Thursday, March 29, 2012

doubted

Malam tadi sempat meluangkan masa melayan kerenah Arina melukis. Dia tunjuk lukisan yang dia lukis gamba orang perempuan dan lelaki. Yang lelaki berbaju Ben 10, yang perempuan plak berbaju bentuk love aka hati. Menarikla lukisan tu sejak dia ke sekolah.. Dulu simple je kalau dia melukis. Sekarang dah ada dandan, reben, skirt dan baju.


Pastu dia kata macam ni la dialognya lebih kurang:


Arina : Mama, nak tengok kakak tulis gambar sayur? Tadi kat sekolah kakak tulis..
Mama : Yeke..lukislah..

Diapun melukis 4 border dan border pertama dia kata dia tulis gambar carrot
border kedua gamba terung...sekali aku tengok terungnya batang gemuk, terung kurus.. Aku tegur, dia gelak-gelak je. Pastu cili, ada dua, satu cili hijau satu cili merah katanya. Last sekali kobis. Dah siap katanya.

Mama : Kakak taknak tulis ke apa nama sayur-sayur ni
Arina : Ada, cikgu ada tulis. Haaa..cili ni tulis i.l.i. kakak ingat. Tapi ada tinggal satu huruf lagi, kakak lupa la huruf apa.
Mama : C la kakak.

Dia pun tulis C.

Mama : Cikgu tulis dalam Bahasa Melayu ke?
Arina : Bahasa Malaysia cikgu kata
Mama : Ok, Bahasa Malaysia. Abes tu carrot takleh tulis carrot le sebab Bahasa Malaysia Lobak merah
Arina : Kakak tengok bukan merah, tapi oren la mama...
Mama : Memang la oren tapi namanya tetapla merah
Arina : Tak....cikgu kata lobak oren!

Pastu dia gelak-gelak menandakan dia tipu la tu. Ok 2 dialog yang memang dia doubtedkan kat atas. Satu pasal Bahasa Malaysia satu lagi pasal Lobak Merah. Sebenarnya bukan 1st time dia doubted. Sejak dia umur 2 tahun setengah dah pandai doubted. Masa tu aku cakap pasal pokok durian yang berbunga..dia kata takla mama, pokok durian mana boleh berbunga, dia berbuah je. Ok...masa tu kami dah perasan yang dia pandai doubted.


* Entry di atas mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk siap.. Hahaha..bznye aku!

Tuesday, March 20, 2012

Kisah 1


B : Hello, selamat pagi..
A : Hello.. C mana?
B : C pegi meeting. Siapa ni?
A : A... Eh ada no. faks Kementerian .... Bhg. ... tak?
B : Biasanya kami call Kementerian tu sendiri tanya
A : Ah..malas..semua PT takde ni..tak boleh call
B : OK.. nanti saya tengokkan.


* Situsasi camni mungkin ada dimana-mana..Namun dimana, masa bila dan siapapun anda..berbudi bahasalah sikit. Tak rugipun..malah anda mungkin akan lebih disanjungi. Budi bahasa budaya kita. Kedua, si B tu bukan kuli ko pun..jadi tak payahla nak arah benda yang ko boleh buat sendiri k.

Thursday, March 15, 2012

Urutan

Hari ni nak share urutan untuk ibu yang menyusukan, insyaAllah ada rezeki, memang dapat menambahkan susu. Aku dah buatpun selama ni.








* Gambar ni aku amik dari sweetstory.yuitsumuni.com..credit to the blog.




Breastfeeding Journey





Ardini dah setahun sebulan...alhamdulillah masih breastfeeding lagi. Kat opis pam sekali je sekarang. Tupun sehari dua ni dapatla 2 oz je..adoi dah segan nak kuar time opis dah ni. Bekal tu je. Topup banyakla dengan susu formula. Mungkin sebab umur dah banyak. Sebab sejarah BF Arisha pun aku pam setakat umur dia 8 bulan je.




Moga-moga kalau ini je rezeki buat Dini, harap-harap berpeluang la BFkan dia sehingga 2 tahun. Amin...Sekarang Dini pun kuat susu juga. Pantang jumpa suruh baring sambil dia tonggek-tonggek nenen.. heheh..kelakar!










Tuesday, March 13, 2012

Ardini

Maka dengan ini diumumkan bahawa Nur Ardini sudah boleh berjalan pada 9 Mac 2012 pada usia 1 tahun 27 hari! Hahahah.. B ..lawakla, kakak-kakak pandai jalan usia setahun je. Ni gigi pun belum tumbuh. Takpela..slow-slow. Gamba ada, tapi kualiti tak bestla..Kamera rosak, handphone pun sama..adoi...banyak best moments tak dapek amek..


Monday, March 12, 2012

Kegilaan Terbaru

Saya nak yang ini! Nak sangat!!

.

.

.

.





Kalau yang ini too modern...juga striking! hik! Tapi jambu wooo


.


.


.


.





Yang ini pun not bad lah!


.


.


.


.






Tapi................ kalau dapat yang ini pun saya sangat puas hati!


.


.


.


.







Seperti biasa, kertas kerja mengenai proposal ini telah dikemukakan kepada Menteri Kewangan. Jadi tengok je lah keputusannya nanti :)