Monday, September 30, 2013

Cuti-cuti Langkawi - Part II

Hari Kedua, destinasi pertama kami ke Makam Mahsuri. Punca kuasa ke sini sebab kunjungan yang lepas tak sempat ke sini. Mungkin masa tu, masa tidak mengizinkan..almaklum nak menziarah makam. Besar rupernye tempatnye..siap ada rumah dia, penghulu, galeri dan sebagainya.

 Al-fatihah


 Rumah Mahsuri



 Rumah Penghulu dan bininye yang kijam







Next destination Cable Car Langkawi, otw singgah di Dermaga apa ekk..lupa plak..tapi memang jumpa lak otw ke Cable Car tu. Amik gamba lagi..hahaha





Ok, sampai sudah ke Cable Car...sampai je nampak macam langit nak hujan. Kat kaunter dimaklumkan yang atas gunung sedang hujan dan berkabus. So terpulang kepada kita samada nak teruskan atau tidak. Kami meneruskan juga hasrat itu. Dah sampai sayang plak tak naik kan.









 Sky Bridge ditutup sementara waktu





 Telaga Tujuh





Bila turun, perut pun sudah lapar..mari kita cari makan...
Selesai makan, terus menuju balik ke Kuah. Apalagi..aktiviti ke Kompleks Haji Ismail Group. Shopping..shopping dan shopping..

Cuti-cuti Langkawi - Part 1

Hasrat nak bawa anak-anak ke Langkawi akhirnye termakbul juga.
So, pada 27 Ogos 2013 kitorang pun berangkat ke Langkawi dengan menaiki pesawat tambang murah Air Asia. Tiket ni beli dah lama..dalam 12-11 bulan yang lalu.

Hari pertama kami sampai awal, sekitar 8.30 pagi. Selesai je amik bagasi dan juga kereta sewa dalam pukul 9.20 pagi. Dapatla merasa kereta pinjam 4 hari Nissan Almera beharga RM100 x 3 hari. Terima kasih kat akak kaunter tu sebab bagi kami harga untuk 3 hari je padahal kami pakai selama 4 hari. Masuk je kereta terus carik kedai makan. Perut dah lapar giler. Almaklum bangun seawal jam 4 pagi. Selesai breakfast terus bergerak ke kondo yang akan disewa, Suria Century Kondo, Kuah. Lepak-lepak, tengok tv dan mandi kami keluar dr kondo jam 12.30 tengahari untuk ke destinasi pelancongan pertama. Hikhik..

 3rd bedroom

 2nd washroom

 2nd bedroom

 dapur

 ada mesin basuh dan ampaian

 balkoni dan budak belum mandi. hihi

 Tempat pertama,kami pergi ke Beras Terbakar, bukan nak tengok beras terbakar tapi nak beli kain batik. muahahaha...








Singgah sebentar di pantai...yang dekat dengan airport




ni lah kereta pinjamnye.huwahuwahuwa

Next destination singgah juga di Pantai Chenang..tapi cuaca xberapa cantikla..jerebu. Langkawi bacaan index masa tu 7+ so memang xbesh.


 mampu tengok je..nak naik? memang taklaaa






Pastu kiorang singgah The Zone n kedai sebelah tu..tengok-tengok cekelat la apa lagi.. Destinasi last Dataran Helang, amik gambar puas-puas kat situ. Cuaca panas tapi berjerebu membuatkan gamba kami tak berapa cantikla...rugi je rasa.

 nyumnyum...pape jadi eskrim no.1!

 matahari yang sedih..seperti sunset tak sunset
















Selepas tu kami terus balik ke kondo, bersiap-siap pula untuk dinner. Dinner hanya di Kuah je gara-gara semua dah kepenatan. Lupa plak restoren apa, tapi sedapla masakannya. :-)