Wednesday, April 22, 2015

Amalan Berpantang Moden Yang Mengundang Padah

Saya terjumpa satu artikel ni, menarik untuk dikongsi bersama terutama kaum ibu muda moden. Saya olah sedikit ayat tanpa tidak menjejaskan maksud.

1. Minum banyak air kosong utk tambah susu. Sedangkan banyak resepi air herba yg boleh bantu tambahkan susu dalam masa yg sama elakkan urat ibu masuk angin

2. Bersejuk. Kipas angin ditala kemuka. Kipas siling buka sampai lima. Tambah lagi aircond sampai beku kaki tangan. Alasan? Takut anak panas. Kelakar. Sebab apa? Sbb air ketuban dalam perut pun lebih kurang 36.7°C. Celah mana korang cakap bayi tak tahan panas????

3. Langgar pantang makan benda berangin…pun atas alasan nk tambah susu. Lobak putih, air sengkuang, bayam, soya boleh digantikan dengan jus pegaga, kurma merah, halba, dan pemakanan sunnah yg diamalkan secara istiqamah seperti susu kambing, habbatus sauda, madu dan sebagainya. 

4. Tidak amalkan pemakanan herba yang membantu menyihatkan urat rahim. Kuno, pahit, busuk antara alasan ubat herba digantikan dengan jus dan tablet-tablet vitamin. Seeloknya amalkan kedua-duanya kerana urat di dalam badan akan lebih sihat dengan pemakanan herba, dimana dengan gabungan multivitamin dan jus-jus ini, ia membantu memperelokkan keadaan kesihatan organ badan dan darah. Darah perlukan urat utk bergerak dalam badan. Organ badan perlukan darah utk “bernafas”.Sayangnya…pemulihan urat tidak dijaga menyebabkan tiada win-win situation dalam badan antara organ badan, darah n urat ini....

5. Menggunakan rahim sebelum sembuh sepenuhnya. Urat-urat yg sakit ini sangat-sangat memerlukan rehat akan tetapi ditekan dengan pelbagai aktiviti yg semakin membuatkan otot dan urat rahim tenat dan kendur. Ibu2 yg berjimak dalam tempoh 44 hari berpantang, yg rajin berjalan dan berdiri, mengangkat benda berat dan membuat kerja-kerja rumah yg extreme sebenarnya mengundang celaka pada badan sendiri.


Sejujurnya, saya amat bersetuju dengan artikel ni.
Bila diingati balik kata-kata dan pantang larang orang-orang tua, jangan minum air banyak, jangan buat kerja semasa berpantang, kena jaga makan, kena makan jamu atau herba dan sebagainya, dan tidak boleh berkipas, kena keluarkan peluh, kena pakai baju sejuk. Abah saya selalu cakap, kalau sedang berpantang berpeluh tu tandanya SIHAT. Di bawah ni, saya tambah lagi beberapa amalan yang mungkin mengundang padah untuk kaum ibu di masa akan datang (long term) ;


6. Tidak memakai stokin dengan alasan panas. Tahanla panas tu, bukan lamapun 44 hari jeee. Mungkin juga malu jika berjalan ke Mall dalam pantang memakai stokin. Uolls, pakai je stokin tu, pastu cover pakai KASUT. Sah-sah orang tak perasan. Tapi harus diingat juga, selalu sangat ke Mall pun tak elok yang benarnya. Dok je rumah. Selamat.

7. Mandi lama. Sengaja berlamaan di bilik air. Dengan alasan panas. Orang tua-tua kata urat jadi kembang. Senang masuk angin nanti. Badan pun jadi kembanglah.


Selain dari itu, tak bertungku, berbengkung dan lain-lain. Benda-benda tu semua penting. Walaupun nampak macam takda pape, tak rasa apa kalau tak buat, percayalah kesannya bukan sekarang, tapi masa akan datang.


Anda buat, anda dapat...ewahhh..


Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Tuesday, April 21, 2015

Aqilah 13mo


tak sampai seminit.ISH

Sikecik ni dah setahun sebulan semalam. Masih belumboleh berjalan secara solo. Masih bertatih-tatih lagi. berat bontot agaknya...+ kuat main...asal berdiri je gelak pastu duduk. Budak ni suka makan. Semua benda kita makan dia nak. Kalau dia rasa tak sedap dia keluarkan. Pandai jugak makan kertas. Dah berapa kali entah asik mengunyah kertas. Suka main beg duit orang, ayahnyalah paling hangin.KIKIKI.. Suka main handbag mama, YA memang rasa nak kunyah je dia saat dia merobek handbag aku! Pantang tengok handphone n gajet. mesti dia pun nyibuk sama. Suka main stereng keter. Nak habis air wiper! Masih menyusu susu ibu lagi. Sehari 2 kali pam dapatla 10oz. Masa murah rejeki dapat 11-13oz. Hopefully berjaya sampai 2 tahun. Alhamdulillah..


Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Tuesday, April 14, 2015

Beg Mengaji

Arisha ni seorang yang tak berapa kisah. Beg mengaji dia sebelum ni cuma paper bag aje. Sedangkan kakak dia, Arina siap sling bag Dora the Explorer lagi. Tabah je dia guna paper bag. Tapi skang paper bag dia dah nampak macam belacan la pulak. Teringat pula kain flanel yang beli di Daiso RM5 tu dah lama tersimpan. Jadi di tengah malam yang syahdu, sayapun menjahitla beg tu. Saya just potong tali untuk beg sahaja. selebihnya guna untuk buat beg tanpa buang sedikit pun kain. Kecil je kain tu...ngam-ngam letak Iqra' dan Kitab Arisha je.


sengaja dihandmadekan, supaya nampak kebudakan.hehe.

errr..senget di sana sini

Siap sepenuhnya.
Bila dah siap, Ardini pulak minta juga nak macam ni. Arina boleh jawab kesian mama kena jahit lagi. penat mama. Hehehe..
InshaAllah nanti ada masa buat lagi untuk Arina dan Ardini.

Lotsa Lurve,
ShimaShafii


Monday, April 13, 2015

2014 FIA Formula E Putrajaya ePrix - Part 2

Kali ni just nak tepek gamba my lovely dovely doters, hehe..
Sila tadah ngan plastik kalau mau muntah.


Monumen

Panaskan enjin
Terbang






Aqilah yang happy kejap..asik terperanjat je bila keter lalu..kalau bawa tengok F1 tak tau le caner

Sekian,

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

2014 FIA Formula E Putrajaya ePrix - Part 1

Buat kesekian kalinya.. nak update ceriter lama lagi...yehaaaaaaa..hahaha..
Layan gambar saje dahler ye.
Citer dah lapukpun. KIKIKI










Susah sangat nak snap gamba derang racing.
Ni En. Suami main picit je kamera.
Jadila dari takde hasil kan..
Kenangan berpanas dan dengar camne bunyi enjin elektrik.

Lotsa Lurve,
ShimaShafii


Wednesday, April 8, 2015

Taman Botani Negara ~ Bukit Cerakah, Shah Alam



Aktiviti lama juga, baru nak update. Kali ni malas nak bercerita (macam biasa), layan gambar je sudaaa..
.
.
.


Mengira





Layu..tak dijaga





Lepas bergadoh










Dah penat mood ke laut dah masing-masing

Anak-anak sangat seronok sebab dapat lepas bebas sampai tahap kena cubit la masing-masing sebab berlarian meninggalkan ayah dan mama. Nampak sangat makpak dah tua kan! Cuma kami takleh nak try berbasikal sebab tak cukup partner. Maybe next time la tunggu mereka besar.

Sekian,

Lotsa Lurve,
ShimaShafii


Tuesday, April 7, 2015

Main Masak-Masak

Bebila free hati teringin sangat nak cuba masak macam-macam.
Saja try benda yang tak pernah dimasak sendiri.
Ada yang menjadi ada yang tidak. OH hampa!
Jom layan gambar.

Brownies + milo icecream + M&M

Fruit tart (Custard agak pekat..huhu)

Nasi Arab

Puding Roti

Apam Gula Hangus

Memasak ni sebenarnya boleh melapangkan fikiran.
Tapi kena dengan cara lah. Jangan masak yang bukan-bukan sudah, kang menambah lagi masalah yang sedia ada. Tak ke haru.
Ni semua projek 2014. *Kahkahkah. Lama giler tu.

Lotsa Lurve,
ShimaShafii




Wednesday, April 1, 2015

Oh April please be nice ya!

Sedar tak sedar, suku pertama tahun 2015 telah melabuhkan tirainya. Masuk April, suku tahun kedua ini mungkin agak lebih mencabar. Dengan pengumuman GST akan dilaksanakan di Malaysia, dengan rumors harga minyak akan naik lagi. Memang rakyat marhain terasa mahu pitam okeh! 

Tarik nafas dalam-dalam..


Nak taknak kena hadapi. Bertabahlah wahai rakyat!

*kesat peluh.