Monday, May 25, 2015

Aqilah 14mo

Selamat setahun dua bulan.
Dah boleh bertatih, tapi memang macam robot daaa..heheh
Sekarang dah pandai tengok meoww..suka sangat tengok kucing. sampai tahap masuk umah orang pun takpe dah asal dapat tengok kucing.
Masih suka cakar dan cubit orang, pastu dia gelak. Adoii..
Makan semua bedal tapi tak banyak sangat makannya.
Bulan depan baru nak pi timbang di klinik.


Gambar montot je kali ni. Baru nak dapat kakilah katakan





Sekian dahulu untuk kali ini.

Lotsa Lurve,
ShimaShafii



Monday, May 18, 2015

Spotlight @ The Mines

Bagi kawan-kawan yang masih belum tahu, Soptlight adalah syurga barang-barang jahitan, kain, home deco, langsir, kraf dan party. Saya tahupun dari exbos saya yang giler menjahit dan berkraf. Sebelum ni kedai ni cuma ada di Ampang Point sahaja. Tapi kini telah buka cawangan di The Mines. Dalam bulan lepas buat grand opening. Masa tu saya sendiri pun tak berkesempatan pergi. Pergi lepas 5 hari dibuka. Masih ada item yang sale, tapi yang best-best haruslah habis kan...

Saya ke Spotlight malam, jadi agak terkejar-kejar masa tu. Tapi sekejap tu pun bisa menggiler saya okeh! Memang best. Tapi, kalau ikutkan agak mahal barang-barangnya. Item sale kena ada VIP Member Card. Boleh apply terus n FOC aje. Saya sudah, anda bila lagi? :P

Masa pergi kali pertama saya cuma beli kain cotton panel Peter Rabbit je berharga RM4.90 dan lapik untuk comforter berkeluasan sama RM 24.99 kalau tak silap. Item ni memang harga sale. Kalau tak memang tak dapek derr.. Kali kedua pergi sebab mak saya pulak nak cuci mata. Tak tahan dia bila saya citer betapa cantiknya kain-kain langsir di situ. HAHA..termakan jugak dia! Tapi leh tahan lah harga walaupun kategori item sale. Jadi, seperti motip asalnya, cuma nak cuci mata ajerrr. Terperasan ada item remnants kain-kain perca sale, cari la untuk dibuat bantal. Lepas diskaun dapat RM9.90. Kain cotton tebal, berbaloi. 

Oklah, selebihnya layan gambar ye...kegilaan mak anak beranak. Muahaha...

Corner party. juling mata tengok! Lagi juling bila tersnap pic shekshi ni

Frozen fever

Comel



Minky dot

Panel Peter Rabbit..total RM29.80

Aqilah selfie. Gila kejap tengok langsir

Sekian,

Lotsa Lurve,
ShimaShafii


Friday, May 15, 2015

Minggu yang kelam

Minggu ni start dari hari Isnin adalah sangat kelam-kabut.
Dengan kes Arisha, anak-anak exam pertengahan tahun, kes takde air, kes opis yang super duper bz.
Kena tarik nafas dalam-dalam untuk sambung citer......


Arisha
Kes Arisha ni timbul masa saya bertanyakan kenapalah tudungnya hari-hari kotor. Lepas makan tak basuh tangan dan lap tudung agaknya. Bila ditanya, Arisha kata dia cakap kotor sebab dia terpaksa lap meja sebab kawan dia dengan sengaja tumpahkan air bekal Arisha atas meja. So Arisha lap guna tudung dia sendiri. Adoii ...lepas tu opah boleh ceriter yang kertas pertandingan mewarna Arisha kena koyak. Yang koyakkan tu pulak adalah anak jiran aku sendiri. Ni memang extra bengang aku jadinya. Bila tanya Arisha, dia cakap dia tunjuk budak tu, tanya samada budak tu dapat ke kertas tu, Budak tu amik dan koyak depan mata Arisha. Saat itu rasa nak menangis semua ada. Tergamaknya ko budak koyak kertas tu. Apalah dosa anak aku ni?? Beria Arisha siapkan, bawa balik kampung, pastu buat 2 kali sebab bila dah warna Arina suruh pekatkan lagi warnanya kalau nak menang. Beria dia menyiapkannya. Kisah ni membuat hati aku rasa sedih sangat-sangat. Hari Rabu saya ke sekolah untuk berjumpa guru kelas untuk ceritakan apa yang berlaku. Guru tersebut berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya. Sedikit lega mendengarnya. Petang tu, Arisha cakap cikgu panggil dia dan budak yang berkenaan. Bertanyakan samada betul atau tidak. Nampaknya budak tu memang taknak mengaku dan siap tuduh Arisha yang buat angkara dulu. Dia cakap Arisha yang koyakkan kertasnya. Bila aku tanya Arisha kertas apa dan bila, Arisha jawab dah lama tak ingat ...kertas tu pula terkoyak, bukan saje koyak. Kertas biasa..bukan buku latihan atau kertas kerja sekolah mereka pun. Nampaknya memang Arisha tak pandai nak explain pada cikgu tu. Keesokkannya, cikgu tu call saya, masa ni saya tak faham apa yang cikgu ni cuba sampaikan. Dia cuma cakap budak tu tak mengaku n Arisha yang buat dulu. Kira macam kes dendam. Bila saya cuba terangkan pasal kertas dan bila kejadian Arisha koyakkan tu dia macam tak berminat n matikan talian terus dengan alasan ada kelas. HELLO, baru pukul 12.54 tengahari, kelas apa?

-TAMAT di situ, sayapun malas dah nak berurusan kalau itu la sifat guru tersebut. MOE kena consider la lepas ni, semua pendidik harus ada ilmu psikologi kanak-kanak untuk memahami kanak-kanak masa kini yang super duper hebat "berlakon".


EXAM (Pertengahan tahun)
11 hingga 15 Mei 2015 adalah tarikh peperiksaan pertengahan tahun. Weekend sebelum tu suruh study macam nak bergaduh pun ada. Baca la buku, tapi yang lebihnya main dan tengok tv. Paling best, tengok dalam bilik ingatkan baca buku, ha'ah memang sedang baca buku, buku George Brown! Pitam mama nakkkk.. Saya sebenarnya taknak paksa sangat dorang ni tapi kena pantau jugaklah apa yang dibuatnya. Bila ditanya ahad malam tu, Arina konpiden jawab semua dah baca, yang tak belajar lagi pun dah baca mama! OK. Dan, minggu exam ni jugaklah dikendongnya buku Goerge Brown tu ke sekolah. Alasannya dia nak baca after paper setel. Arina n Arisha cakap paper semua senang. Yo la tu.


Air takde!
Huwa....minggu exam ni la korang nak betulkan tangki air utama rumah. Maintenance nak baiki tangki air yang bocor. So makan masa beberapa hari la katanya. Dalam notis start Isnin hingga Khamis. Hari Isnin petang air tutup sepenuhnya. Setiap aras dipasang paip sementara so kena mengangkut la. Merasa la betapa hazabedahnya mengangkut air. Tu dekat je, kalau jauh mau ada yang tidur hotel. Alhamdulillah, petang Rabu air pulih semula. Teringat zaman saya kecik-kecik dulu. Mak angkut air perigi bawa masuk ke rumah. *hiba.


Bz Crazy
Minggu bz. Ada courtesy call. Dalam masa yang sama kena ganti tempat PA. Tupun nasib ko lah bos, tak sempat derr nak catch up semua benda. Minggu bekerja sorang-sorang. teringat beberapa tahun lepas. Sorang-sorang tertonggeng-tonggeng handle. Jangan fikir apa yang kita dah bagi SHIMA, sentiasa fokus apa yang kita tak bagi lagi K!


Hari ni dah Jumaat, releks sikit kot. KOT...
Panjang celoteh ahkak kali ni. 


Lotsa Lurve,
ShimaShafii

 
 

Tuesday, May 5, 2015

Backyard Science Project

Anak-anak saya suka sangat tengok TVIQ di Astro saluran 610. Sampai opah pun kadang geram tak dapat tengok Nasi lemak Kopi O.HEHE.. TVIQ tu ok, memang banyak unsur-unsur pembelajaran kanak-kanak. Bersesuaian dengan motif channel yang berbunyi, "Discover the joy of learning with TVIQ! Aimed primarily at schoolchildren aged 5 - 15 years, TVIQ gives an entertaining twist to academic subjects like languages, Maths and Science. You´ll be inspired to learn more with TVIQ´s educational cartoons, dramas, game shows, live action and reality shows."

Antara rancangan menarik dalam channel tersebut ialah rancangan Backyard Science. Rancangan ni berdasarkan buku best selling oleh Dorling Kindersley. Jadi, bebudak ni bila main je kadang ada je dialog dorang seperti ini, "macam backyard science..". Kiranya bila dorang tengok, dorang bereksperimen sendiri jugaklah di rumah. 

Bagus channel tu. Diharapkan pihak Astro dapat meneruskan dan menyiarkan lebih banyak siaran yang berunsur akedemik seperti ini.
 


Belon mengandungi udara boleh mengangkat cawan *mujo ko guna cawan plastik nakkk


Sekian,

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Latihan Kebakaran

Dua minggu lepas, Kementerian tempat saya bekerja buat latihan kebakaran. Maka pabila siren berbunyi berbondong-bondonglah kitorang menuruni tangga. Kikikiki... Urusetia kebakaran dah bagitahu siap-siap pasal latihan ni. So memang dah ready sarapan awal, pakai selipar sambil bawa air lagi. Kerlasss sangat Jahhhh.. HEHE.

Kali ni dorang buat real siap ada asap berkepul-kepul keluar dari bangunan. Asap dari mesin penyembur nyamuk tu. Okla tu, real lagi dasyat. Misi menyelamat mangsa oleh Bomba pun ada.

Berpanassss

Berasappp

Adalah lebih kurang sejam lebih kot kitorang berhimpun kat tapak kecemasan tu. "Mangsa" pun selamat dan sihat-sihat aje. :P

Sekian,

ShimaShafii