Tuesday, February 18, 2014

Pemadam Getah



Alkisah....semalam aku teringat yang pemadam getah Arina ketiadaan stok di rumah. So aku potong dua pemadam yang aku gunakan di ofis untuk bagi beliau guna buat sementara waktu. Nanti weekend akanku belikan yang baru. (Perbuatan ini adalah salah ye ibubapa sekalian... :-()

Di rumah, masa Arina nak buat homework dia carila pemadam adiknya dalam pencil box. Tapi adik pun takde pemadam! benda-benda macam tu memang kena ada stok di rumah. Tapi sebab mama bz tak perasan stok pun dah habis. Huuhuu...

So, aku keluarkan pemadam dari ofis tu. Bila dah siap kerja rumah, terjadilah perbualan seperti di bawah:

Arina : Mama..kakak suka lah pemadam mama ni..bersih je..tak macam kakak punye sebelum ni. Hitam..kotor..

Mama : Yeke..sebab mama selalu bersihkan

Arina : Kakak rasa kakak nak la pemadam mama ni..boleh tak? Mesti tak bolehkan..

Mama : Pakai je lah

Arina : Tapi mestilah tak boleh..sebab ni kan ofis punya. Nanti mesti bos mama marah kan. 

(Nampaknya soalan kali ni kena jawab dengan bijak..) 

Mama : Iya memang ofis punya. Nanti mama minta izin bos mama ye.

Arina : Kalau bos mama mengamuk macam mana?

(Dah budak ni kenapaaaaa??? Nak nangis tau mama jawab)

Mama :  Yelah, kalau mama minta izin cakap baik-baik..Dia bagilah nanti

Arina : Tapi kakak risau la...

Mama : Ok..ok macam ni..Mama bawa dulu pemadam yang hitam buruk ni pergi ofis, kakak pakai pemadam mama, kita tukar..ok? Nanti pemadam kakak dah bersih kita tukar balik.

Arina : OK!

Huh! Baru la lega aku dah setel sesi soal jawab...
Menguji minda dan kesabaran sungguh.
Antara hukum Allah dengan kemanusiaan..memang kena jawab betul-betul supaya si anak tak konfius kelak.

 

Monday, February 17, 2014

Gigi



Nak citer perihal gigi. Entry ni sebenarnya dah lama sangat nak buat. Cuma takde masa dan asek terlupa aje.

Arina - Kalau tak silap gigi susu pertama yang dicabut masa dia dah nak masuk umur 6 tahun. Masa tu gigi tu elok cantik dan takde cacat cela pun. Tiba-tiba je gigi tu bergoyang sendiri. Masa tengok masih belom ada gigi kekal yang akan keluar. tapi beberapa hari lepas tu nampak bayang gigi kekal menyorong naik. Cepatnyalah gigi kekal menyorong naik.. Hati mamanya teramat sayang sebab gigi susu cantik lagi. Tak lama lepas tu, kami bawalah juga dia jumpa dentist sebab gigi susu makin kuat bergoyang dan gigi kekal dah tak sesabar nak keluar. Cabut 2 batang sekali kalau tak silap. Masa pergi jumpa dentist, seriau jugaklah manatau dia buat drama swasta pulak..menjerit-jerit dalam klinik tu kan. Alhamdulillah..senang sangat mencabut 2 batang gigi tu. Kali kedua bawa Arina ke klinik masa umur dia nak masuk 7 tahun, pun kes yang sama..gigi susu sebelah depan yang atas goyang. Bila dibawa klinik memang kena cabut ajelah. So dapatlah 4 batang gigi kekal beliau.

Arisha - Kes dia pulak terlalu awal...umur 5 tahun dah goyang gigi susu depan bawah. Sayang giler la..gigi yang elok pulak goyang dulu. Dia pulak suka main gigi tu dengan lidah. Jadi yang goyang makin kuat bergoyang. Ingat nak bawa g dentist, skali balik keje mak aku cakap Arisha dah cabut sendiri gigi dia. Takde darah pun. Sakit pun tak. Sabo jelah... latest, gigi dia bergoyang lagi sebelah yg dah cabut tu. Dah warning banyak kali jangan main gigi. Tapi budak biasa lah kan lagi dihalang lagi dibuat. Dan pagi tadi selamat sudah gigi tu dicabutnya. :-/ memang sukati dia je nak cabut macam mana..

Ardini - Anak dara sorang ni paling suka makan coklat dengan gula-gula. memnag kalau boleh satu kedai nak diborongnya coklat. So gigi memang takyah citerla..rosak teruk dah..ngan kedepannya lagi, akibat hisap puting!

*********************************************
Sedikit info untuk makluman semua ibubapa..:

Bilakah gigi susu perlu dicabut oleh doktor gigi?
1. Bila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu ( gigi bawah) atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu ( gigi atas) dan gigi susu belum tanggal lagi.
2. Bila gigi susu telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah di rawat beberapa kali oleh doktor gigi.
3. Bila gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya
4. Bila dah tiba masanya utk gigi itu tanggal tetapi tak tanggal-tanggal.Kerana biasanya bila gigi tu dah goyang sangat tetapi gigi kekal tak kelihatan bermakna gigi kekal ada di bawah gigi susu.
5. Jika takut utk cabut sendiri

Mitos yang mengatakan jika tak cabut gigi susu jika sudah goyang akan menyebabkan gigi kekal tumbuh tak lawa adalah tidak benar sama sekali. Apakah sebab gigi menjadi tidak teratur?
1. Keturunan
-rahang muka yang kecil dan gigi yang besar menyebabkan gigi tidak mendapat tempat utk tumbuh jadi tumbuh secara tidak teratur. Jika ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali mempunyai gigi yang tidak teratur maka besar kemungkinan anak juga mempunyai masalah yang sama.
2. Gigi yang dicabut terlalu awal
- Gigi yang rosak atau bergoyang yang dicabut terlalu awal akan menyebabkan gigi lain bergerak ke kawasan yang dicabut . Ini mengakibatkan gigi yang sepatutnya tumbuh di situ tiada tempat . Biasa gigi yang berlapis adalah gigi geraham kecil dan juga gigi taring.
3. Gigi susu yang tidak dicabut
- jika terdapat gigi susu yang tidak dicabut walaupun gigi kekal telah tumbuh mengakibatkan gigi menjadi berlapis-lapis dan tidak tersusun

Wednesday, February 12, 2014

Ardini turns 3!

Selamat ulangtahun kelahiran anakanda Nur Ardini!
Semoga selamat, selamat dan selamat sentiasa di dunia dan akhirat...
sekejap je masa berlalu..si kenit pun dah besar..