Wednesday, February 25, 2015

Aqilah is 11months



Alhamdulillah, dah 11 bulan dah anak no.4 saya.
Kebolehan pada umur ni Aqilah boleh duduk, merangkak, memapah, memanjat, mem-bye-bye, bertepuk tangan, menyuap sesuatu ke dalam mulut (oh no!), kuat bersembang, boleh sebut abu, amma, aya.. dan gelak mengekek-ngekek. Gigi dah tumbuh 4 batang, 4 bakal menyusul sebab gusi dah ada bayang-bayang gigi. OUCH! Jenuhla mama dikkkk... Masih menyusu ibu sepenuhnya. Boleh makan apa sahaja asal tidak keras dan mudarat (kuat makan). Hehehe.. Cepatnya masa berlalu........rindu bau baby. Motif??


Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Tuesday, February 17, 2015

Masak-masak weekend

Uish tajuk gempak giler kan...macam banyak bebeno masaknya. Padahal masak simple je pun. Almaklum, saya memang jarang ke dapur. Hari sabtu masak ayam goreng kunyit bersama carrot dan brokoli dan japanese tauhu masak sambal. Hari ahad saya masak spaghetti bolognese je untuk minum petang. Mana tak moks, kalau petang pun makan berat. Malam sah-sah makan nasi lagi kan. Jadi, jangan salahkan lemak, sila salahkan diri sendiri. :P


Spaghetti bolognese tak amik pic pun. Korang gugel jela kalau tak boleh nak bayangkan. Hehehe.. Cukuplah untuk kami anak-beranak mengenyangkan perut. Alhamdulillah...

Monday, February 16, 2015

JJCM ~ Sushi Zanmai

Sushi Zanmai.....nyummy!
Alhamdulillah rezeki, bos belanja. Memang sedap!



Ramen kari kot...lupa nama apa
udon kalau tak silap
Green tea

Lupa nama apa, tapi salmon n telur dia..sedapp


Salad, sos nya macam rasa kuah rojak skit

Tempura calamari ring kot. N sayur.

Saya bagi 5 senduk! Sedap teringat-ingat..

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Selamat Hari Lahir Nur Ardini

Selamat hari lahir anakku Nur Ardini yang ke-4. Segala doa yang baik dipanjatkan untuknya.. Jangan garang sangat, jangan jerit-jerit n jangan kasar sangat ye kak yang..

Sempat buat mini party untuk dia. Sambut dengan keluarga kecil kami. Eh kecik ke? Hahahah.. Alhamdulillah, walaupun kecil je tapi dia happy. Kebetulan dapat belon free, meriah sikitlah..TQ kedai Mr. DIY sempena promosi kedai baru buka di Giant Seri Kembangan. Hadiah pula ditaja oleh ayah beliau, sibbek ko minta rusa ni nak..kalau tak makin luruh la rambut ayah ko! LOL!

Bday girl hias sendiri si rusa n barbie ni

Uolls nak posing, posingla. Iolls nak makan yek!

Suka Aqilah

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Belasungkawa ~ Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat



Telah meninggal dunia pada 12 Februari 2015 bersamaan 22 Rabiulakhir 1436H jam 21:45hrs lebih kurang. Moga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan orang yang beriman. Amin. Al-fatihah...



*Entry ni lambat ditulis berikutan tak berjaya nak aksess blog minggu lepas.

Wednesday, February 11, 2015

JJCM ~ Aroi Thai




Kali ni nak share pengalaman makan di Aroi Thai di Cyberjaya. Aroi Thai ni kedai makan yang menyajikan makanan Thailand boat noddle yang terkenal di Pasar Sungai yang mana pelancong makan di dalam bot mereka. Nak ke sana memang belom mampulah. Jadi try je lah yang ada kat sini.. Saya try boat noddle beef, boat noddle tomyam, pulut mangga, nasi goreng thai, nasi dan ayam kicap (lupa nama apa) dan kordial nenas. Banyakkan saya makan? Hahaha.. Actually, makanan kat sini semua berharga RM1.90. Tapi portionnya kecil sahaja, dalam 3 suapan gitu. Jadi, memang wajiblah order 5-6 mangkuk sekali makan.

Nasi goreng thai dan Nasi ayam kicap
Pulut mangga, boat noddle beef, popiah, somtam
Tinggikan...
Kesimpulannya, makanan di sini sedap, cuma kalau untuk si kuat makan tiada kepuasan di sini. Menangnya, sebab boleh makan pelbagai jenis dengan bayaran yang berpatutan. Itu aje. Saya bagi 4 senduk ye.

Lotsa Lurve,
ShimaShafii






Monday, February 9, 2015

Selamat Hari Lahir Suamiku

7 Februari 2015 genap suami saya berusia dotdotdot. Angka tu dirahsiakan..yang pasti tak lama lagi nak masuk usia 40-an da... Moga suami saya panjang umur, murah rezeki, dilimpahi rahmat dan kasih sayangNya..Amin..

Dah lama tak bergamba lomentik-lomentik..haha

Walaupun kekadang isterimu ni ganas...tapi saya sayang kamu! Kikiki..Ayat apedaaaa..
Dasar tak reti nak meluah ayat jiwang :P

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Cameron Highland Kami Datang Lagi...

Kembali lagi ke Cameron Highland. Kali ni pun tak sempat bermalam, sebab tak plan pun. Hasrat hati nak cari jagung dan labu. Boleh? Padahal benda tu kat bawah-bawah nipun banyak je. Nak jugak yang kat atas bukit nuuuu..Ok kali ni saya malas nak bercerita panjang lebar memandangkan masa tidak berapa ada. Jom layan gambar ...Sempat pergi ke Lavender yang free tu (sekali lagi), Lavender yang kena bayar RM5/adult n RM3/kid, pasar Kea Farm tu lupa kat mana either Tringkap or Brinchang camtu, singgah makan di Brinchang, dan ronda Tanah Rata. Itu sahaja.
Macam kenal ini tempat :P

Foto keluarga terbaik :P

Anak saya baru 4 orang ye..bukan 7! :P

Lama tak jumpa itik
 



Strawberry n lavender ice cream..nyummy!
Ladies Shoe



Bertabah je siQila tak berkasut tak berstokin. Mama lupa! hahah

Ngantuk woihh
 


Pokok tu ada hati la











Giler sekejap tengok keindahan ciptaan Yang Esa.
(DSLR tak bawa..kualiti gambarpun biasa-biasa aje.)

Lotsa Lurve,
ShimaShafii