisah entry tertunggak dari bulan April. Saya menempah Rumah Peranginan Persekutuan ni sejak bulan Januari/ Februari lagi. Biasalah benda best kena book awal, kalau tak memang putih mata la. Niat dihati nak bawa budak-budak mandi pool je. Diorangpun tak kemana-mana masa cuti sekolah bulan Mac. Jadi kali ni mama belanja percutian bajet ye!

Saya book online melalui website BPH, JPM. Jadi di situ kita boleh pilih tempat-tempat yang ada disediakan RPP ini mengikut kelayakan jawatan yang anda pegang ya. Boleh godek-godekla web tu letak tarikh check in dan boleh tengok kekosongan bilik. Maklumat tambahan, weekends adalah FULL HOUSE ya. Jadi nak tak nak kena berkorban cuti. HIHI..

Saya telah menempah Apartmen 3 bilik yang berharga RM115 untuk satu malam. Selepas tempahan online dilakukan, surat tawaran perlu dicetak dan pembayaran boleh dibuat melalui no Bank yang diberi. SETEL bayaran, tunggulah masa untuk check in n jangan lupa faks dan confirmkan booking dan payment.

Kami sekeluarga check in pada hari Jumaat, agak ramai juga umat manusia yang berkursus di situ. Yang bercuti pun ramai. Pool agak crowded..kena pepandai bawak diri anak masing-masing. Selebihnya layan picture ye. Yang dalam kamera masih belum ditransfer. Yang dalam handphone adala sekeping dua.

Bilik Kedua

Bilik Pertama

Living

Dining

Lobby

POOL!!
Kesimpulannya, apartmen adalah superb luas. Sesuai untuk family besar. Pool dewasa dan kanak-kanak ada disediakan. Tapi takdelah happening macam hotel terkemuka. Bilik facing laut. Sangat best! Anda juga boleh mandi laut...Oh ya, breakfast kena keluar ye..

Jadi, sebagai penjawat awam jangan lepaskan percutian di RPP ini.


Lotsa Lurve,
ShimaShafii


Friday, June 19, 2015

Wednesday, June 10, 2015

Wordless Wednesday


Sedapnya *NANGIS

Malaysia Airlines (MAS) Bankrap!

Kini hanya tinggal nama dan kenangan bersama Malaysia Airlines (MAS) kerana telah diisytiharkan bankrap. Sejak beberapa tahun yang lalu, MAS hanya menanggung kerugian sahaja. Dan apabila trajedi MH370 dan MH17 terjadi, MAS semakin kurang popular lagi dimata dunia. Hari demi hari semakin kerugian. Saya tak mahu ulas apa puncanya, di luar sana sudah terlalu ramai pengulasnya. Saya cuma nak berkongsi rasa sahaja. Agak sedihlah dengan peristiwa ini. Syarikat penerbangan pertama yang wujud di Malaysia akhirnya terkubur apabila diisytiharkan bankrap dan Khazanah Nasional Berhad berhasrat menjual MAS. Sedihkan?

Bila memikirkan nasib pekerjanya pula, turut terasa hiba. Kesian, mereka hilang mata pencarian. Pampasan yang diberi ada, namun lama mana boleh bertahan. Harap syarikat baru yang ambil alih tu offer tawaran kerja. Tiada lagi MAS..


ShimaShafii

Thursday, June 4, 2015

Lunchy @ Seoul Garden, IOI City Mall

Sudah penat-penat bekerja haruslah makan, kan. Kali ni pemayung biasa kami, Idda ajak pi Seoul Garden. Kami yang kampung ni mana la penah makan tempat-tempat camni. Harganya RM36/pax makan selagi lalu. Ada steamboat, grill, dessert n memang banyak la makanannya. Tinggal pilih sahaja. Rasa memang semua sedap. Puas hati sangat. Meh tengok gambar ye..

antara hidangan yang sempat snap

KAMI

berlengas dan BUNTAT
Alhamdulillah kenyang sampai malam.
HAHA.

Saya bagi 5 senduk!

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Wednesday, June 3, 2015

Aqilah dan babysitter ~ Part 2

Assalam semua,
Semalam tak sempat nak update tentang keadaan Aqilah di hari kedua di rumah babysitter. Salah satu sebabnya memang hati tak senang, asyik memikirkan dia dan dokla berdoa moga dia ok. Tapi, mungkin Allah nak aturkan sesuatu yang lebih elok untuk kami anak beranak. 

Hari kedua, saya cuma hantar je Aqilah. Tak masukpun rumah babysitter. Memang dia melalak la masa tu. Sampai kat ofis pun dia masih melalak lagi. BS dukung je dia rengek-rengek la sikit. Tapi bila letak dia taknak nangis lagi. Suap susu je ok, makan taknak langsung. Agaknya Aqilah protes kot. Yelah tak pernah hantar orang, tetiba hantar marah kot dia. BS macam dah give up tengah hari tu. Macam dah taknak jaga. Aku try pujuk. Tapi sampai petang Aqilah buat perangai. Tidur pun sekejap-sekejap aje. Tak sempat BS tarik nafas. Kesian juga kat BS tu. Petang tu masa amik, Aqilah tengah berdukung. Menangis-nangis..nampak aku datang lagi meraung la dia. Badan pun macam panas je. Kesian Aqilah :'(

Balik dari rumah BS, dia terus gigil-gigil nak makan cekodok pisang yang kakaknya makan. Lapar sangat tu. Banyak juga dia makan. Sebab BS pun kata Aqilah taknak makan so memang dia penat + lapar la tu. Sian anak mama. Malam tu BS whatapps memang setakat 2 hari tu je dia jaga. Dia surrender lah sebab asik nak dukung je. Tak boleh juga nak paksa sangat dia. Nanti takut jadi lain pulak kan. So Aqilah dijaga semula oleh opah harini.


Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Tuesday, June 2, 2015

Catatan Berat Badan



Berat badan mereka telah ditimbang pada 9 Mei 2015

Arina  -  49.5 kg
Arisha  -  27.4 kg
Ardini   -  15.3 kg



Nampaknya sibulat tu kena diberitahu supaya menjaga pemakanan. huhu..





Monday, June 1, 2015

Aqilah dan babysitter

Sobsobsob, meleleh airmata nak taip entry ni.
Aqilah ni sangat-sangat menguji iman. Nak jaga agak cerewet, nak dukung la..nak nangis la..
Opah pun dah tak larat... Makanya terpaksala mama buat keputusan untuk hantar Aqilah ke babysitter.
Hari ni adalah hari pertama Aqilah di rumah babysitter. Babysitter tu jiran kami jugak, emak kawan Arina.
Pagi tadi, semasa hantar saya susukan dulu dia. Aqilah peluk erat je taknak lekang dari saya. BS nak amikpun dia tarik muka. Memang sah budak ni nangis je karang. Susukan lagi, dia terus tertidur. Terus saya tinggalkan dia. Sejam kemudian BS cakap dia dah bangun. Diam je pandang keliling muka masam. BS pasang tv, dia cebik-cebik tengok tv. Dalam 15minit kemudian, dia pasang dah lagu ROCK dia. BS pujuk-pujukla dukung. Diam, pastu melalak lagi..... Mama pun rasa nak melalak kat opis! Bila ok sikit, BS bagi susu n mandikan. Mainla kejap dengan kakak baru....kemudian pasang lagu lagiiiiiii... BS kata nak masak kena berlarian, nak makan pun take turn dengan anak-anaknya. Lahai...Petang pun sama. Kejap OK kejap KO.

Tahan la sehari pertama.


Mama yang sedih,
ShimaShafii