Monday, June 30, 2014

MH 370

Semasa kelahiran Aqilah banyak peristiwa yang berlaku.
Seluruh dunia masih tercari-cari akan kehilangan MH370.
8 Mac 2014 ia hilang. Hingga sekarang....

Kembalilah MH370...


Kelahiran Puteri Keempat ~ Nur Aqilah

Rentetan dari check semasa check up 39w 2d

Semasa aku balik dari hospital dengan kebenaran doktor, aku dah start rasa perut mengeras. Balik rumah sempat jumapa dan cium-cium je Arisha dan Ardini. Dorangpun xcakap banyak dah ..selalu nak ikut je kalau gi mana-mana. Bila dah kemas apa yang patut aku segera ke hospital semula.

Sampai di hospital, sementara menunggu sempat makan rojak dan lepat ubi. Makan sorang-sorang je masa ni sebab hubby cuma drop je. Dia nak cuti pun tak boleh sebab cuti dah banyak habis. Uwaaaa..sedih jugakla masa ni. Tapi ramai juga yang senasib dengan aku, hubby just drop aje so takla sunyi sangat. Dorang pun rajin je bersembang.

Dalam pukul 7 malam aku dapat wad dah. Tapi dorang hantar kat wad Kelas 3. Ekceli tak kisah sangat pun. Tapi bila tengok lokasi tak baper strategik aku rekues nak jugak Kelas 2. Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Dapat pulak wad yang sama masa kena warded minggu sebelum tu. Jumpa balik Kak Diyana. Dia kes PP stage II. Akan bersalin dalam 2 hari lagi. Ahli wad yang lain juga best-best, Menyembang la kitorang macam ini wad kitorang yang punya. Hahahah..

Dalam hati berdebar-debar aje. Tau macam mana esok. Kalau boleh aku taknak la induce. Seriau weh. Aku doa banyak-banyak agar aku bersalin malam tu juga. Dan kalau boleh secara natural la.

Malam tu aku tidur lewat. Pukul 11.30 malam kalau tak silap. Dalam pukul 1 pagi, perut aku dah start memulas-mulas mengeras. Sampai terkeluar suara jugaklah menahannya. Dalam masa yang sama aku asyik ulang alik ke tandas je. Jalan pun slow-slow je.Semua dalam bilik tu dah perasan aku dok berdehem-dehem dan ke toilet je. Aku dah tak boleh tidur dah masa ni. Pukul 3 lebih nurse datang buat round wad. Aku mengadu yang aku dah start sakit-sakit. Dorang pun panggil doktor. Dah buka 4cm pukul 4 pagi tu.

Pukul 4.40 aku ditolak ke Labour Room. Masa tu juga aku call hubby untuk datang ke hospital. Mujur sekali call je dah angkat. Incstinct mungkin. Sampai je aku di LR, doktor pun siap-siap masukkan air. Makan dan minum dah tak boleh dah. Tapi sempat aku g bilik air sekali lagi. Huhu.. Doktor sekali lagi cek bukaan. Masih 4cm. Pukul 5.30 pagi, hubby sampai dah kat LR. Masa ni bersembang pun kena kontrol-kontrol.. Tak larat dah nak cakap kuat-kuat. Sakitpun makin mengencang!

Pukul 6.15 pagi hubby pergi surau nak solat subuh. Aku pulak memang dah terasa sangat-sangat nak keluarkan baby. Nurse cek lagi bukaan dia kata masih belum engage lagi dan serviks pun masih tebal.. Kalau aku push memang koyak besar. Apa?!! Dah macam mana ni?? Takkan aku nak buat bodo je kot. Sakit giler weh..

Hubby masuk LR semula dalam 6.30 pagi. Dalam hati cakap, cepat pulak sembahyangnya. Aku rasa jauh giler kot nak gi surau. Oooo..mungkin dia wirid pendek kot. Muahahaha..

Sakit makin menggiler, mengencang...meribut semua pun ada. Cuma mati je tidak. Agagaa

Nurse yang mungkin kesian kat aku bercadang nak pasang induce drip air. Boleh pulak masa nak setting cucuk-cucuk menatang tu tersilap la..tak kena la.. Sementara aku dah rasa nak push. Nurse agak keberatan nak benarkan. Mungkin sebab serviks masih tebal.

Akhirnya dia suruh je aku push. Dan dia kelam kabut mencari saksi kejadian. Dapatla tangkap seorang doktor. Rupanya masa yang sama 3 LR mau melahirkan.

Sekali push..alhamdulillah keluar kepala. Nurse tu push sikit je lagi. Dengan tenaga yang ada, aku terus push yang panjang..agak mengejutkan nurse sebenarnya. Nampak muka dia terkejut.

Maka..tepat jam 6.44 pagi lahirlah seorang permata hati perempuan (lagi) seberat 2.78kg buat keluarga kami. Syukur alhamdulillah.

Sekali lagi menitis air mata kesyukuran. memang gembira sangat-sangat. Nikmat yang tidak semua orang merasainya. Aku bersyukur Ya Allah!

Selesai potong tali pusat, baby di letakkan di atas dadaku. Indahnya ciptaan Tuhan, dia menyonyot-nyonyot tangannya sendiri seperti kelaparan. Nurse benarkan beri susu masa tu jugak sebab nampak dia lapar. Pandai pulak tu menyonyot...sementara nurse siap keluarkan uri. Dan sekali lagi bersyukur yang aku tiada luka. Cuma kesan intact sahaja. 

Selepas disusui, baby diberikan kepada nurse untuk dimandikan dan melakukan beberapa proses kelahiran. Baby dikembalikan semula untuk azan dan iqamat. Lepas tu menyusu lagi. Memang awak ni kuat susu la...

Nurse yang sepatutnya pulang pukul 6 pagi tu terpaksa la balik lewat dalam pukul 8.30 pagi. Kiranya dia setelkan prosedur kelahiran baby aku dulu sebelum balik. Diapun baik sangat. Tak kasar macam sesetengah nurse.

Pukul 8.30 pagi aku dan baby naik semula ke wad. Rakan-rakan wad semua terkejut tengok aku dah bersalin. Kak Diyana kata aku la orang yang paling cepat naik atas balik. heheh..tu semua rezeki masing-masing kak.

Sepatutnya aku boleh balik rumah petang tu juga. Tapi pakar pediatrik pulak tak sempat jumpa baby. So esoknya baru boleh cek baby. 

Masa nak discharge 21hb tu, Kak Diyana juga telah melahirkan cahaya mata lelaki. Sempatla aku tengok baby Mikael. Manakala Ana, telah ditolak ke LR dan melahirkan baby boy pada 7malam tu. Sementara Lin pula telah dipasang alat induce sebab masa nak discharge doktor cek bukaan dah 2cm. Dapat beberapa kenalan. Seronok.

Beberapa minit selepas dilahirkan. 20032014 @ 0644, Hosp Serdang, 2.78kg ~ Nur Aqilah

Kita dah nak kuar wad dah! Yeay!!


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Selamat menyambut bulan Ramadhan
Moga segala amalan kita diterima..amen

Thursday, June 26, 2014

Check up 39W @ Hospital Serdang

Alhamdulillah, genap 39 minggu 2 hari sudah kandungan ini masih perlu dipantau oleh pakar gynae Hospital Serdang. Minggu lepas selepas proses ECV dilakukan, aku dapat MC selama 5 hari. Dan selepas aku balik ke rumah, aku rasakan ketidak selesaan pada perutku. Rasa sakit yang merengat. Macam sakit sebelum bersalinkan Ardini. Sakit tu mungkin petanda, kejap datang kejap pergi.

Masa appointment tersebut aku beritahu doktor yang aku dah start rasa sakit-sakit. Doktorpun scan kandungan risau kalau-kalau rahim pecah ataupun komplikasi lain. Semuanya ok. Syukur. Aku juga maklumkan yang skang ni lendir dah start keluar. Doktor amik sample untuk cek samada ada infection ke tak. Lepas tu doktor cek samada bukaan dah ada ke tak. Rupanya dah buka jalan 2cm. Patutla dah senga-sengal. Doktor decide aku kena warded hari itu juga...esoknya doktor akan decide samada kena induce ataupun tak. Terkejut juga mendengarkan itu. Terkedu pun iye. Sebab baru je kerja balik 2 hari, dah kena tahan lagi. Aku minta kebenaran untuk balik ke rumah, doktor berat nak bagi tapi setelah aku bagi beberapa alasan baru doktor benarkan, itupun dalam masa sejam aku kena datang semula hospital untuk warded.

Huhuhu..

Kisah check up yang terakhir.

Tuesday, June 24, 2014

Bersalin Ceasarean

Masih ingat lagi kisah aku semasa kandungan berusia 37 minggu di entry ini?

Pada 9 Mac 2014 aku ke Hospital Serdang untuk menyerah diri. Masa tu wad penuh, so kena tunggu lama jugaklah untuk dapat katil. Sementara tu aku menunggu di PAC, dan dipantau oleh doktor serta nurse. Kebetulan Dr. Aini, Pakar Gynea yang bertugas malam itu memeriksa kandunganku. Dan kebetulan aku batuk depannya. Terus dia berubah muka.. "Awak batuk ke? Kalau batuk ceasarean tak boleh dijalankan". Terkejut juga aku mendengarnya.. Kemudian dr menerangkan lebih lanjut apa kesannya kalau ceaserean diteruskan. So memang tak boleh ceaser selagi batuk belum ok. Dr Aini call pula Dr Anita untuk keputusan seterusnya. Dr. Anita minta aku tetap diwardedkan..dalam mode stanby. Sementara itu aku diberi ubat batuk dan antibiotik. Lebih kurang jam 8.30 malam aku dihantar ke wad 5B.

Sampai di wad, aku bertemu dengan 2 orang kakak yang peramah. So we all pun apa lagi, sakan bersembang macam ini wad kami yang punya. Hahaha..dapat ramai kawan. Tengah malam aku disuruh berpuasa, sama dengan Kak Fay. Kak Fay dia kena induce sebab kes kencing manis pada awalnya. Namun bila scan, kandungan songsang pula. Memang jadi genglah kami. Sama-sama bersahur dan berdrip ke bilik air. Hahaha...

Pagi itu kami menanti penuh debar. Tapi sehingga pukul 11 pagi masih belum ada kata putus buat kami berdua. Pelik.. memang pelik. Tengahari tu doktor pakar buat ward round. Masa giliran aku, Dr. Mahani menyarankan aku buat External Cephalic Version (ECV). Alasannya sebab aku kandungan keempat dan sebelum ini semuanya bersalin normal. Tiba-tiba bilik kami dikejutkan dengan pendarahan Kak Fay. Terus doktor dan nurse datang cek. Tak lama lepas tu Kak Fay dibawa ke Labour Room.. 

Pukul 2 petang aku ditolak ke Labour Room untuk ECV. Dalam hati jantung berdegup kencang. Memikir macam manalah agaknya proses tu nanti. Setiba di LR, heartbeat baby dilakukan melalui CTG. Kemudian perut discan. Baby masih tetap melintang lagi. Pukul 3 petang aku diberi suntikan bagi mengelakkan kontraksi ketika proses ECV dilakukan. Lebih kurang 4x scan dalam pukul 4 petang doktor pun melakukan ECV. Kedua belah tangan dr memang punggung dan kepala baby then dipulas dan digerakkan kepalanya menuju ke bawah, ke saluran sepatutnya. Alhamdulillah dalam masa 6 minit proses tersebut berjaya dilakukan. Pengalaman baru yang manyakitkan ini amat beharga aku rasakan. Betapa dengan kuasa dan izin Allah, baby dapat dibetulkan kedudukannya. Terima kasih Allah! Syukur tak terhingga.

Sekali lagi kandungan discan dan dipasang alat CTG. Alhamdulillah semuanya ok. Aku ditolak naik semula ke wad dalam pukul 5.15 petang. Pemantauan yang rapi dari hospital juga dilakukan pada malam itu. Adalah lebih kurang 5-6 kali heartbeat baby diperiksa. Keesokannya, doktor sekali lagi scan baby, kedudukan kepala baby masih di bawah dan aku dibenarkan pulang pada petang itu. Lega, gembira semua perasaan ada. Cuma aku diberitahu kedudakan kepala masih belum engage. Doktor cakap slowly nanti baby akan engage. Kak Fay juga telah selamat melahirkan baby girl dalam 5.30 petang melalui ceasarean jugak sebab masa Kak Fay sakit tu terlalu lama tapi bukaan sikit saja. Tahniah Kak Fay!




Monday, June 23, 2014

I'm Back

Assalamualaikum wbt.
Lamanya tak meng-update blog ini
Lebih dari 3 bulan.
Macam-macam cerita.
Ku cuba update satu-persatu inshaAllah. ;-)