Tuesday, February 28, 2012

Piramid Makanan



Arina nyanyi :

ibu jari.. lemak, minyak dan gula
jari telunjuk... susu dan keju
jari tengah.. buah-buahan dan sayuran
jari manis... daging dan ikan
jari kelingking.. nasi dan roti



Lebih kurang camtulah dia nyanyi..hehe..

Tuesday, February 21, 2012

Dilema

Sekarang ni dalam dilema nak pilih sekolah anak. Setakat ni ada 2 pilihan, iaitu sekolah ni:


(i)

Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan
Masalah : Transport yang ada, bas tapi selalu penuh. Kesian anak yang baru umur 7 tahun.
Mana reti nak rebut-rebut. Silap-silap kena buli je nanti..hohoh. Pilihan kedua
ada kereta tapi dia tak amik ramai. So tak dapat kompemkan lagi.
Kawan : Ada, tapi tak ramai la..terhad je


(ii)

Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Cheras Jaya
Masalah : Juga masalah transport. Kereta yang Arina naik skang dia amik untuk sekolah
ni. Masalahnya untuk tahun depan dah penuh! Adoiiii..cepatnye penuh
kakkkkk.. Kereta lain ada, tapi tak kenal pemilik lagi. Mebe kena usaha
tanyakan kat orang lain plak
Kawan : Ramai..dari tadika yang sama pun ada, so senang la



* Peningnye makkk

Ardini turns 1


Ye... 12 Februari 2012 genap Ardini berusia setahun


Happy Birthday B
Moga B menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat..amin.




*Simple beday party ada buat, next entry gue letak.

Thursday, February 9, 2012

Birthday Hubby

7 Februari 2012 genap encik abang berusia 36 tahun


Selamat hari lahir
Moga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa diberkati Allah selalu

Thursday, February 2, 2012

The Joy and Happiness

Semalam cuti sempena Hari Wilayah, kami membawa anak-anak ke Bagan Lalang. Asalnya opismate aku gi malam sebelum tu, dorang makan seafood kat Restoran Senandung Malam..Ala..jeles betul tak dapat join. Bukan taknak join, tapi faham-fahamla kalau dengan anak-anak kecik gi tempat jauh-jauh..malam pulak tu. So tak dapatla join walaupun sebenarnya hati HENDAK.

So, semalam gerak dari rumah pukul 3.30 petang, sampai Bagan lalang 4.45 petang. Arina dan Arisha apa lagi, sakan la main kat tepi pantai, main pasir! Sampai tergolek-golek atas pasir si Arina. Ayah dorang tengok macam nak marah, tapi aku cecepat cakap, dorang tak penah nak main pasir sebelum ni sebab dorang kecik lagi masa tu. So biar je dorang enjoy dengan apa yang dorang main tu. Siap minta nak mandi laut lagi. Adoiii...Tapi melihat kegembiraan dorang, puas hati juga la datang jauh-jauh. Yelah tetengah Kajang mana nak ada laut kan.. :P

Kitaorang gerak balik lebih kurang pukul 6.45 petang sebab cik abang risau menyusuri jalan Bangi Lama yang bengkang-bengkok dan berhutan tu. Next time kena pergi lagi..dan paling best cik abang janji nak tidur sana plak ..Seri Malaysia and Sepang Gold Coast kan ada.. :P ekekek.. Dan juga mungkin nak gi Langkawi lagi :D Beshhh..

* Gambar ada, tapi kualiti kureng..sebab henpon yang canggih sikit masuk hospital, tinggal henpon yang tak berapa canggih punye gamba je..Nanti reload.