Tuesday, December 2, 2014

IOI City Mall

IOI City Mall sebelum dan selepas

Ye, seperti yang semua orang sedia maklum, IOI City Mall dah buat soft launching pada 20 November 2014. Sempatlah terjah 3x buat masa ni. Hehe..
Suka sebab tempatnya besar giler. Hahaha..
Ada Icescape untuk ber ice skating, ada indoor theme park yang terbesar di Malaysia, tapi setakat semalam belum buka lagi. Baru nak masukkan alat-alat mainan sikit-sikit. Ada Tesco, Parkson, Toys r Us, Home Pro yang super duper best! Ada Index Living Mall yang ala-ala Ikea tu. Kedai makan memang semua ada, sebut segala macam ada, KFC, Pizza Hut, McD, Dubu-dubu, Manhattan Fish Market, Pappa Rich, Zanmai Sushi, Tenpanyaki, Ayam Penyet Ekspress (takdela ekspress sangatpun) dan banyak lagi. Ada kedai roti Lavender yang best, Bread talk dan beberapa lagi. Kedai emas Tomei, Habib Jewel dan, S. Wan pun ada nampak gak. Sempattt kan. Hihi..Jom layan gmbar

Bistro Tesco, ok murah dan sedap


Troli Tesco pun cantik dan tak bahaya

Index Living Mall

Lavender kedai roti, pastry n kek
Icescape, classmate saya design aircond dia kata


Hubby belanja Pizza Hut untuk Arina n family

Saya beli food chopper di Index Living Mall RM29 sahaja

No comments: