Wednesday, September 24, 2014

Lufthansa & Emirates

Main kapal terbang kertas

Arisha : Kakak, yang ni airport Perak, yang ni airport Johor
Arina : Kapal terbang Lufthansa nak pergi Perak, kapal terbang Emirates nak pergi Johor...pastu dia terbang ke Turki sebab tu kan kapal terbang orang-orang sana.
 
.
.
.

Dan aku tergelak sorang-sorang dengar perbualan dorang. Hahahaha....

Tuesday, September 23, 2014

Jamuan Raya @ Hari Berkabung Negara


22 Ogos 2014 yang lalu adalah merupakan Hari Berkabung Negara bagi upacara ketibaan jenazah pesawat MH17 yang telah ditembak di Ukraine.
Hari yang penuh sejarah, julung-julung kalinya negara gempar dengan peristiwa tersebut.
Dan hari itu, seluruh negara sangat bersedih.
Kebetulan hari yang sama, opis mengadakan jamuan raya.




Salah seorang jenazah..sedih tengok.

Sekian, moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka..ameen.

Aqilah 6 bulan

Alhamdulillah..genap sudah Nur Aqilah berusia 6 bulan
Masih menyusu ibu sepenuhnya
Telah mula makan
Semalam dah gi klinik untuk injection  3rd BCG
Berat 6.7kg
Okla tu Qila...



Gambar last sekali ni masa open house rumah kawan mama
Sebok tengok kakaks main.

Friday, September 5, 2014

Resipi Kek Pandan

Kali ni daku nak share resipi Kek Pandan
Kek Pandan ni senang sangat buatnya
Dan yang penting tak kisah la buat macam mana pun memang akan jadi
Mudah mesra gitu...hehehe...


Bahan-bahan:

5 biji telur
2 cawan gula
1 1/2 cawan tepung kek
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan
1 cawan minyak masak
1 cawan minyak kelapa
1 sudu teh pewarna dan perasa pandan hijau
2 sudu makan hirisan badam
1 sudu makan soda bikarbonat

Cara-caranya:

1. Pukul telur dan gula hingga gebu
2. Masukkan minyak dan santan, pukul lagi
3. Masukkan semua tepung, soda bikarbonat, badam dan perisa dan pewarna pandan
4. Bakar dengan suhu 180 darjah Celcius selama 45 minit.

Selamat mencuba!

Thursday, September 4, 2014

Kitchen Conversions


Teringat nak share mende ni.
Sangat berguna untuk convert sukatan resipi-resipi masakan
Ada orang selesa dengan cawan
Ada orang selesa guna sudu
Ada orang selesa guna oz
So selamat memasak!