Tuesday, March 31, 2015

Nur Aqilah is 1!

Fresh baby from heaven!
Salam semua,
Alhamdulillah anakanda yang keempat telah genap berumur setahun pada 20 Mac yang lalu.
Moga membesar dengan sihat, diberkati dan dirahmati, dan menjadi anak yang solehah..inshaAllah amin!
Tiada sambutan pun untuk birthday Aqilah, cuma beli kek carrot 3slices dari SR saje.
Lagipun Aqilah belum faham. Kek pun kakaks yang banyak ngappp... HAHAH.
Gambar semasa Aqilah tengok kek pun takde yang cantik. Nanti kita tengok mana yang terbaik ye.


sehari

sebulan
dua bulan

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Friday, March 27, 2015

Muzium Istana Negara

Muzium Istana Negara ni dah lama dah dibuka kepada orang awam untuk dilawati. Tapi baru ini berkesempatan untuk melawat muzium ni. Dari depan gate besar tu selalu je nampak orang melawat terutama pelancong asing. So, why not kita sebagai rakyat Malaysia melawati tempat sebegini.. Tempat yang penuh sejarah dari zaman awal pemerintah sistem beRaja di Malaysia.

On the way ke Istana, anak-anak ni banyak sangat tanya..nak pergi mana? nak buat apa? ada apa? Tapi bila cakap ke Istana...ada perkataan ISTANA terus diorang teruja. Terbayang istana Cinderella agaknya! Hahahah..

Nyummy













Bayaran masuk untuk pemegang MyKad sebanyak RM5 dan RM3 untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas.

Sekian coretan kali ini. *bz mode


Lotsa Lurve,
ShimaShafii
 

Wednesday, March 11, 2015

Kehilangan MH370 vs Aqilah born day

8 Mac 2014 - 1 dunia gempar. Mana taknya, pesawat MH370 KL-Beijing hilang dari radar! Memang kecoh sangat. Sepatutnya landing di Beijing pukul 6.++ pagi tapi tiada. Dikatakan membuat air turn back tapi ke mana?? Takde siapa yang tahu. Memikirkan nasib penumpang dan krew macam manalah mereka agaknya. Saya juga tak keruan tika itu. Bilamana saya dikehendaki untuk daftar masuk wad pada 9 Mac, keesokkan harinya. Hati berdebar sebab baby masih lagi melintang dan saya dikehendaki bersalin cara caesarean. Dah sama debar macam kehilangan MH370! Tapi ni version gps tak tepat. Hahaha..

9 Mac 2014 - Saya check in Hospital Serdang. Ditakdirkan saya batuk dan ceasarean tak boleh dilakukan kerana risiko bila saya batuk. 

10 Mac 2014 - Ditakdirkan juga saya diperiksa oleh gynea yang pandai buat ECV. Maka saya tak perlu lagi di-cser. Alhamdulillah...

Ternyata baby Aqilah lahir dalam bulan yang penuh kontrobesi.. Tak jadi keluar 10 Mac. :-)
Aqilah yang istimewa.



Sekian, kaitan antara MH370 dan kelahiranAqilah


Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Thursday, March 5, 2015

JJCM ~ Restoran Nikmat Tandoori

Semasa di Batu Pahat, saya sempatla ke Restoran Nikmat Tandoori, yang sering disebut-sebut oleh blogger lain. Restoran ni terletak di Jalan Sultanah berdekatan Bus Stand lama BP. Orang-orang BP sure tahu ni. Yang femes kat sini Nan Cheese dan Bubur Ayam. Tapi saya ni bukan pemakan bubur tegar maka saya dan suami cuma order Nan Cheese dan Kari Ayam (RM5.50). Rasanya memang tidak menghampakan. Memang sedap giler. Sidebab tupun suka sangat makan, banyak giler kot dia makan. Mungkin sebab teksturnya lembut macam pizza gitu. Cheese Nan ni memang wajib repeate sebab sedap sangatlah!! Lupakan diet ye bila ke sini!! Hahahaha...

Bayangkan Nan yang sangat lembut dicicah ayam kari yang sangat sedap!

Sidebab minum milo ais kehausan setelah membantai nan cheese

Saya bagi 5 senduk!
Thanks for reading!

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Balik Kampung

Hoyehhhh!! Lama giler tak balik kampung Johor. Semasa CNY ituari kitorang balik kampung Batu Pahat, Johor. Kali ni kami balik lama, 6 hari, kalah orang cina balik raya..ekekeke.. Balik kali ni kebetulan mak mertua saya buat ala-ala open house sebab bekas anak murid dia nak datang menziarah. Menu pun dah macam raya jugaklah. Meriah sangat.. Selebihnya layan gambar je ye..



Budak-budak baru nak belajar ber roller blade. Berkat practise kat umah nenek berjayalah meluncur dengan lajunya. Hehehe... Terlupa nak amik gambar Ardini dan sepupunya Najla, yang turut main di beranda nenek ni. Dorang jadi tukang kejo jek. Muehehehe.. Aqilah plak? Baik dia melalak je kejenye.. Stress makkk..

Thanks for reading

Lotsa Lurve,
ShimaShafii


Monday, March 2, 2015

Ginkgo Biloba

 

Ginkgo Biloba adalah antara salah satu spesis pokok yang tertua di dunia. Ekstrak daun Gingko biloba sering digunakan bagi tujuan rawatan., Secara tradisional ,Ginkgo digunakan dalam rawatan sebagai supplemen bagi membantu meningkatkan peredaran darah dan meningkatkan daya ingatan.

Banyak kajian saintifik telah dilakukan ke atas ginkgo biloba bagi mengenalpasti fungsi ginkgo dari aspek perubatan. Di antara kegunaan ginkgo adalah seperti berikut:  
 
Fungsi kognitif (daya pemikiran dan ingatan)
Ginkgo sering diperkatakan sebagai `brain herb’. Terdapat beberapa hasil kajian yang yang mengaitkan dengan peningkatan daya ingatan ke atas pesakit dementia namun tiada kesan sedemikian dikesan bagi individu yang sihat.yang mengalami kekurangan daya ingatan akibat peningkatan umur.

Raynaud’s Syndrome (rasa sakit terutama pada jari tangan dan kaki kerana sejuk)Terdapat kajian yang menunjukkan pesakit yang mengambil Ginkgo dapat mengurangkan simptom penyakit selepas 10 minggu penggunaan berbanding dengan pesakit yang tidak mengambilnya.

Premenstrual Syndrome (PMS) 
Ginkgo juga dikatakan dapat mengurangkan simptom yang berkaitan dengan PMS

Glaukoma 
Terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan Ginkgo dengan dos 120mg selama 8 minggu memperbaiki daya penglihatan pesakit glaucoma.

Sakit kaki ketika berjalan akibat aliran darah yang lemah 
Terdapat hasil kajian yang menunjukkan apabila mengambil ginkgo, pesakit yang mengalami masalah ini dapat berjalan dengan lebih jauh tanpa merasai kesakitan.

Vertigo (gangguan keseimbangan) dan pening 
Ginkgo mungkin dapat mengurangkan simptom akibat pening dan gangguan keseimbangan

Meningkatkan tahap penglihatan warna pesakit diabetes 
Terdapat hasil kajian yang menunjukkan dengan mengambil ekstrak ginkgo untuk tempoh 6 bulan boleh memperbaiki tahap penglihatan warna bagi pesakit yang mempunyai kerosakan retina akibat penyakit diabetes 


Pengambilan ekstrak gingko dalam dos yang sesuai dikatakan selamat. Namun terdapat kesan –kesan sampingan minima yang mungkin dialami seperti berikut: 

  • Pening
  • Sakit kepala
  • Jantung berdebar-debar
  • Sakit perut
  • Alergi pada kulit
  • Mudah berdarah/ lebam

Ginkgo biloba mempunyai banyak interaksi dengan ubat dan herba lain. Pengambilan ginkgo boleh meningkatkan atau mengurangkan kesan sesuatu ubat atau herba. Oleh itu, anda perlu mendapatkan nasihat doktor atau Ahli Farmasi sebelum mengambil ginkgo biloba. Antara ubat/herba yang mempunyai kesan dengan ginkgo biloba adalah:
  • Ubat tahan sakit, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAID) – contoh : Ibuprofen, Naproxen,      Piroxicam
  • Ubat sawan (epilepsy) – contoh : Carbamazepine, Gabapentin, Phenytoin
  • Ubat cair darah – contoh : Warfarin, Aspirin, Heparin
  • Ubat anti-depressan – contoh : Amitriptylline
  • Ubat anti-platelet – contoh : Clopidogrel, Ticlopidine
  • Herba – contoh : St. John’s wort, cedar leaf, folic acid, melatonin, Panax ginseng
 
Perkara-perkara yang perlu diketahui sebelum mengambil Ginkgo Biloba:
  • Gingko adalah TIDAK SELAMAT diambil oleh Ibu Mengandung dan menyusukan anak.
  •  Biji Gingko adalah dilarang untuk diambil oleh kanak-kanak.
  •  Memaklumkan doktor atau ahli farmasi jenis ubat-ubatan yang sedang digunakan sebelum memulakan pengambilan ginkgo biloba terutamanya jika anda sedang menerima rawatan penyakit sawan, kencing manis atau masalah pendarahan.
  •  Maklumkan doktor atau ahli farmasi sekiranya anda sedang mengambil gingko dan akan menjalani pembedahan.

sumber :  http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/ubat-a-anda/fakta-ubat/ginkgo-biloba