Tuesday, January 21, 2014

@ 29weeks 4th Pregnancy

Saje nak share kisah check up yang lepas semasa kandungan ke-4 ni berusia 29w.
Masa tu kena test MGTT, minum air gula nak tengok kencing manis ke tak.
Skali dengan scan baby..
Dr cakap baby ok..memang nampak jelas keadaan baby dalam perut walaupun scanner biasa 2D tu je
Mungkin sebab mesin baru kot.
Yang tak ok cuma keadaan baby melintang, kepala sebelah kanan, kaki pula sebelah kiri
Patutlah kurasakan berat belah kanan je..pastu bulat..
Rupanya dia masih melintang
Dr juga ada bagitau gender baby, tapi biarlah kurahsiakan dulu untuk pengetahuan umum
Kami tak kisah pun dapat baby girl atau boy...
Yang pasti He or She tu adalah kurniaan dari Allah SWT yang tak ternilai...

:-)

** Alhamdulillah minggu ni dah 31weeks

Wednesday, January 15, 2014

Nur Arisha @ Kindergarten

Tahun ini beliau berusia 6 tahun
Ini bermakna beliau akan menjejaki Kindergarten
Ya...anda pasti tahu anak-anak saya tidak menginjakkan kaki ke sekolah selagi belum berusia 6 tahun.
Saya decide untuk hantar dia ke tadika yang berdekatan dengan rumah sahaja.. Ayahnya bersetuju.
Hari pertama si adik menemani saya menghantar si kak ngahnya.
Excited sungguh beliau nak ke sekolah..almaklum..tak pernah pegi sekolah
Lepas hantar Arisha, cikgu maklumkan tak perlu tunggu..
Dan saya pun dengan penuh keyakinan cuma drop n terus balik
Pukul 12 tengahari ayahnya pick up dia.
Memang dia ok je sepanjang hari tu..dia cakap best sekolah.
So hari kedua saya dan encik suami kembali bekerja.
Dan semuanya berjalan lancar...

Tuesday, January 7, 2014

Nur Arina

Tahun ni anak sulung saya dah melangkah ke darjah 2.
Usianya pun baru sahaja menginjak ke angka 7 pada 31 Disember yang lalu
Owwhh..she's younger than others la in her classroom! Ekekeke..
Tahun ni di SRA Arina dapat naik ke kelas pertama..iaitu kelas 2A
Pada saya tak kisahlah dia dikelas mana, janji ilmu yang dipelajari bermanfaat dunia dan akhirat
Di Sek Keb pula masih kekal di kelas keempat, 2 Mutiara
Pun saya tak kisah, sebab cikgu memang bagitau semua kelas sama sahaja..
Tahun ni juga kelas dikelas mengaji Arina dah naik baca Al-Quran..Alhamdulillah.
Semoga kakak terus berjaya dan berjaya.. :-)