Thursday, November 20, 2014

Tips Kuruskan Badan Untuk Ibu Menyusu Bayi

Ada 5 tips diet untuk menguruskan badan bagi ibu yang menyusukan bayi :

* Jangan skip waktu makan utama (sarapan, makan tengahari dan 
   makan malam) terutama sarapan pagi
* Ambil snek sihat contohnya buah-buahan, oats ataupun susu.
* Banyakkan pengambilan air kosong diantara waktu makan. Ibu 
   yang menyusukan bayi disarankan minum 12 gelas air kosong 
   untuk memastikan kandungan air dalam badan mencukupi. 
   Minum air kosong setengah jam sebelum makan dapat membantu 
   anda agar tidak makan berlebihan pada waktu makan.
* Lakukan senaman ringan setiap hari. Contohnya berkebun, 
   menyapu halaman rumah dan paling senang naik tangga sebagai 
   alternatif naik lif.
* Kerapkan mengepam susu agar kalori dapat keluar dengan kadar 
   200-500kcl sehari.

Monday, November 3, 2014

Happy 6th Birthday Arisha!

7 Oktober 2014 lalu genap Nur arisha berusia 6 tahun.
Segala doa yang baik-baik dipanjatkan ke atasnya..

Sempat la bawakan sebiji kek dan bebrapa guddies untuk Arisha celebrate di tadika.
Suka dia, tapi sukanya tu macam mendatar saja..itulah dia!

Kawan baik dia, Siti Fatonah




Jadilah beberapa gmbar kenangan yang ticer Izatie amikkan..
Gambar potong kek pun takde..ticer lupa kot.

Sahabat Sejati

Dah lama nak tulis pasal ni.
Tapi masa takde.
Apa maksud sahabat sejati?
Pada aku sahabat sejati bermaksud sahabat yang sentiasa ADA ketika diwaktu senang dan juga ketika diwaktu susah. Senang cakap, setiap waktu dia ADA. Dia juga sentiasa menegur segala kesilapan dan tak jemu memberi nasihat dan pedoman ketika rapuhnya hati, sedihnya jiwa. Setiap waktu ada tu bukanlah bermaksud sampai terabai keluarga sebab menjaga kawan. Kadang dapt berkongsi bahupun dah mencukupi..tak kisah la melalui medium apa..hatta whatsapp pun jadilah. Rasanya kalau ada sahabat macam ni rasa seronok sangat kan. Tapi zaman sekarang ni payah juga nak dapat atau jumpa sahabat sejati macam ni. Setuju?
Dan kadang hati juga silap menilai. Salah mentafsir.
Kadang kita rasa kita dah baik sangat dengan si A.
Si A pun nampak baik juga dengan kita.
Tapi..
Bila ada 'peristiwa' baru kita tahu sebenarnya apa yang kita rasa dengan si A adalah tak sama dengan apa yang si A rasa dengan kita. Kita rasa kita dah baik sangat dengan A..berkongsi rasa, berkongsi cerita, berkongsi makan tu jangan cakaplah kan. Tapi rupanya tu bukan kawan baik bagi A. Nak sejati jauh sekali lah!
Tempat bercerita sahaja, mungkin!
Tempat meluah? Pun mungkin!
Tempat share makan, pun mungkin!
Ke sebenarnya semua tu cuma mainan perasaan semata?
Saja nak meracun fikiran?
Tapi, kalau mainan perasaan, A takde pula rasa bersalah
Hmmm..ntahlaaa
Mungkin berdiam lebih baik.
Tak perlulah nak gatal-gatal contact kawan yang kita rasa baik tu
Tak perlulah nak anggap orang tu orang ni baik dengan kita.
Baik tu baiklah, tapi bukan sejati sehidup semati kekdahnya.

Cuma, harapnya jangan sampai diri ini berputus harap nak berbaik dengan orang.