Thursday, September 29, 2011

Saya Sangat Sibuk (3S)

Sebagaimana tajuk di atas, sekarang ini aku terlalu sibuk. Tak penah dibuat sepanjang 2 tahun di bahagian ni kena buat 5 trip sekali gus! Huh..mencabar okeh!! Trip-trip tersebut adalah ke Brussel, Canberra, Jakarta, Bandar Seri Begawan dan Singapura. Adoiii..penatnya yaAllah. Semalam je pulun siapkan budget, sebab nak kejar MJM arini. Aku rasa semalam mesti travel agent tu bengang ngn aku sebab asik kacau dia jek. Nasiblah ye! Hari ni menyambung lagi apa yang patut disetelkan. Perhaps, everything will be fine. Janganla ada benda-benda tak best berlaku. Huhu..

Friday, September 23, 2011

OFF

Hari ni hingga Ahad off ke Port Dickson..ada Team Building. Yang betulnya amat malas nak gi. Sebab mengenangkan tinggal sikecik tu. Risau pun ada. Camne la dia malam ni. Harap-harap tak mengamukla. 1st time tinggalkan dia. Tapi nak buat camne, sejarah kakak-kakak dia pun aku penah tinggalkan jugak. Arina masa 8 bulan off ke Penang. Arisha plak masa 6 bulan off ke Kelantan. Lagile jauhkan..banding yang ni..tapi kerisauan tu memang tahap melampau la!! huhuhu..

P/s buat baby : B jangan notty-notty ye..be gud girl k. Malam takleh ngempeng..kena nenen botol je tau....

P/s buat Arina dan Arisha : Jangan notty-notty tauu..mama gi kejap jek..jaga umah elok-elok jangan menyepah jek!..muahaha..

P/s buat abang : Tolong jaga anak-anak elok-elok ye..kalau rasa stress sila check-in ari Sabtu..muahaha..

P/s buat mak : Tolong ye mak..hujung bulan kira lain..ekeke


Thursday, September 22, 2011

Arina dan Badminton

Actually, dah lama nak belikan raket ngan bulu tangkis kat Arina. Supaya dia boleh main dengan Arisha. Tapi sampai skang masih belum sempat belikan. Bukannya takde masa atau takde duit tapi entahlah..asek lupa jeee.. Last-last kawan ngaji Arina, Daniel yang ajak Arina main badminton. Daniel ni memang takde kawan lelaki. So kebetulan ngaji tempat yang sama, jadi tetiap petang lepas je Arina abes ngaji Daniel akan tunggu. Abes je Arina ngaji, Daniel ikut balik ke rumah. Sebab Arina kena salin baju dulu sebelum main. Yelah takkan nak main pakai baju kurung pulak..hahaha.. Yang si Daniel plak sabar je menunggu. Bila Arina dah siap, maka main la mereka berdua di halaman rumah..(laman la sangat..hahaha..)



Sempat bergaduh bulu tangkis, pastu masing-masing nak menang..hahaha.. Tu gamba last, Daniel malu-malu diri sebelah Arina. Arina plak selamber je senyum..Anak dara sape lah tu :P

Monday, September 19, 2011

Arina 4 tahun 9 bulan Arisha 2 tahun 11 bulan

Nur Ardini 7 Months!

Alhamdulillah...anakanda ketiga Nur Ardini telah genap berusia 7 bulan pada 12 September yang lalu. Masa tu juga beliau dah start menyusu campur masa aku bekerja. Sebab bekalan dah kurang disebabkan kerja bertambah, jadi masa mengepam amat terhad. Cuma sekali sehari je. Umur ni Ardini dah pandai menjalar. Kalau tak silap masa 6 bulan 2 minggu dah start menjalar. Sekarang memang dah pro sangat! Sampai ke balkoni pun sudah! Hebatttt...Jangan lebih hebat dari kakak-kakak dah ler..Tak tekejar mamanya.. Huuhuuhu... Skill bercakap dah nampak sangat. Orang tak tengok dia, dia tegur orang ajak berborak. Memang peramah macam Kaklong! Skang ni memang dah kurang tidur. Ikut suka dia je nak tidur bila dan dimana. Tu sebab badan kecik jek..Makan plak pandai pilih, bubur nasi takleh bagi hari-hari. Dia jemu kot. Tak agak-agak pangai macam anak orang ada-ada plak.. Takleh jadi ni...

Jamuan Merdeka Raya MOH 2011




Pada 8 September lalu, MOH telah menganjurkan Jamuan Merdeka Raya. Jamuan kali ni hanya untuk mereka yang terpilih sahaja. Ikut kouta camtu (memang ramai yang marah!). Jamuan diadakan di PICC, Putrajaya. Caterer kali ni dari Eden Catering. Makanan ok sedap. Tapi macam tak cukup makanan aje. Mungkin budget ciputttt.. (walau dah dikoutakan!). Huh..selambeer sungguh daku mengata..haahaha.. Gamba yang last tu Pujie [PA TSUB(I)], Aku, Cik Gaithri (PSUK Multiliteral), Idda (PT Multiliteral), Puan Faryna (PSU Multiliteral) dan bos aku Puan Ku Farah (PSUK Bilateral). Elok plak dapat semeja. Maka bergamba la sampai muntah dan makanlah sampai ke tekak (tapi takpun..pesai makanan sikit jek!). hahahah..

Aidilfitri 2011


Tema tahun ni Purple colour. Ni semua gamba-gamba raya 2011 yang lalu. Balik Johor ngan Perak. Last sekali tu dengan K.Zaherani, member forum..orang jauh, menetap di Vietnam..kampungnya di Rengit. Tu anak dia, Sarah Sophie yang sebaya Arisha tapi dah masuk Kindergarten. Hehehe..

Friday, September 9, 2011

Cuti Raya

Start cuti hari Sabtu tu tak balik kampung lagipun. Sebab tiket bas mak terbeli hari Ahad. Memang haru jugalah sebab orang tua tu gedik nak balik Sabtu yang cik abangku sayang terbeli ari Ahad. Sudahnya terpaksa la tunggu ke hari Ahad. Hari Sabtu tu jadi hari melaundry n petang tu sempat bawa anak-anak tengok favourite movie dorang, Cars 2. Wah citernya best, lebih best dari Cars sebelum ni. Padat dengan aksi dan jalan ceriter yang lebih menarik dan thrill. Aku bagi 4.5 bintang!

Hari Ahad pagi hubby hantar mak ke Puduraya yang kini dikenali sebagai Pudu Sentral. Apa-apa ajelah..walaupun rasa nama Puduraya tu lebih ngetops.. Hahahah... Hubby balik, aku masih berkemas-kemas apa yang patut. Dia plak macam nak tunggu hari redup merangkap petang baru nak gerak. Pada aku lagi sempat sampai lagi ok. Sebab tak sanggup nak hadap jem. Last-last kitaorang gerak dari umah pukul 1 petang. Mujur cuaca panas segan-segan, jadi tak mendatangkan masalah pada aku ngan budak-budak kecik nih.

Lepas gerak singgah sebentar kat area PKNS Bangi mengisi perut. Haissshhh bukan perut aku, perut budak-budak kecik ni lah... Dorang lunch Mc Chicken n Bubur Ayam McD je. Sete,l gerak lebih kurang pukul 2 petang. Alhamdulillah perjalan lancar dan selamat sampai di kampung pukul 5 petang.

Sehari sebelum raya memang sibuklah. Aku bukan sibuk memasak tapi sibuk menguruskan hal anak-anak. Tak sempatlah nak menolong mak mertua di dapur. Petang tu sempat gi Bazar Ramadan Senggarang. Tapi memang sangat-sangat terkujat sebab harganya mengalahkan KL you! Air tebu RM5 sejug, Murtabak RM3.50. Mujur Kuih-muih RM1 dapat 4 ketul dan sedap. Wah tinggi sungguh taraf hidup di Senggarang yek.

Raya pertama, tak sempat beraktiviti sangat sebab mak mertua dah pindah kampung jadi lepas je sembahyang raya sedara mara dah datang bertandang. Kalau dulu biasanya sempatla bermaaf-maafan dan bergambar di pagi raya yang hening, Hehehe.. Dalam kul 5 petang baru gerak ke rumah nenek sebelah pak mertua aku.

Hari raya ketiga petang bergerak balik ke Kajang. Cam biasa terkena jem plak dari sebelum Pedas-Linggi sampai le ke Nilai. Agaknya ramai yang naik keje Jumaat tu kot. Raya keempat pagi bergerak kul 8.00 ke Perak, sampai rumah mak aku 11.30 pagi. Sempatla breakfast kat Rawang.

Di Perak tak sempat beraya sangat. Balik Kajang semula hari Isnin. Selasa masih bercuti, Rabu baru naik keje. Cuti lama tapi memenatkan..maka dok berehat je lebih..hahah..


* Entry yang ambil masa terlalu lama, sibuk sangat di opis ..huhu


Kembali Bertugas

Huwarggghhhh... lamanya bercuti raya sampai rasa tak mau gi opis dah. Hehehe... Apa taknya aku apply cuti start 27 Ogos hingga 6 September 2011, dapat 11 hari cuti..best wooo...