Monday, July 14, 2014

Kelas Cupcakes

Semalam, sempatla buatkan Kelas Cupcakes untuk anak-anak. Dorang ni teruja sangatla kalau nak buat kukis ke kek ke. Memang suka. Pompuan katakan..

So gigihla aku mencari baha-bahan buat cupcake. Cari tepung segera, cuma letak telur, air dan minyak sahaja. Topping plak aku letak krimwell, pes strawberry n icing sugar je. Buat dua kaler je sudah.

Jom layan gambar bebudak ni...

Ni la tepung siap sedia jadi kek



 
Next time kita buat lagi ye anak-anak.

Pregnancy Test

Dua minggu lepas, dalam perjalanan pulang ke rumah aku dan hubby adala bersembang-sembang pasal pregnancy test. Tengah sibuk bercerita, terdengar suara Arina bercakap-cakap sorang. Hubby terus suruh aku stop cakap. Ingatkan kenapa. Rupanya Arina membebel, " Mama..Aqilah tu baru je 3 bulan, opah pun penat dah jaga Aqilah. Takkan mama nak mengandung lagi."

Erkkk..ok ank saya dah tau apa itu PREGNANCY TEST!

Wednesday, July 9, 2014

Cameron Highlands

Semasa cuti sekolah pertengahan tahun lepas, anak-anak rekues untuk berjalan-jalan ke Cameron Highlands.Mana taknya, asal balik kampung je kalau lalu di Tapah mesti terpandang signboard ke Cameron Highlands. Pastu mulalah tanya, pernah ke kita pergi sana ayah? Hihi..dah namapun budak kan.

Kalau ikutkan aku lebih nak tidur kat sana. Sebab nak rasa sejuknya kat atas bukit tu di malam hari. Tapi dah tak dirancang, main redah jela. Hubby plak hari tu kena balik Kajang. Jadi tak boleh nak berlama-lamaan kat atas tu.

Kabur tebal nak hujan otw balik

Fresh strawberry...baru petik

Notty girl


gemok betul rabbit ni




Ingatkan nak bgambar ramai-ramai tapi ahli jemaah yang lain ntah kemana-mana

Gaya masing-masing





Nasibla Aqilah..berpanasan.hehe






Sekian...pukul 3.00 petang kami dah turun. Sempat juga borong jagung madu dan labu serta beberapa cenderamata untuk anak-anak. Rabak jugaklah mama!


Thursday, July 3, 2014

Port Dickson Aku Datang

Ekceli plan asal kami nak ke Melaka. Sebab aku dok teringinla makan asam pedas tetel Melaka. Ni penangan mengandungkan Aqilah la ni. Hahaha.. Tapi on the way tu boleh tukar plan sebab masuk je highway jem sudah. Adoiii.. memang jem la otak. Patut sampai Melaka tak sampai 2 jam. Tapi kami sampai Port Dickson 3 jam wooo...Huwarghhhh.. Bikin panas makkkk aje.

Jom layan gamba. Tapi banyak gamba kat kamera yang tak save lagi.






Dah lama tak jejak kaki ke Port Dickson..last pegi dengan bebudak berdua ni pun tahun 2010.
Dorang seronok sangat main pantai..siap rekues nak pegi lagi. Next time ye sayang-sayang semua.

Tetamu Jauh

Ceriter lama dari sebelum bersalin lagi, kawan hubby, K. Maria pulang ke Malaysia. Dia mengikut suaminya yang bertugas sebagai Pegawai Kastam (WOC) di Brussels, Belgium. Kitorang selalu la berhubung melalui FB dan Whatsapp. Dengan internet semuanya menjadi dekat dan rapat gitu.

Aku kirim dengan K. Maria Belgian chocolate, Leonidas. Coklat ni memang sedap la. Harga pun sedap. 250gram pun dalam RM35. Hukhukhuk.. Selain coklat aku kirim baju Arina 2 helai. jenama Color of Benetton. So K. Maria sempat la drop by kejap di Anjung untuk bagi kepadaku barang kiriman itu. Anak dia semua perempuan, 3 orang. Geram tengok chubby. Jom layan gamba..



Arisha ku Sayang!




Anak aku, Nur Arisha...dah sekolah tadika..performance biasa-biasa aje.
Kena banyak belajar lagi.
Yang bagusnya tulisannya sama macam kak long Arina dan tulisan aku sendiri. Memang hampir sama!

Wednesday, July 2, 2014

Power Pumping



Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Mommies jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

Bila nak buat PP?
Bila bila masa dimana sahaja. memang pada dasarnya bagu sbuat tengah malam hingga ke pagi sebab hormon prolaktin tengah tinggi tetapi tidak menjadi apa2 jika buat pada waktu lain.Saya buat PP pada waktu lunch di pejabat sambil2 nak solat, nak makan tengahari. Juga dalam perjalanan ke project sites. kan ne tujuan PP ni untuk create more demand.

Jadikan PP amalan
Walaupun pada kebiasaannya PP dibuat bila nampak kemeruduman susu, ia juga boleh diamalkan sebagai rutin untuk sentiasa beri ingatan pada otak yang susu sentiasa diperlukan.Saya jadikan amalan 3 kali seminggu WAJIB! dan juga bila2 masa saya ada waktu senggang sementara tunggu flight/perjalanan ke project sites dan sebagainya.

Susu saya banyak.. perlu ke PP?
Ok alhamdulillah susu banyak, tapai sejauh mana kita tahu susu kita akan sentiasa banyak? Bukankah bagus beringat semasa senang supaya agak senang apabila susah. Jadi.. PP ni buatlah amalan.
mana bagus? .. Pam lama2 atau buat PP sebab bila pam lama susu banyak..
Konsep Demand And Supply menekankan kekerapan mengosongkan breast dengan kerap mengepam atau direct feeding, bukan pam lama2. harus dingat suction pam dengan hisapan anak adalah berbeza.Jadi adalah lebih bagus PP dan menambah sesi pengepaman dari pam berterusan selama sejam. Rosak tisu breast kang.

Sumber : Facebook Group Ibu Menyusukan