Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin


diucapkan buat semua kawan-kawan blog
yang mana ada tersalah perbuatan, tersilap kata dan halalkan makan dan minum ku.
Kalau nak balik beraya tu, hati-hati dijalan raya..ingatlah orang tersayang.


Wednesday, August 24, 2011

Kuih Cara Manis


Bahan-bahan :

1 - 2 biji telur
2 - 2 cawan tepung
3 - 3 cawan santan
4 - 3 helai daun pandan
5 - Garam
6 - Gula

Cara-cara :

Blend kesemua bahan-bahan di atas sehingga hancur. Tapiskan supaya adunan tidak berketul. Tuang ke dalam acu yang telah dipanaskan dan diletak sedikit minyak. Bakar sehingga kekuningan.

Monday, August 22, 2011

I'm Flying



* Nur Ardini, semalam, 21 Ogos 2011..memang suker sangat tengok kemera!


Thursday, August 18, 2011

Filem Tolong! Awek Aku Pontianak


Pengarah: James Lee

Terbitan: Tayangan Unggul Sdn Bhd

Pelakon: Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay,Sufian Mohamed, Rashidi Ishak, Yus waisar, Nurul Wahab, Syanie, Ameerul, Datuk Jalaludin Hassan, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Faezah Elai, Ruminah Sidek, Jehan Miskin, Bell Ngasri

SINOPSIS TOLONG AWEK AKU PONTIANAK

Percintaan dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob (Zaharil), beperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat pengiklanan, di bawah penyeliaan Faizal (Rashidi Ishak). Selepas berpisah dengan teman wanitanya Ina (Faizah Elai), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartmen lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik, iaitu Maya (Sazzy) dan Liyana (Liyana Jasmay). Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti Pontianak mereka terbongkar.Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh Pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran Pontianak dipejabatnya.Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah Pontianak. Namun, keadaan menjadi kacau apabila datang lagi seorang lagi Pontianak; Nadia (Nurul Wahab). Datang dari Johor ke KL, semata-mata mahu cari Maya.


* Tersangatlah suka menonton filem ni, mujurlah ada kawan tolong mendonlodkan, jadi aku hanya tadah external hard disk saja..ekeke.. Movie ni memang kelakar tapi bukan kelakar yang gedik, kelakar yang spontan dan nampak neutral je. Memang rekemen korang tengok 200%..Ngeee



Wednesday, August 17, 2011

New Look

Wahwahwah..berwajah baru sudah blog ku ini. Hihihi... Bukan apa, bila tengok je blog kawan-kawan lain, macam best dan lawa la plak nak dibandingkan dengan blog aku ni yang serba-serbi sempoi. So amacam? Ok tak?!! ;-)

Tuesday, August 16, 2011

Desert Sagu


Bahan-bahan :

1 - Sagu berkaler hijau/merah
2 - Susu segar
3 - Gula melaka
4 - Sedikit garam

Cara-caranya :

1 - Rebus sagu sehingga kembang
2 - Letakkan sedikit garam
3 - Masak gula melaka
4 - Apabila siap bolehla dicampurkan kesemua bahan tadi..


* Desert paling simple..murah dan mudah..




Friday, August 12, 2011

Nur Ardini 6th Months!




Ardini telahpun genap 6 bulan hari ni. Setakat ni dia dah pandai meniarap dan berpusing-pusing dan mengundur ke belakang. Angkat montot jugak kadang-kadang. Dah tanda-tanda nak merangkak la tu. Suka bersembang, suka menjerit, suka ketawa mengekek-ngekek..Suara memang sebiji Arisha..Hahah..

Sekarang dah makan nestum cerelac, gayanya food lover jugak. Malam-malam dah pandai mintak makan. Lapar agaknya.. So skang dah start bagi 2 x makan sehari. Bubur nasi masih tak suka makan. Mungkin teksturnya yang agak kasar dia rasa lain kot. Menyusu dah kurang sangat skang ni. Tak tahu kenapa, mungkin mood tak nak minum susu kot. Jadinya stok EBM memang masih ada dalam fridge.

Berat plak dah 5.8 kg, dengan ketinggian 65 cm...kecik je budak neh. Harap-harap bulan depan tambah banyak la sikit beratnya.. sebab BMI turun giler grafnya bulan ni. Huuhuhu...

Thursday, August 11, 2011

Asparagus Goreng


Sejak-sejak bulan puasa ni, rajinla pulak meletak resepi-resipi yang boleh dishare bersama. Ok kali ni resepi sayur plak iaitu Asparagus Goreng...kali ni aku letakkan sekali Shitake Mushroom lebih masak spaghetti ituari..ok mari kite teruskan resipi memasak...

Bahan-bahan :

1 - Minyak jagung
2 - Asparagus
3 - Shitake Mushroom
4 - Ikan bilis
5 - Bawang merah dan Bawang Putih

Cara-cara :

1 - Tumiskan bawang merah dan bawang putih
2 - Masukkan ikan bilis
3 - Masukkan Shitake Mushroom
4 - Apabila Mushroom telah layu masukkan asparagus


* Sebagai alternatif lain selain ikan bilis, boleh guna secukup rasa ataupun sos tiram..mesti sedappp...nyumnyum


Monday, August 8, 2011

Seri Ayu Pandan Flavour


Bahan-bahan :

1 - 2 cawan tepung gandum
2 - 2 sudu ovalette
3 - 3 biji telur
4 - 2 cawan air pandan
5 - 2 cawan gula
6 - Air secukupnya
7 - Kelapa parut (putih sahaja)
8 - Tepung ubi sedikit

Cara-cara :

1 - Blend telur dan gula hingga kembang
2 - Masukkan ovalette dan blend hingga sebati
3 - Masukkan tepung, adunan akan menjadi berketul, teruskan blend hingga sebati
4 - Masukkan air pandan
5 - Masukkan air secukupnya supaya adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
6 - Letak kelapa yang dicampur tepung ubi sedikit kedasar acuan, tekankan sedikit supaya padat
7 - Letakkan adunan tepung sehingga memenuhi acuan
8 - Kukus sehingga masak

adunan yang nak diacukan


* Arina tersangatlah suka tengok acuan-acuan ni. Sebab dia kata boleh main masak-masak. Hahaha..



Rezeki Pagi Ini


Tadi pukul 9, dah terasa kebengkakan susu.. So apalagi..cepat-cepatlabergegas ke bilik pengepaman..Hasilnya, alhamdulillah.... 5 oz..Ya Allah Kau murahkanlah rezeki kami anak-beranak..amin.


Wednesday, August 3, 2011

Spaghetti Bolognese Melayu

Bahan-bahan:

1 - Spaghetti
2 - Kimball's Prego (perisa ikut yang digemari; original, mushroom, tomato etc.)
3 - Seulas bawang merah
4 - Mushroom (lagi sedap yg fresh bukan dalam tin)
5 - Tomato Puree (utk menambah kemasaman..biasanya aku tak letakpun)
6 - Daging cincang
7 - Sausage
8 - Cili kering kisar

Cara-caranya:

1 - Rebus spaghetti sehingga lembut berserta garam
2 - Tumis bawang merah
3 - Masukkan cili kering kisar
4 - Setelah cili meletup-letup masukkan daging kisar
5 - Masukkan sausage
6 - Setelah yakin separuh masak daging tersebut, masukkan Prego dan Tomato Puree
7 - Masukkan mushroom
8 - Akhir sekali, tunggu sehingga sos masak. Kemudian bolehlah dihidangkan spaghetti bersama
sos tadi.

Sos yang telah siap dimasak


* Masakan paling simple untuk time bermalas-malasan mau masak..

Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan diucapkan kepada semua rakan-rakan blog. Mohon maaf atas segala kesilapan. Mungkin agak terlewat sikit tapi tak apela kan. Sebab last week banyak pula keje. Semalam pula cuti sempena nak menyambut Ramadhan. Tapi pukul 1 petang dah rasa nak pitam.. Apa cerr? Hihi..tapi sempatla bertahan sehingga ke maghrib. Alhamdulillah tercapai puasaku. Dan barulah kusedar berpuasa ketika menyusukan lebih perit dari puasa ketika mengandung. Pengalaman yang maha hebat jugak tu.. Harapanku moga Ramadhan kali ini kite semua mendapat barakah dan rahmat dari-Nya... Amin.