Wednesday, October 23, 2013

I'm Pregnant!

Alhamdulillah..dah masuk minggu ke-17
Anak keempat
Semoga dipermudahkan urusan..ibu dan anak sihat. Amen.


:-)


Thursday, October 17, 2013

Catatan Atok Sakit - Part II

21 April 2013 ( Ahad ) - 2.50 pagi, abah banyak kali bergerak.. Terpaksalah ikat tangannya supaya tiub tak tercabut. Kang kalau tercabut lagi naya kan. 7 pagi, nurse dah start bagi air masak melalui tiub. Pukul 10 pagi aku balik ke rumah. Dapat tilam sedapnyaaa...kat hospital tidur duduk je. Sangat tak selesa. 12.45 tengahari aku datang bersama en hubby, mak dan bebudak tu semua. Pukul 4 petang abah dah start diberi susu melalui tiub. Alhamdulillah....abah tak perlu puasa lagi. Aku dan yang lain-lain balik ke rumah petang tu. Ramai juga saudara-mara yang datang tengok abah hari ni. Terima kasih semua. Malamnya aku kembali ke hospital tengok abah. Abah mulai gerakkan kedua-dua tangan, mulut seperti tak selesa tiub dimulut. Syukur...


 Inilah alat dari ICU dan pemerhatian dari pakar ICU



22 April 2013 ( Isnin ) - 12 tengah malam, abah dah boleh gerakkan seluruh anggota badan. Syukurnya aku tengok keadaan dia masa ni. 6 pagi, abah dah boleh kentut..hihi..mengiring, mengangguk bila aku tanya kenal tak aku..dia nak gelak je aku tengok..hehehe. Tapi kesian time nak sedut kahak...nampak terseksa.. Tepat jam 11 pagi ubat tidur distopkan. Maka bila-bila masa je abah akan sedar. Masa ni kena jaga risau dia tertarik semua wayar berselirat. Dalam pukul 4 petang alat bantuan pernafasan dihentikan. Abah masih mamai ketika ini. Apabila abah sedar, nampak abah stres tercungap-cungap. Aku panik! Doktor sedaya upaya suruh abah bernafas macam biasa coz tahap oksigen n karbon dioksida dalam darah abah dah stabil sedikit. Nurse bagi abah nabulizer sekejap..suhu abah mula naik.. Abah demam. PCM diberi segera, kebah dalam masa 30 minit. Bila nampak stabil sikit, aku start berborak ngan abah. Alhamdulillah abah nampak ok sangat dari sebelum ni.. 6.40 petang mak sampai, abah tanya kat mana cucu-cucunya..alahai betapa sayang cucunya, sakitpun tanya. Cucu-cucunya ikut tapi en. hubby tunggu di bawah sebab kanak-kanak bawah 12 tahun tak boleh melawat masa weekdays. Akur sahajalah. Petang tu aku balik ikut dorang. Malamnya aku datang semula. Alang-alang dah cuti ni takpelah aku tunggu je abah sampai abah agak stabil.

23 April 2013 ( Selasa ) - Jam 8.00 pagi, seperti biasa doktor akan round, masa ni Ketua Jabatan Perubatan yang round. Doktor ni terangkan kat aku yang abah berpenyakit COPD (chronic obstructive pulmonary (PULL-mun-ary) disease). Penyakit ni akan menyebabkan pesakitnya sukar bernafas. Macam mana cara pesakit ni bernafas, cuba kita tarik nafas, tahan...then masa tu kita try tarik nafas. Tentu sukar bukan? Itulah yang abah alami. Doktor juga cakap 60% pesakit akan kena balik walaupun telah dirawat. Senang citer memang tak boleh sembuh unless tukar paru-paru lain. 20% pula akan meninggal. Tak hagak-hagak la doktor ni, sedih pun belum hilang dan cakap macam-macam. memangla fakta tapi tak perlu mention kot. Lepas amik nab 40 minit abah gunakan oksigen yang masih tinggi lagi. Dan rutinku di hospital seperti biasa.

Hari berganti hari jugakla aku di sana.
Sampai tak tau nak makan apa dah.
Mujur menu kafe hospital sentiasa berubah
Ada spagetti, ayam panggang dan sebagainya yang ala-ala western
Tidaklah jemu kan.
En hubby juga turut ambik cuti 3 hari, untuk urusan anak, mak dan aku berulang-alik ke hospital.




Catatan Atok Sakit

Sedih sangat masa ni..
Lepas je kitorang balik dari kampung, masa kenduri sepupu aku di Kuala Kurau, abah adala mengadu sakit perut. Masa tu aku beranggapan mungkin sebab salah makan masa kenduri tu. Dalam 2-3hari la abah sakit, tapi ok bila makan ubat. Tak lama pastu dia demam pula. Kali pertama dia call bagitau aku suruh dia p klinik. Esoknya dia call lagi, tak lalu p klinik katanya... Aku dah tak sedap hati. Setelah berbincang dengan encik hubby, kami balik berdua je ke kampung amik abah bawa ke Kajang. Tanggal 18 April 2013. Keadaan abah memang nampak sakit sangat. Sebak plak tengok. Malam tu juga sampai di Kajang. Berikut adalah tarikh dan peristiwa semasa abah sakit, yang sempatku catatkan.. :-(

19 April 2013 (Jumaat) - Balik dari ofis, nampak abah dah tak demam lagi, tapi semputnya masih kuat. Aku dan encik hubby terus hantar abah ke Jabatan Kecemasan, Hospital Serdang. Abah diperiksa di kaunter, dengan disorong naik wheel chair, terus dikejarkan ke Zon Merah.. OO'ooo..aku dah tak sedap hati. Masuk je Zon Merah, semua nurse n doktor tolong abah naik katil, pakaikan uniform hospital dan nebulizer oksigen. Masa ni nampak abah sangat-sangat semput. Tuhan je tau perasaan aku masa tu. Aku tak dibenarkan tunggu di dalam, apa-apa perkara dorang akan panggil kat luar. Aku keluar, encik hubby dah ada tunggu di luar, dia tak sempat tengok kejadian yang tadi sebab dia p cari parking kereta. Masa tu lebih kurang pukul 11.00 malam, kami menunggu dan terus menunggu. Lebih kurang jam 12.30 tengah malam, mereka memanggil waris abah untuk ke dalam. Aku melangkah penuh doa dan harapan. Doktor maklumkan yang abah sangat kritikal, mereka sedang usahakan supply oksigen yang mencukupi buat abah. Aku harap sangat doktor buat apa yang terbaik untuk abah. Aku keluar, suruh encik hubby balik dulu. Amik la apa yang patut di rumah sebab masa pergi tu memang sehelai sepinggang je. Pukul 2.20 pagi sekali lagi aku dipanggil, doktor maklumkan sememangnya abah kena masuk wad. Tapi buat masa ni wad penuh. Dalam pukul 4 pagi, encik hubby datang semula, dan kami decide tido dalam kereta. Mata adalah sangat mengantuk! Aku sempat masuk ke dalam, tengok keadaan abah. Tetap sama. Tido di dalam kereta sampai pukul 6 pagi, kami pulang ke rumah semula untuk aku mandi dan amik barang.

20 April 2013 (Sabtu)  - Aku sampai di hospital pukul 9.30 pagi. Aku bawakan roti dan air untuk abah. Tapi doktor maklumkan yang abah kena berpuasa sebab keadaan abah masih teruk. Doktor akan pasang bantuan alat pernafasan dan abah akan ditidurkan. Ya Allah..risaunya hati ini. Paru-paru abah sangat keras dan kurang berfungsi manakala darahnya terkena jangkitan kuman. Aku pasrah je dengan apa tindakan yang hospital buat demi kesihatan abah. Jam 10.50 pagi aku dipanggil sekali lagi, abah telah ditidurkan, alat bantuan pernafasan telah pun dipasang. Aku keluar dan minta encik hubby solat hajat agar abah tidak akan dihantar ke ICU. Mak dan anak-anak aku sampai hospital pukul 12.20 tengahari. Jam 3 petang abah dihantar ke wad 7C, kerana wad ICU penuh. Tetapi peralatan pemantauan akan dibuat oleh doktor dari wad ICU. Sedikit syukur kerana tidak dihantar ke ICU. 

Beginilah abah semasa hari pertama di wad 7C

Kami pulang ke rumah jam 6 petang. Waktu melawat pun hampir tamat. Aku juga perlu mandi dan rehat sekejap. Sampai di hospital semula jam 10.30 malam. doktor telah mengoptimumkan lagi kandungan oksigen sebab karbon dioksida abah adalah sangat banyak di dalam darah. Aku bermalam di hospital.


Bersambunggg....


Thursday, October 10, 2013

Birthday Party

Party la sangat..
Disebabkan kekengan masa dan kewangan, kek dibeli sekaligus je buat 3 beradik ni
Sonang.
Sorang menyambut ke-6, ke-4 dan sorang lagi ke-2
Buatnya selepas tarikh besday sikecik.





Mood tada bagus..melalak plak dia..


Monday, October 7, 2013

Cantiknya Teluk Senangin Lumut

Sebelum ni asek terdengar-dengar je pasal kecantikan di Teluk Senangin, Lumut.
Katanya, Teluk Senangin ni pantainya bersih dan masih terpelihara keindahannya sebab belum ramai yang tahu tempat ni.
Perjalanan dari rumah aku di kampung boleh tahan la jauhnya, lebih kurang ke Teluk Batik juga.
Sampai je tempat ni, terpegun jugalah tengok lautnya..memang cantik
Cuma untuk bermandi-manda dengan budak-budak ni macam kurang sesuai sebab ombaknya kuat
Akupun takut tengok..hahaha..













Learn n Fun @ Kidzania

Jommmm berseronok-seronok di Kidzania, Mutiara Damansara..
Budak seronok..mak pun seronok jugak
Mana taknye, masa ni la nak tengok anak-anak bekerja..kehkehkeh
Yang bagusnya tempat ni, budak-budak dapat belajar sesuatu yang baru iaitu alam pekerjaan, membina ketahanan mental, membina kreativiti dan kemahiran..pendek kata, memang aku rekemen sangat-sangat untuk parent bawa anak-anak ke sini. Cuma had umur untuk mencapai kepuasan maksima masuk dalam tu, aku rekemenkan 6 tahun ke atas.
Sebab, kebanyakan 'game' syaratnya berumur 6+y.

Jom layan gambar!

 Tukar cek dulu, sebelum bekerja

 Dapat begamba je kat ambulans ni sebab penuh, takleh masuk keje di sini

 Jadi customer saloon dulu sebelum bekerja

 Tadaaa...hasilnye

 Dentist wannabe






 Kecewa...fashion show belom time..

 Burger maker pulak...puashati sebab koje pstu dapat burger.hik!



 Sian budak kecik ni tak dapat masuk semua..


 Pembaca ramalan cuaca

 Tukang jaga skrip..tapi leh wat donno je tak skrol skrip..hahah

Gelabah dah pembaca ramalan cuaca skrip xkua-kua..hahah




Sepanjang tempoh setengah hari dalam tu, hanya dapat masuk beberapa tempat je
Yang takde gamba dalam ni masa dorang jadi pilot Air Asia
Sebab ibubapa tak dibenarkan masuk

Sangat seronok!


Friday, October 4, 2013

Kursus BDHA

Citer lama...hujung bulan Jun yang lepas, aku menyertai kursus Bahagian ni ke Pulau Pangkor.
Sesekali bekursus di luar pejabat adalah mengujakan.



Inilah tempat berkursusnya..Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor


 Teluk Nipah

 Dinner BBQ


Berperang!!

Thursday, October 3, 2013

Day Trip ~ Bandung

Orang tak pernah buat pergi bandung balik hari, aku buat! ahahaha
Ekceli trip ni adalah trip suka-suka, untuk merasa pi Bandung
Bukan nak stay lama sebab anak-anak kecil dan nak tengok-tengok kawasan aje
Sepatutnya bos aku yang patut lead tu pergi lebih awal...sebab dia stay skali ngan family
Tapi atas urusan yang tak dapat dielakkan, dia tak dapat pergi, so tiket pun burn
Maka, tinggalla aku ngan sorang lagi bos Unit bawah terkontang kanting
Agak scray memikirkan kami berdua je pergi, perempaun plak tu...dia ajak hasbennye..
Hasben aku plak kebetulan ada appoiment klinik gigi so tak dapat menemani
Maka gigihla kami bertiga menaiki pesawat Air Asia seawal jam 6.20 pagi!
Haa...keluar rumah, pukul 3.10 pagi! 

Sampai je di Bandung, bapak supir dah tunggu dah.
Terus menuju ke kedai makan untuk bersarapan.
Aku makan bakso dan jus alpukat

 aku kaya!!

 borang visa yang kena isi masa dalam flite

 dah sampai..kecik je airportnye

 jus alpukat yang nyummy!

bakso meehon..sedap tapi tekstur meehon tak macam di Malaysia

Perjalanan pun bermula ke Pasar Baru..apalagi..shopping sampai lebam!
Habis je ronda Pasar Baru kami lunch terus di situ...
Makan nasi ayam penyet je sebab, aku risau tekak tak boleh terima benda lain..

 Nasi ayam penyet dan jus mango

 Bos aku makan set ikan talapia masak kicap pedas..sedap jugakla..

Selepas lunch terus bergerak ke oulet Anakecil..tempat menjual pelbagai jenis pakaian kanak-kanak...Murahla kat sini, barang branded..tapi harga takdelah melampau sesangat..baju gown pompuan Rm 30 pun dapat..yang sama harga kat Mesia RM50-Rm80





Masa pun dah suntuk...nak dekat pukul 3 petang dah masa tu. So cepat-cepat bergegas ke kedai Kartika Sari plak, seterusnya Amanda.
Kedai yang pemes dengan brownies dan pisang bolen





Last destinasi yang dituju adalah ke Rumah Mode.
Pendapat aku Rumah Mode ni kawasannya besar...boleh begambar..boleh makan dan shoping..tapi kalau nak beli baju-baju wanita ni, macam tak banyak pilihan pun
Sebab kebanyakan yang ada bersize kecik dan agak seksi sedikit.





Jam 4.30 petang kami terus bertolak ke airport untuk flite pukul 7.20 malam 
Duit masih berbaki lebih kurang 600k Rp..hahaha
Ni gara-gara terlupa ada selit 600k dalam kocek. 
Sangat sengal je aku rasa
Kalau tahu baik aku shoping sampai pengsan. hahaha

Begitulah ceritanya..

Sekiannnn...