Tuesday, December 30, 2014

Sipemalas

Wah tajuk...tak hengat-hengat je kan.
Bunyi semacam.
Macam nak mengumpat pun ada.
Ni bukan entry mengumpat ni cuma entry mengata diri sendiri. Hakhakhak
2014 bakal melabuhkan tirai...
2015 bakal menjelma...
Banyak kisah suka duka tahun 2014.
Entry tertunggak pun banyak..
Punca? Sebab MALAS nak transfer gambar ke lappy!
Nanti-nantilah, bila en hubby tolong bolehla saya update yek! (padahal memang dia jee yang nolong eh).
2015 ni teringin nak tukar template.
Nantilah kalau saya rajin bekerja keras saya usaha kan ekkk..
Oklah, harap kita semua bersua di tahun 2015!

Tata

Titi

Tutu

Ayat bajet comel. Hik!

Tuesday, December 16, 2014

Pinwheel ~ Half Square Triangle

Sekarang ni suka pulak dengan kerja-kerja patchwork. Actually dah lama suka, tapi sebab mesin jahit pun takde, material pun macam takde sebab untuk dibeli... Maka sekadar tengok-tengok ajelah. Kebetulan ituari ada offer dari Lazada, akupun gatal-gatal le jejari order mesin jahit. Mesin jahit biasa je dan bukanlah kategori high speed pun. Jadilah buat jahit-jahit biasa aje. Bila dah improve nanti baru kita fikirkan untuk upgrade ya!

Mula-mula beli saya try jahit kain batik je. Kain batik yang dah berkurun simpan tapi tak berjahit. Ok, best guna. Siap bangga lagi sebab boleh guna dengan smoothnya :-) Saya suka..saya suka!

Kali kedua saya try menjahit projek patchwork pulak. Kain ni dibeli dari kawan sekolah saya, Anum. Dia jual size A4 17 keping hanya RM25 je. Oklah untuk beginner. Pola patchwork half square triangle ni pula saya tengok kat blog bos lama saya, dan tgk cara-caranya di situ. Memang sangat membantu. Percubaan pertama membuat patchwork ni boleh tahan mencabar. Sebab kena sabar dalam mengukur dan mencantum. Silap cantum jenuhlah kena buka semula. Oleh itu, saya lukis dulu pola dengan kertas kemudian baru tekap ke kain. Jadi kurang sikit risiko kesilapan.

Meh tengok projek saya ni...

Pola kertas pun senget..kahkahkah!

Dah siap potong..garis halus tu akan dijahit

Sematkan jarum peniti sebelum dijahit

Hasil cantuman pertama
Kawan sirama-rama ni ada 3 tapi hanya sempat cantum rama-rama ni je. Tupun jenuh la dengan sikecik yang tak senang duduk tu. Asek nak berdukung aje. Minta tolong kaklong pun kejap je dia nak. Hahaha..sabo ajelah..


Kejap je nak ngan kaklong

Sekian, projek pinwheel patchwork saya..

Wednesday, December 10, 2014

Ardini dan Cekak ~ Part II

Sambungan dari kisah sebelum ini..DI SINI
Cekak Ardini dah patah semuanya..
Cekak orang lain pun sama.
Jadi dia nampak frust jugaklah takde cekak untuk dipakai.
So, sebaik sahaja ayah beliau sampai rumah balik dari outstation terus cakap nak pergi Giant beli cekak.
Hahaha..dasar kan!
Malam tu pergi kedai DIY di Aeon Mahkota Cheras beli cekak.

Nampak tak happy face tu??

Sayang mama!

Oklah lets pose untuk entry khas pasal cekak.

   Sekian, Ardini dan Cekak

Wednesday, December 3, 2014

Ardini dan Cekak

Entry kali ni khas mengenai Ardini dan cekak. Cekak tu bahasa omputihnya headband la. Dia ni memang kaki cekak. Tak kira la di mana dan bila mesti nak bercekak je dia. Rasanya dan berpuluh-puluh cekak dia guna dan patah. Silih berganti. Asal pergi mana-mana kedai aksesoripun dia akan cari cekak rambut dulu! Gaya dia bercekak pulak memang kelakar. Ikut suka dia jelah asal atas kepala ada cekak. Kalau cekak tu takde memang satu rumah diharoknya. Tidur pun bercekak.. Kau hado?
Jom cari koleksi cekak dia. Hahaha..

Ni cekak mama + stokin..motip sangat tak paham


Blur lak..cekak dia masa baby. Dah beso baru nak pakai

cekak ni ada 3, 2 dah selamattt tinggal satu ni pun hampir nak selamat

Peduli hape la kan cekak tu dah rabak..hahaha

Cekak kaklong, meraung kaklong tak bercekak
Rupernya tak banyak gambar Ardini dan cekak.
Sebab semua cekak dalam rumah adalah hak dia!
Geram rasa nak telan je. Kakaks pun kena bersabo.

Tuesday, December 2, 2014

IOI City Mall

IOI City Mall sebelum dan selepas

Ye, seperti yang semua orang sedia maklum, IOI City Mall dah buat soft launching pada 20 November 2014. Sempatlah terjah 3x buat masa ni. Hehe..
Suka sebab tempatnya besar giler. Hahaha..
Ada Icescape untuk ber ice skating, ada indoor theme park yang terbesar di Malaysia, tapi setakat semalam belum buka lagi. Baru nak masukkan alat-alat mainan sikit-sikit. Ada Tesco, Parkson, Toys r Us, Home Pro yang super duper best! Ada Index Living Mall yang ala-ala Ikea tu. Kedai makan memang semua ada, sebut segala macam ada, KFC, Pizza Hut, McD, Dubu-dubu, Manhattan Fish Market, Pappa Rich, Zanmai Sushi, Tenpanyaki, Ayam Penyet Ekspress (takdela ekspress sangatpun) dan banyak lagi. Ada kedai roti Lavender yang best, Bread talk dan beberapa lagi. Kedai emas Tomei, Habib Jewel dan, S. Wan pun ada nampak gak. Sempattt kan. Hihi..Jom layan gmbar

Bistro Tesco, ok murah dan sedap


Troli Tesco pun cantik dan tak bahaya

Index Living Mall

Lavender kedai roti, pastry n kek
Icescape, classmate saya design aircond dia kata


Hubby belanja Pizza Hut untuk Arina n family

Saya beli food chopper di Index Living Mall RM29 sahaja

Nur Aqilah 8 bulan

Alhamdulillah..budak kecik ni dah makin besar da.
Dah masuk 8 bulan.
Berat cuma 7.2kg, sama macam 7 bulan.
Tak naik sangat mungkin sebab kuat melasak kot.
Masih lagi menyusu ibu sepenuhnya.
Masih makan bubur nasi dan diselang seli dengan puree buah-buahan.
Aqilah ada masalah sembelit sikit.
Jadi mama kena rajin buat puree buah supaya dia lawas.
Jadinya sehari Aqilah makan 3-5x kengkadang.
Dia ok jer. Suka sebab dapat makan. Huwahuwahuwa.


Lawatan SKLA ke Kidzania dan Muzium Coklat

Sebelum bercuti sekolah hujung tahun ni, sekolah Arina mengadakan program lawatan ke Kidzania, Damansara dan Muzium Coklat, Kota Damansara. Excited sangat si debab ni nak pergi lawatan ni. Siap mimpi geli-geli katanya. Hahahaa....

Kos lawatan adalah sebanyak RM85. Saya cakap dengan dia, guna duit tabung kalau nak pergi. Dia kata ok, sanggup. Actually, saya bukan nak paw dia sangat pun, tapi saya nak ajar dia supaya berusaha dengan usaha dan titik peluh sendiri kalau nak beli atau bayar barang idaman. Supaya dia menabung untuk impian dia tu. Itu cara saya, mungkin terdapat perbezaan dengan cara orang lain..kan?

Oklah, berbalik kepada ceriter lawatan tersebut, Arina cakap mereka bertolak ke Kidzania menaiki bas pada pukul 8.30 pagi dan sampai agak lewat kerana jalan sesak. Sampai sana lebih kurang jam 10.30 pagi. Teacher kena beratur pula untuk ambil tiket dan sebagainya. Dia kata lagi, sempat kerja 2 je, di nursery KPJ n menjadi pilot Air Asia. Alahaiii..kesiannya. Memang pack n tak sempat la tu nak terjah kerja lain. Itu apa yang dia ceriter lah. Kesian la pulak dengar, tapi nak buat macam mana, dah nak sangat pergi dengan kawan-kawan. Ikut program, pukul 3 petang bertolak ke Muzium Coklat pula. Arina kata takde pape pun kat situ, cuma beli coklat je. Yang bestnya dia beli coklat Cadbury tu tertinggal lak kat sekolah. Lahaiiii anak... Dah takde rezeki, dapat makan sikit je dia kata. Jadilah..

Teacher Maslia ada bagi beberapa keping gambar lawatan. Teacher Maslia tu guru kelas Arina. Jadilah buat kenang-kenangan.

Dia yang paling besar




Dia kata mnyesal pergi Air Asia lagi, sebab dulu dah pernah pergi.

Muzium Coklat



Sekian gambar yang ada.

Untuk entry Kidzania yang kitaorang pergi tahun lepas klik DI SINI

Monday, December 1, 2014

Kisah Persekolahan 2014


 
Syukur, Arina dah tamat untuk sesi persekolahan Tahun 2 untuk tahun 2014.
Manakala Arisha tamat sesi tadika untuk usia 6 tahun.
Dah besar dah no.1 dan no.2 ni ha..
Gambar di atas adalah gambar hari terakhir diorang bersekolah untuk tahun 2014.
Touching kejap bila tengok cepat sangat mereka besar.
Rasanya baru je mama kendong diorang bawa balik dari hospital.
Luka jahit pun macam masih terasa-rasa gitu. Ouch!

Tahun depan, 2015 yang sorang naik Tahun 3 dan sorang lagi naik Tahun 1
Dah tak pakai dah uniform ni.
Arina telah dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
Arisha memang pakai uniform sekolah rendah la pula.
Dah takde lagi alam tadika buat dia.
Tapi dia, macam biasa cool aje.
Macam takde perasaaan. Hahaha
Walaupun Arisha masih lagi merangkak-rangkak lagi membaca, tapi mama harap Arisha boleh catch up apa yang cikgu ajarkan nanti.
Dan Arisha cepat-cepat mahir membaca ye sayang!

Arina pula, berjaya mendapat tempat pertama di dalam kelasnya dan mendapat Anugerah Cemerlang bagi matapelajaran terbaik Bahasa Inggeris iaitu 100%.
Dalam darjah dia berjaya mendapat tempat ke-2.
Tahniah kakak! Kakak memang layak dapat!
Untuk sekolah agama pula, dia berjaya mendapat tempat ke-4.
Pun mengejutkan sebab dia ditempatkan di kelas paling atas jadi saya takde la letak target apapun.
Dengan markah purata 97%, Mumtaz.
Keep it up sayang!

Mama doakan semoga korang berjaya dunia dan akhirat..Amen.
Mohon doakan mereka juga ya!

Terima kasih...

Sebelum naik pentas



Disember 2014

Assalamualaikum w.b.k.t. dan salam sejahtera semua..
Dah masuk bulan Disember dah...dah hampir tamat penghujung tahun 2014.
Banyak kisah suka duka 2014.
Dan sekarang bersiaplah menghadapi 2015.

Text ini adalah ditaip menggunakan handphone
Saje try test...hehehe..
Alamak nampaknya saya nak attach gambar tak boleh la..
Dan lagi sebab takut tak terpost entry ni saya save then edit balik kat pc.
Hahahaha

Sekian ceriter ntah pape.. :-D