Monday, December 30, 2013

Arisha 5th Birthday

Entry terlambat masuk blog..hihi
7 Oktober yang lalu genaplah puteri ke-2 berumur 5 tahun
Moga menjadi anak yang solehah..amennn








Santai di Taman Saujana Hijau

Minggu lepas dalam kebizian yang ntah pape tu sempatla bawa budak-budak bertiga tu ke Taman Saujana Hijau, Putrajaya. Tu pun pergi dah tengah hari rembang orang kata. Memang panas... Tapi budak-budak ni memang tak kisah apa. Yang penting dapat jalan dan main. Jadilah...













Hijauuuu kan??!!
memang cantik

Thursday, December 26, 2013

Anniversary ke 8

Mencecah sudah ke angka 8 tahun perkahwinan kami.
Semoga perkahwinan ini diberkati, dilimpahi dan dirahmati oleh Allah.

Tuesday, December 17, 2013

Kejayaan Nur Arina

Alhamdulillah, si kakak Nur Arina berjaya mendapat tempat kedua di dalam kelas di Sekolah Rendah Agama yang mana keputusan keseluruhan adalah mumtaz.

Di sekolah rendah pula, hanya mendapat tempat ke-11. Bak kata auntie beliau, masih ditempat nombor 1 juga..cuma banyak sikit 1 nye.. :-P heheheh..

Papepun mama harap kakak dapat teruskan usaha ini..berkekalan dalam menuntut ilmu dunia dan akhirat.. Amennn..

Mama juga pesan, kakak jangan pernah merasa selesa di tempat sekarang. Sentiasa memandang ke atas dan teruskan mencapai kejayaan yang cemerlang!




Keep it up bebeh..

Cousin wedding

Selamat berumah tangga!!
Moga berkekalan hingga ke akhir hayat





Monday, December 16, 2013

Do n Don't ~ Breast Milk

Dapat gamba ni kat dalam facebook Kumpulan ib-ibu menyusukan anak





Agak lama meninggalkan dunia penyusuan ibu..ewahhh
Semoga dapat memberi manfaat kepada saya dan juga orang lain


Wednesday, November 27, 2013

Atok Sakit - Part III

Sambung semula kisah abah sakit dulu..

26 April 2013 ( Jumaat ) - Keadaan abah nampak stabil. Dengan kadar oksigen yang semakin menurun. Namun selepas beberapa jam, pagi tu abah tetiba je sesak nafas semula. Terpaksa pakai balik alat pernafasan yang besar gabak tu dengan kadar oksigen yang tinggi. Aku betul-betul frust.. Sebab dah 8 hari abah warded tapi kesannya tak berapa positif. Disebabkan kecewa sangat aku taknak tunggu abah dah. Bunyinye macam jahat, tapi terus-terang aku betul-betul kecewa. ;-( Mak pula gantikan tempat aku, so malam tu aku dah bermalam di rumah.

27 April 2013 ( Sabtu ) - Semasa aku datang ke hospital, keadaan abah ok semula, tak macam semalam. Alat oksigen pun kembali guna yang kecik dan kadang-kadang selamber je abah taknak pakai. Rimas agaknya. Malam tu mak juga tunggu abah.

28 April 2013 ( Ahad ) - Ramai saudara-mara yang datang berkunjung..terima kasih buat mereka.. Tolong doakan abah dan memberi sumbangan. Abah pun nampak happy..dan semestinya tak sabar nak balik! hahaha....

Riang ria di hospital. hahah..

Malam tu aku datang ke hospital, jenguk abah dalam sejam. Malam ni dan malam berikutnya aku cakap dengan abah, memang kami tak boleh tunggu dah. Esok aku akan bekerja. Abah terpaksala berdikari. 

29 April ( Isnin ) - Aku datang jenguk abah pukul 12.30 tengahari. Keadaan abah makin ok. Tak perlu sangat guna alat oksigen lagi. Dia sibukla tanya bila boleh keluar. Dah bosan la tu. Malamnya, aku datang lagi menjenguk, dalam 2 jam camtu. Kesian tengok abah tak selera makan lauk hospital. Aku tengokpub sebu!

30 April 2013 ( Selasa ) - Aku datang lagi waktu lunch hour melawat abah. Abah dah nampak sangat ok. Alahamdulillah. Abah kata boleh discharge hari ni. Aku cepat-cepat tanya doktor. Doktor cakap kena tunggu report n beberapa prosedur. So, senang citer petang ni kot baru boleh discharge. Petang lepas habis kerja aku dan en hubby ke hospital semula. Menunggu proses discharge pun agak lama. Pukul 7 baru setel. Biasala hospital gomen katakan. Papepun aku bersyukur, abah dah boleh discharge...


~ Sekian catatan semasa abah sakit..

Boleh jugak layan citer abah yang menderita COPD di Catatan Atok Sakit - Part II
Juga di sini... Catatan Atok Sakit

Wednesday, October 23, 2013

I'm Pregnant!

Alhamdulillah..dah masuk minggu ke-17
Anak keempat
Semoga dipermudahkan urusan..ibu dan anak sihat. Amen.


:-)


Thursday, October 17, 2013

Catatan Atok Sakit - Part II

21 April 2013 ( Ahad ) - 2.50 pagi, abah banyak kali bergerak.. Terpaksalah ikat tangannya supaya tiub tak tercabut. Kang kalau tercabut lagi naya kan. 7 pagi, nurse dah start bagi air masak melalui tiub. Pukul 10 pagi aku balik ke rumah. Dapat tilam sedapnyaaa...kat hospital tidur duduk je. Sangat tak selesa. 12.45 tengahari aku datang bersama en hubby, mak dan bebudak tu semua. Pukul 4 petang abah dah start diberi susu melalui tiub. Alhamdulillah....abah tak perlu puasa lagi. Aku dan yang lain-lain balik ke rumah petang tu. Ramai juga saudara-mara yang datang tengok abah hari ni. Terima kasih semua. Malamnya aku kembali ke hospital tengok abah. Abah mulai gerakkan kedua-dua tangan, mulut seperti tak selesa tiub dimulut. Syukur...


 Inilah alat dari ICU dan pemerhatian dari pakar ICU



22 April 2013 ( Isnin ) - 12 tengah malam, abah dah boleh gerakkan seluruh anggota badan. Syukurnya aku tengok keadaan dia masa ni. 6 pagi, abah dah boleh kentut..hihi..mengiring, mengangguk bila aku tanya kenal tak aku..dia nak gelak je aku tengok..hehehe. Tapi kesian time nak sedut kahak...nampak terseksa.. Tepat jam 11 pagi ubat tidur distopkan. Maka bila-bila masa je abah akan sedar. Masa ni kena jaga risau dia tertarik semua wayar berselirat. Dalam pukul 4 petang alat bantuan pernafasan dihentikan. Abah masih mamai ketika ini. Apabila abah sedar, nampak abah stres tercungap-cungap. Aku panik! Doktor sedaya upaya suruh abah bernafas macam biasa coz tahap oksigen n karbon dioksida dalam darah abah dah stabil sedikit. Nurse bagi abah nabulizer sekejap..suhu abah mula naik.. Abah demam. PCM diberi segera, kebah dalam masa 30 minit. Bila nampak stabil sikit, aku start berborak ngan abah. Alhamdulillah abah nampak ok sangat dari sebelum ni.. 6.40 petang mak sampai, abah tanya kat mana cucu-cucunya..alahai betapa sayang cucunya, sakitpun tanya. Cucu-cucunya ikut tapi en. hubby tunggu di bawah sebab kanak-kanak bawah 12 tahun tak boleh melawat masa weekdays. Akur sahajalah. Petang tu aku balik ikut dorang. Malamnya aku datang semula. Alang-alang dah cuti ni takpelah aku tunggu je abah sampai abah agak stabil.

23 April 2013 ( Selasa ) - Jam 8.00 pagi, seperti biasa doktor akan round, masa ni Ketua Jabatan Perubatan yang round. Doktor ni terangkan kat aku yang abah berpenyakit COPD (chronic obstructive pulmonary (PULL-mun-ary) disease). Penyakit ni akan menyebabkan pesakitnya sukar bernafas. Macam mana cara pesakit ni bernafas, cuba kita tarik nafas, tahan...then masa tu kita try tarik nafas. Tentu sukar bukan? Itulah yang abah alami. Doktor juga cakap 60% pesakit akan kena balik walaupun telah dirawat. Senang citer memang tak boleh sembuh unless tukar paru-paru lain. 20% pula akan meninggal. Tak hagak-hagak la doktor ni, sedih pun belum hilang dan cakap macam-macam. memangla fakta tapi tak perlu mention kot. Lepas amik nab 40 minit abah gunakan oksigen yang masih tinggi lagi. Dan rutinku di hospital seperti biasa.

Hari berganti hari jugakla aku di sana.
Sampai tak tau nak makan apa dah.
Mujur menu kafe hospital sentiasa berubah
Ada spagetti, ayam panggang dan sebagainya yang ala-ala western
Tidaklah jemu kan.
En hubby juga turut ambik cuti 3 hari, untuk urusan anak, mak dan aku berulang-alik ke hospital.




Catatan Atok Sakit

Sedih sangat masa ni..
Lepas je kitorang balik dari kampung, masa kenduri sepupu aku di Kuala Kurau, abah adala mengadu sakit perut. Masa tu aku beranggapan mungkin sebab salah makan masa kenduri tu. Dalam 2-3hari la abah sakit, tapi ok bila makan ubat. Tak lama pastu dia demam pula. Kali pertama dia call bagitau aku suruh dia p klinik. Esoknya dia call lagi, tak lalu p klinik katanya... Aku dah tak sedap hati. Setelah berbincang dengan encik hubby, kami balik berdua je ke kampung amik abah bawa ke Kajang. Tanggal 18 April 2013. Keadaan abah memang nampak sakit sangat. Sebak plak tengok. Malam tu juga sampai di Kajang. Berikut adalah tarikh dan peristiwa semasa abah sakit, yang sempatku catatkan.. :-(

19 April 2013 (Jumaat) - Balik dari ofis, nampak abah dah tak demam lagi, tapi semputnya masih kuat. Aku dan encik hubby terus hantar abah ke Jabatan Kecemasan, Hospital Serdang. Abah diperiksa di kaunter, dengan disorong naik wheel chair, terus dikejarkan ke Zon Merah.. OO'ooo..aku dah tak sedap hati. Masuk je Zon Merah, semua nurse n doktor tolong abah naik katil, pakaikan uniform hospital dan nebulizer oksigen. Masa ni nampak abah sangat-sangat semput. Tuhan je tau perasaan aku masa tu. Aku tak dibenarkan tunggu di dalam, apa-apa perkara dorang akan panggil kat luar. Aku keluar, encik hubby dah ada tunggu di luar, dia tak sempat tengok kejadian yang tadi sebab dia p cari parking kereta. Masa tu lebih kurang pukul 11.00 malam, kami menunggu dan terus menunggu. Lebih kurang jam 12.30 tengah malam, mereka memanggil waris abah untuk ke dalam. Aku melangkah penuh doa dan harapan. Doktor maklumkan yang abah sangat kritikal, mereka sedang usahakan supply oksigen yang mencukupi buat abah. Aku harap sangat doktor buat apa yang terbaik untuk abah. Aku keluar, suruh encik hubby balik dulu. Amik la apa yang patut di rumah sebab masa pergi tu memang sehelai sepinggang je. Pukul 2.20 pagi sekali lagi aku dipanggil, doktor maklumkan sememangnya abah kena masuk wad. Tapi buat masa ni wad penuh. Dalam pukul 4 pagi, encik hubby datang semula, dan kami decide tido dalam kereta. Mata adalah sangat mengantuk! Aku sempat masuk ke dalam, tengok keadaan abah. Tetap sama. Tido di dalam kereta sampai pukul 6 pagi, kami pulang ke rumah semula untuk aku mandi dan amik barang.

20 April 2013 (Sabtu)  - Aku sampai di hospital pukul 9.30 pagi. Aku bawakan roti dan air untuk abah. Tapi doktor maklumkan yang abah kena berpuasa sebab keadaan abah masih teruk. Doktor akan pasang bantuan alat pernafasan dan abah akan ditidurkan. Ya Allah..risaunya hati ini. Paru-paru abah sangat keras dan kurang berfungsi manakala darahnya terkena jangkitan kuman. Aku pasrah je dengan apa tindakan yang hospital buat demi kesihatan abah. Jam 10.50 pagi aku dipanggil sekali lagi, abah telah ditidurkan, alat bantuan pernafasan telah pun dipasang. Aku keluar dan minta encik hubby solat hajat agar abah tidak akan dihantar ke ICU. Mak dan anak-anak aku sampai hospital pukul 12.20 tengahari. Jam 3 petang abah dihantar ke wad 7C, kerana wad ICU penuh. Tetapi peralatan pemantauan akan dibuat oleh doktor dari wad ICU. Sedikit syukur kerana tidak dihantar ke ICU. 

Beginilah abah semasa hari pertama di wad 7C

Kami pulang ke rumah jam 6 petang. Waktu melawat pun hampir tamat. Aku juga perlu mandi dan rehat sekejap. Sampai di hospital semula jam 10.30 malam. doktor telah mengoptimumkan lagi kandungan oksigen sebab karbon dioksida abah adalah sangat banyak di dalam darah. Aku bermalam di hospital.


Bersambunggg....


Thursday, October 10, 2013

Birthday Party

Party la sangat..
Disebabkan kekengan masa dan kewangan, kek dibeli sekaligus je buat 3 beradik ni
Sonang.
Sorang menyambut ke-6, ke-4 dan sorang lagi ke-2
Buatnya selepas tarikh besday sikecik.





Mood tada bagus..melalak plak dia..


Monday, October 7, 2013

Cantiknya Teluk Senangin Lumut

Sebelum ni asek terdengar-dengar je pasal kecantikan di Teluk Senangin, Lumut.
Katanya, Teluk Senangin ni pantainya bersih dan masih terpelihara keindahannya sebab belum ramai yang tahu tempat ni.
Perjalanan dari rumah aku di kampung boleh tahan la jauhnya, lebih kurang ke Teluk Batik juga.
Sampai je tempat ni, terpegun jugalah tengok lautnya..memang cantik
Cuma untuk bermandi-manda dengan budak-budak ni macam kurang sesuai sebab ombaknya kuat
Akupun takut tengok..hahaha..