Thursday, October 30, 2014

Pedicure Manicure Islam


Best kan kalau ada orang buatkan kita rawatan pedicure dan manicure?
Bahagia je rasa kan..
Kuku-kuku pun mesti cantik berkilat berseri-seri gitu.
Kalau teringin nak berkaler-kaler kuku tu pun boleh..
Tak salah pun..cuma bila nak solat pandai-pandai la remove benda tu. hihihi
Cantik kan gambar tu..siap ada rama-rama comel lagi
Tu semua hasil gambar gugel je..bukan kuku aku! Kikikiki

Jom kita buat sendiri rawatan ni di rumah!
Senang je.. mula-mula sediakanlah peralatan yang diperlukan seperti pemotong kuku, pengikis, pengilat dan sebagainya..

Potong kuku seperti sunnah Rasullah s.a.w..


Sunnah serta adab memotong kuku

Rahsia hari potong kuku
Sunnah tersebut terdapat dalam pelbagai version, version Imam Ghazali seperti gambar paling atas sekali.
Cuma di sini aku just amik version ni je. Selebihnya korang boleh gugel je. Memang banyak!

Lepas setel potong kuku, dulu-dulu time free lagi memang aku suka basuh dan letak lotion.. Lembut dan nyaman je rasa.

Oh ya, pernah juga bergaduh dengan anak pasal nak potong kuku yang mana. Kalau dengan si sulung ikut jela cakap dia. Memang dia suruh potong macam gambar yang last sekali. Yang second n third tu pulak aku ikut mana yang sempat. Sikecik pun sama. Sebab sekarang masa amat mencemburui. Sedar-sedar dah hari jumaat dah!

Hmmmmm...

Tuesday, October 21, 2014

Putrajaya Floria 2014

Kisah lama baru nak bercerita.
Rasanya memang dah lama giler la juga kisah ni.
Zaman cuti confinement lagi.(Aci ajelah yeee)
Kebetulan teringin nak pergi tengok sebab orang dok update-update kat FB
Ada payung berlampu lah, kapal kat tasik lah dan macam-macam yang menarik

Sesampainya kami di situ, memang jalan jem giler dengan kenderaan dan juga manusia
Hari terakhirlah katakan!
Redah ajelah terlanjur dah sampai
Gigihla berangkut anak-anak malam-malam buta ngan baby lagi
Mesti orang dok mengata..hahaha

Kat situ, memang lawa-lawalah bunga dan dekorasi-dekorasi yang ditayangkan
Segar mata memandang walaupun dalam kelam malam (eceh!)
Gambar dok snap-snap banyak juga tapi hasil agak menghampakan
Faham-faham lah dengan kelam-kabut hiruk-pikuk bebudak 4 beradik nih..
Mampu bagi gambar-gambar ni je..
Sila layan..


Ikut dan snap je

Tumpang posing

Gaya masing-masing


Credit en.suami
Credit en.Suami juga..tapi hasil so-so je
Okla kan.hihi


Tengokla gaya Ardini tu..sukati dia je





Layannn..

Malam tu sampai rumah pukul 12++
Aqilah pun lari kejap timing tidur, hahaha.

Sekian, kisah Floria 2014

Nak layan kisah Floria 2011 DI SINI (lama kan tak pergi Floria)

Monday, October 13, 2014

Bye-bye

Ni kisah bye-bye untuk adik iparku Najihah...
Dia study kat Jordan, jurusan agama..specifiknya tak pasti pula aku.
So cuti semester baru ni dia pulang ke Malaysia, setelah hampir dua tahun di sana.
Lama tu....mau tak rindu keluarga kan..
Kalau aku mau meraung kot! Hahaha..
Dia cuti sebulan, so sempatla jumpa masa dia sampai n hantar dia balik.

Sempattttt...mama letak kat sini nak bagi dorang diam.hahaha

Muka boring dah sebab dah pukul 1 pagi

Najihah no.4 dari kiri..gambar dengan aku mana pegi ntah.

Aqilah dah tidur bangun tidur 3 kali dah masa ni.hahaha

Semoga adik Nur Zakiah Najihah berjaya di dalam pelajarannya..Amen

Nota kaki : kejap je masa berlalu...masa aku kawen dulu Jiha baru darjah 6!

Wednesday, October 1, 2014

EBM untuk Aqilah

Semenjak naik keje dari bercuti hari raya, stok EBM sekarang dah tak konsisten yang diperolehi. Kalau dulu boleh mencecah 19oz tapi sekarang tidak lagi. Sedihla juga sebab tu semua salah aku. Time nak pam je asek terganggu dengan kerja dan urusan peribadi. Ya, teruk kan? 

Sekarang dapat la 2 kali pam je kat opis. Sebelum ni dapat 3 kali. Aduhaiiii.... jadi stok yang dapat bawa balik cuma 10-14oz sahaja (bergantung kepada pengeluaran EBM).

Berat aku pulak yang mencanak-canak naiknya.. Sungguh tak puas hati! Huhu..

Sekian kisah perjalanan penyusuan Aqilah ketika berusia 6 bulan 2 minggu