Wednesday, November 27, 2013

Atok Sakit - Part III

Sambung semula kisah abah sakit dulu..

26 April 2013 ( Jumaat ) - Keadaan abah nampak stabil. Dengan kadar oksigen yang semakin menurun. Namun selepas beberapa jam, pagi tu abah tetiba je sesak nafas semula. Terpaksa pakai balik alat pernafasan yang besar gabak tu dengan kadar oksigen yang tinggi. Aku betul-betul frust.. Sebab dah 8 hari abah warded tapi kesannya tak berapa positif. Disebabkan kecewa sangat aku taknak tunggu abah dah. Bunyinye macam jahat, tapi terus-terang aku betul-betul kecewa. ;-( Mak pula gantikan tempat aku, so malam tu aku dah bermalam di rumah.

27 April 2013 ( Sabtu ) - Semasa aku datang ke hospital, keadaan abah ok semula, tak macam semalam. Alat oksigen pun kembali guna yang kecik dan kadang-kadang selamber je abah taknak pakai. Rimas agaknya. Malam tu mak juga tunggu abah.

28 April 2013 ( Ahad ) - Ramai saudara-mara yang datang berkunjung..terima kasih buat mereka.. Tolong doakan abah dan memberi sumbangan. Abah pun nampak happy..dan semestinya tak sabar nak balik! hahaha....

Riang ria di hospital. hahah..

Malam tu aku datang ke hospital, jenguk abah dalam sejam. Malam ni dan malam berikutnya aku cakap dengan abah, memang kami tak boleh tunggu dah. Esok aku akan bekerja. Abah terpaksala berdikari. 

29 April ( Isnin ) - Aku datang jenguk abah pukul 12.30 tengahari. Keadaan abah makin ok. Tak perlu sangat guna alat oksigen lagi. Dia sibukla tanya bila boleh keluar. Dah bosan la tu. Malamnya, aku datang lagi menjenguk, dalam 2 jam camtu. Kesian tengok abah tak selera makan lauk hospital. Aku tengokpub sebu!

30 April 2013 ( Selasa ) - Aku datang lagi waktu lunch hour melawat abah. Abah dah nampak sangat ok. Alahamdulillah. Abah kata boleh discharge hari ni. Aku cepat-cepat tanya doktor. Doktor cakap kena tunggu report n beberapa prosedur. So, senang citer petang ni kot baru boleh discharge. Petang lepas habis kerja aku dan en hubby ke hospital semula. Menunggu proses discharge pun agak lama. Pukul 7 baru setel. Biasala hospital gomen katakan. Papepun aku bersyukur, abah dah boleh discharge...


~ Sekian catatan semasa abah sakit..

Boleh jugak layan citer abah yang menderita COPD di Catatan Atok Sakit - Part II
Juga di sini... Catatan Atok Sakit