Wednesday, January 21, 2015

Creamy Mushroom Popia

Gambar ORI. Bukan hasil rompakan tau. Kahkahkah!

Nak share juga resepi dari opismate, Creamy Mushroom Popia. Popia ni sangat sedap dan anak-anak saya sangat suka. Makpun lagi sukalah bila setiap kali buat je pasti habis! Terasa berbaloi penat memasak kan...(gelak tutup mulut). Ni dia resepi serba ringkasnya.. :

Filling :

1. Cendawan tiram
2. Tepung gandum (3sudu)
3. Bawang (ditumbuk)
4. Sedikit blackpepper
5. Sedikit garam
6. Mentega/Butter
7. Kulit Popia 

Cara-caranya :

Panaskan mentega/butter, masukkan tepung gandum, masukkan bawang dan cendawan. Letakkan garam dan blackpepper. Struktur bahan-bahan tersebut akan melikat, kacau je sampai diyakini masak. Biarkan sejuk. Kemudian baru letak di dalam kulit popia dan digulung. Gam menggunakan sedikit air. Boleh juga difrozen atau terus digoreng. Memang sedap!

Selamat mencuba!

Lotsa Lurve,
ShimaShafii




Cekodok Kentang

Gambar sekadar hiasan. Kehkehkeh.. tak sempat woih nak amik gambar bagai..gugel je pasti jumpa. Pinjam sat ya!


Resepi cekodok kentang ni budak opis saya yang bagi. Dia kata dia suka sangat-sangat makan cekodok kentang yang mak mertua dia buat. Sangat lembut dan macam tak boleh berenti makan. Katanyalahhhh.. saya pun rasa teruja plak nak mencuba. Resipinya seperti berikut:

1. Tepung gandum
2. Kentang (dadu kecil)
3. Bawang (hiris nipis)
4. Sebiji telur
5. Segenggam nasi sejuk (diblend)
6. Air suam (secukupnya)
7. Garam (sedikit)

Caranya, campurkan kesemua bahan-bahan tersebut dan anggarkan sukatan air yang cukup dengan kelikatan bancuhan tepung. Faham kan? Agak-agak je. Jangan sikit air, nanti kejung. Dan jangan banyak air nanti jadi roti canai. Agagagaga...

First time try ni, saya tambahkan telur ..resepi asal takde letak telur. Saja nak tambah protein dalam cengkodoks tu. Sihat sikitlah konon. Hehehe..

Selamat mencuba :-)

Lotsa Lurve,
ShimaShafii


Tuesday, January 20, 2015

JJCM ~ Thai Tomyam Kung

Terletak di Putrajaya, Restoran Thai Tomyam Kung adalah antara lokasi favourite saya. Tempat ni nampak eksklusif juga...tapi harga masih boleh diterima dek akal. Takde lah mengarut sangat. Dan rasa memang tak pernah menghampakan. Orderlah apa saja pasti sedap. Nyumnyum. Kali ni menu yang diorder ialah 2 nasi putih beras wangi thai, tomyam kung size sederhana, sotong goreng tepung blackpepper, pulut mangga, teh O ais limau dan mineral water. Total harga adalah RM36. Worth it!

Menu wajib order tomyam kung (udang) yang memang kick!

Sotong goreng tepung blackpepper yang rangup.

Pulut mangga yang super duper yummy..memang sedap, RM5 je.

Terus rasa lapar kan.. So let's go!

:-)

Lotsa Lurve,
ShimaShafii


Monday, January 19, 2015

Pelukan

Pagi tadi, seperti biasa selepas hantar barang-barang Arina dan Arisha di transit sekolah, saya akan bersalaman dengan mereka dan mencuim dahi mereka. Bila tiba giliran Arisha, selepas saya cium, tiba-tiba dia peluk saya erat. :'''(. Saya sangat terharu. Sangat-sangat. Cuma saya tak faham, mesej yang Arisha cuba sampaikan. Samada dia cuba nyatakan dia sayang? atau dia nak sampaikan dia tak rela duk di sekolah? Atau..atau apa ekkk.. Risau pun ada. Harap-harap semuanya baik-baik belaka.

Friday, January 16, 2015

Bila Arisha ke Sekolah....

Tahun agak istimewa dari tahun-tahun sebelum ini. Disebabkan banyak negeri dilanda banjir yang teruk, KPM telah menunda tarikh masuk sekolah kepada 12 Januari 2015. Arisha sperti biasa, cool je pagi itu. Nampak sedikit excited, sebab senang je kejut bangun pagi. Dia bangun pukul 6.30 pagi. Yelah mama n ayahnya pun bercuti, lewat sikit tak mengapa.

Sekolah agama

Sesi pagi di SRA, semuanya berjalan lancar. Cuma waktu rehat keadaan agak kelam-kabut sebab ramai ibubapa dan murid yang masih baru sangat nak kenal KANTIN. Jadinya ada yang macam rakus sangat, yang macam tak tau erti berbaris pun ada! Yang nampak blur pun ada. Arisha la tu orangnya. Hihi... Tak pe lah nakkkk, baru lagi kan. Sesi sekolah agama selesai jam 11 pagi. Kami jemput balik ke rumah untuk mandi dan makan.

Ceria beratur di perhimpunan pagi

Pukul 1 petang sesi sekolah kebangsaan pula. Dengan cuaca yang panas terik ditambah dengan orang yang ramai memang boleh migrain dibuatnya! Kami tinggalkan saja Arisha di dalam dewan. Arina pulak beratur mengikut darjahnya.

Arina with da gang
Ceria si pengawas pusat sumber ni
Ala tak nampak plak muka dia. yang tengah main botol air

Pukul 2.20 petang budak-budak darjah 1 keluar rehat. Memang crowded gilerlahhh. Dari kejauhan nampak Arisha yang bergaya santai ke kantin. Padahal patutnya kenalah bekejar nak beratur beli makanan. Dia beratur, saya tunggu di belakang. Arisha cakap slow sangat, sudahnya suara saya yang keluar kuat.Hakhakhak... Selamat makan donut chocolate.


Balik dari sekolah, muka nampak penat sangat..kesian.

Sape tak kesian anak woihhhh...

Perjuangan yang harus diteruskan demi masa depan.

 Moga semuanya dipermudahkan. Amen.


Friday, January 9, 2015

Gigi Pertama Aqilah

Entry khas untuk gigi pertama Aqilah :-)
Semalam, 8 Januari 2015 gigi pertama Aqilah dah keluar..
Sekian lama menunggu muncul juga pada umur 9 bulan 19 hari.
Gigi pertama tumbuh di atas, sebelah kanan.
Sedikit kepelikan, sebab kakak-kakak sebelum ni tumbuh 2 di bawah, depan.
Harap-harap gigi Aqilah ni tahan lama..
Lepas ni boleh bagi nasi lembik dah la. (Walaupun sekarang dah tumpang makanan orang lain).
Hehehe.


Lotsa Lurve,
ShimaShafii

Wednesday, January 7, 2015

Play Doh

Aktiviti weekend di rumah dikala En. Suami kena bertugas... So saya yang tak berapa arif ni plan nak suruh budak-budak ni main tepung. Suka sangat dengan tepung, ha amik...Ayah korang belikan 2kg tepung untuk dimainkan..kelas kan? Hahahaha...

Let's menguli!







Saya tak pandai nak campur bahan-bahan untuk buat doh yang tahan lama. Jadi doh ni cuma mengandungi tepung, air dan pewarna. Masa ni juga anak-anak baru tahu pink + hijau akan menghasilkan warna coklat. Mudah kan, main sambil bereksperimen. :-)


Sekian, coretan kali ini.

Lotsa Lurve,
ShimaShafii

JJCM ~ Kyros Kebab

Cerita Jalan-jalan Cari Makan kali ni kitaorang ke IOI City Mall (sekali lagi) dan seperti biasa lah, Ardini akan memekik nak makan dah lapar! Bingit tau suara dia minta makan tu. Badan je cikeding tapi asal keluar je ajak pegi makan.

Kebetulan masa tu kitorang berasa di 1st floor, kedai yang paling dekat adalah Kyros Kebab dan Relish. Sementara budak-budak ralit tengok jutaan manusia ber-ice skating saya pergi ke Relish survey apa yang best. Ternyata, harganya agak mahal sebab sepinggan spaghetti je dah mencecah RM20! Kalau ada rezeki lebih okla kot... Saya ke Kyros Kebab pula, nampak ada meal nasi, prata dan spaghetti juga. Harga standard, cuma boleh diterima akal lagi. Jadi kitorang lunch di Kyros Kebab pada hari tu.

Saya order 2 plate Nasi Kebab Ayam untuk Arina dan Arisha (Ardini boleh tumpang), Kebab Kambing untuk En. Suami dan Spaghetti Kebab Ayam untuk saya, 2 mineral water dan 1 Milo ais. Total RM48++. Fuhhh..boleh tahan la.

Untuk nasi kebab ayam, rasa macam nasi ayam je, cuma ayamnya agak garing sangat dan keras. Jadi budak-budak agar susah nak kunyah. Kebab kambing bersama kentang goreng juga ok sedap, dan daging kambing lebih lembut dari ayam. Camne tu? Manakala spaghetti kebab ayam adalah sangat sedap. Ala-ala aglio olio, tapi kemelayuan sikitla, juga terdapat ayam yang keras ni. jenuhla acik ni mengunyah. Huhuhu..

Gambar semasa sampai hidangan tak sempat nak ambil. Cuma sempat ambil beberapa keping je tupun yang dah selamat masuk perut.



Spaghetti Kebab Ayam..Nyummy


Budak yang minta makan balun spaghetti n fries jer. GRRR

OH ya, juga setiap hidangan diselitkan kacang kuda stim n digaul mayo. Sedap, lemak-lemak manis gitu.
Keseluruhan, saya berpuashati jika kebab ayam itu lembut dan moist-moist...tapi sebaliknya tidak.

Sekian, JJCM kali ini.

Tuesday, January 6, 2015

Hari Orientasi Arisha

Tahun 2015 ni Arisha akan masuk darjah 1.
Jadi, 31 Disember 2014 dia dipanggil ke sekolah untuk sesi orientasi.
Pada hari tersebut parents akan dibriefing, manakala anak-anak akan dihantar ke kelas untuk sesi taklimat dan ujian saringan literasi numerasi (kot). Saya dah lupa nama apa ujian ni. Yang pasti guru nak tentukan samada budak-budak ni boleh membaca dan mengenal nombor ke tidak.
Senang je kot. Kotla.. Tapi saya redha andai Arisha terpilih masuk dalam kelas Linus.
Yang penting usaha dia berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Sekitar hari orientasi...dia banyak diam aje. Sukar diramal seperti biasa. Hmmm..

Dalam dunia dia sendiri...amik color pencils n susun ikut bentuk dia suka


"Cha boleh buat semua.." SELESAI
 Balik dari sekolah nampak la cahaya kepenatan tu.Hahah
Yelah dah biasa bangun pukul 9, skali kena bangun pukul 7 mestila penat.
Tu belum kalau kena kerah bangun pukul 6.

9th Anniversary & 8th Arina's Birthday

Kisah entry tertunggak juga.
pada 25 Disember 2014 genap sudah 9 tahun usia perkahwinan kami.
Tiada sambutan pun, hadiah juga tiada...sebab kebetulan tarikh ini Aqilah tak sihat.
Jadi memang tak boleh nak pergi mana dan buat apapun.
Moga perkahwinan ini diberkati dan diredhai Allah selalu dan kekal hingga ke syurga. Amen.

31 Disember 2014 ni juga Arina genap berusia 8 tahun.
Tak sangka dah makin besar anak dara sorang ni.
Cepatnya masa berlalu.
Sempatla bawa dia dan kelaurga makan KFC dan belikan kek SR.
Budak-budak, kira mewah tu pada dia walaupun kek tu sepotong saje.Hahahah
Kempen jimat-cermat.

Chocolate Brule, Red Velvet dan Carrot Cake..Nyummy!

Aqilah 9th Months

20.12.2014 genap Aqilah berusia 9 bulan.
Setiap bulan ada sahaja perangai baru yang dibuat.
Sekarang dia dah pandai memanjat, semua orang nak dipanjatnya.
Tapi orang jelah..meja, kerusi masih belum mampu dipanjat.
Dah angkat montot tapi masih belum boleh merangkak lagi.
Bersembang pun dah makin pandai..ada je dijeritnya. ye mungkin itu cara dia bersembang. Hahaha
Kali ni Aqilah terkena demam, muntah, cirit-birit dan batuk berkahak.
Kesian sangat dia, makan taknak, mandi taknak....meragam saja kerja dia...huhu..
Terpaksa bawa ke hospital, doktor minta warded supaya senang pantau tapi hati saya berat nak duduk ward. Apatah lagi masa tu kami sekeluarga di kampung Perak. Hospital tu gerun lah..
Sudahnya terpaksa juga hadap kerenah dia tu. Nak bagi ORS pen jenuh, nak bagi antibiotik lagi la, siap muntah-muntah bagai. Dalam 6 hari jugala berlarutan semua tu.
Tapi sekarang ni alhamdulillah dah sihat sepenuhnya.
Berat badan semasa 9 bulan 7 hari 7.6kg.
Masih menyusu ibu sepenuhnya.
Masih makan bubur nasi lagi.
Gigi masih belum nampak lagi.
Cepat-cepatlah tumbuh wahai gigi..

Di Hospital Kampar, menangis jekk


Monday, January 5, 2015

Selamat Tahun Baru 2015!


SELAMAT TAHUN BARU 2015

Semoga tahun ini Allah memberi rahmat, kesihatan yang baik, kesejahteraan hidup, keharmonian rumahtangga, rezeki yang melimpah-ruah, kecukupan dalam kehidupan, pertambahan amal yang soleh, ditetapkan iman, diberi hidayah, diberikan rasa istiqomah dalam mengerjakan kebaikan.

~Amen~



Nota kaki : Rupa baru di blog, tengok dulu ok ke tak. Kalau tak kita tukar lagi. Heheh..