Wednesday, March 5, 2014

Appointment Pakar di Hospital Serdang @37weeks

Alhamdulillah kandungan ke-4 ini selamat menginjak ke 37 minggu
Pada 3 Mac 2014 aku dikehendaki berjumpa dengan pakar O&G bagi menentukan nasib..yelah nasib la tu...sebab nak tau kedudukan baby yang terkini. Samada melintang atau dah ok.
Dalam hati Tuhan yang tahu perasaaan ini. Seperti yang dirasa, memang baby masih melintang lagi.
Jadi doktor terus cari tarikh yang sesuai untuk aku bersalin cara ceasarean (pembedahan).
Mental memang dah bersedia, cuma fizikal je macam kerisauan dengan ketahanan diri..huhu
Aku akan check in Hospital Serdang pada 9 Mac 2014 jam 12 hingga 2 petang..wahwah..macam check in hotel yek! Hahaha ..
Akan di operation pada 10 Mac 2014.
Belum pernah menempuhinya.



Moga semuanya selamat dan dipermudahkan..amin