Monday, July 23, 2012

Perjalanan Puasa Arina

Alhamdulillah dah masuk Ramadan yang ke-3. Kisah 1 Ramadan lalu, Arina ikut serta kami bersahur. Dia kata nak puasa. Dia kata dia tahan, tak lapar dan tak dahaga. Katanyalahhhh.. Masa gerak sahur tu agak susah sikitla, mungkin sebab dia tidur lewat malam tu. Dia bangun, sahur dengan makan nasi, sup ayam, kurma dan teh O.

Dalam pukul 10, mak aku panaskan mee goreng dan nasi goreng untuk Arisha. Sekali dia dengar mee goreng terus kata nak. Eh..kakak kan puasa. Dia jawab dia lupa. Haa..ye la tu. Tapi dia rungut jugak, dia nak mee tu..sedap. Aku pujuk, biasa je kakak. Tak sedap manapun..karang kita pegi pasar ramadan kite beli mee goreng ok. Dapat jugala pujuk dia masa tu.

Tengah hari dia ikut gi pasar NSK. Nampak macam penat, so aku suruh dia tunggu kat kete je dgn Arisha dan ayah. Selesai je beli barang ayah dia cakap elok je main adik beradik dalam kete. Tak penat pun gayanya. Hmmm..takpe la..budak kecik.

Sampai rumah, Arina dah bising-bising tanya bila nak pergi pasar ramadan. Awal lagi, karang kul 4 kite pergi ye. Aku tau pukul 4 tu awal lagi tapi nak sedapkan hati dia, terpaksa la cakap macam tu. Tiba-tiba dia nampak lagi mee atas meja. Menangis dan menggeletar tangan cakap dia nak makan mee. Alahai..kesian plak aku tengok. Opah pun suruh buka je. Ayahnya pun sama je.. Skrip yang sama, dia bukan wajib lagi berpuasa. Aku kira-kira kul 5.30 am - 2 pm dapatla dalam 8 jam lebih berpuasa. Takpela..next time train lagi. Tapi sempatla aku usik dia...haaa..makanla mee tu tak sedap..Dia marah cakap sedapla! Ekekeke...

Hari kedua, tak kejut sahur pun. Nampak dia macam tak puas hati sebab tak kejut dia. Kakak belum wajib puasa ok.. Mama taknak paksa sangat. Hari ketiga, sahur pukul 7 pagi sebelum ke sekolah. Tak taula tahan sampai pukul berapa. Hiihii....


Friday, July 20, 2012

Salam Ramadan 2012

Buat semua pembloger-pembloger tegar,
Selamat Menyambut Ramadan diucapkan.
Saya juga ingin memohon maaf zahir dan batin
Semoga kita semua beroleh keberkatkan di bulan yang mulia ini.

Friday, July 13, 2012

Melencong @ Gold Coast, Morib

Minggu lepas kami sekeluarga melencong ke Gold Coast, Morib. Nak melancong ke Gold Coast, Australia tak mampu, yang mampu hanya melencong aje. Ngeee....

Kami check in dah lewat juga, lepas jumaat gerak dari rumah. Sampai sana pukul 5 petang. Sekali tengok pergh ramainya check in petang tu. Beratur panjang giler! Dapat kunci 5.45 petang. Masuk bilik memang belum kemas lagi. Receptionist kata dorang kekurangan orang so memang lewat sikit kemas. Pukul 7.30 petang baru la berkemas. Adoiii.. jenuh tu menunggu. Sementara tunggu kami gi tengok pantai aje. Nak mandi water park macam rushing la plak nak Maghrib.

Hotel itu pendapat kami sangat ok. Yelah pergipun sebab dapat offer dan bilik sangat ok. Besar dan puashati lah. Cuma service agak kureng sikit, kan dah citer tadi lambat giler kemas bilik dengan towel takde, apapun tak boleh buat. Jom layan gambar ..... :-)


Hide and seek


Baru lepas kemas, huhu
Jakuzi...view dari bilik

Bilik mandi

Peace!

View dari bilik





Dinner




Dini demam, takde mood..kesian dia



View dari bilik tak nampak water park, nampak celah-celah ni je

Singgah kat pantai makan tengahari
Demam, tapi hati nak main



Orang shooting, cina tapi ada sorang melayu yang boleh cakap cina. Ada orang kata imam muda. Entah..aku tak tengok sangatpun imam muda tu


Wednesday, July 11, 2012

Arina Grad

Hahaha..dia dah grad! Tak caya? Ni gamba... :D


Wedding Hanif n Yasmin

Awal Jun lalu, adik ipar aku Hanif telah diijabkabulkan dengan Yasmin. Majlis sebelah perempuan diadakan di Dewan SDAR, Neg. Sembilan. Sambut menantu pula di Senggarang, Batu Pahat. Tahniah untuk anda berdua.. Moga kekal ke akhir hayat.



Gambar adalah blur sikit..sebab kerjasama dari anak-anak kurang. Ngeee..

Happy Bitrhday to Me!

Happy 29th Birthday to Me!
Hadiah untuk diri sendiri
So puas hati..
Harga? Jangan tanya  :-P


Sukan Tadika Perpaduan Daerah Hulu Langat

Semasa cuti sekolah bermula pada hujung bulan Mei lalu, sekolah tadika Perpaduan Arina dan sekolah-sekolah Daerah Hulu Langat yang lain telah mengadakan temasya sukan untuk sesi persekolahan 2012.

Pada mulanya Arina hanya masuk dua acara sahaja iaitu acara Adik Bijak dan Bowling. Tetapi ada pula rakannya tak datang jadi murid yang ada kena gantikan tempat mereka. Jom layan gambar :-)


panas..panas..hehe

Perasmian..belon beterbangan

Siap sedia

Acara Bowling

Acara telaga Perpaduan

Acara Adik Bijak