Tuesday, July 26, 2011

Let's Join and Be My Follower

Announcement!!!

Sesiapa yang berminat mengikuti blog saya, silalah menjadi follower. Saya lagi suka jika anda suka membaca blog ini. :-)

Come, let's join and be my follower.... Thank You!

Monday, July 25, 2011

Kepekatan Susu Ibu

Ibu-ibu menyusu sekarang amat risau dengan 'rupa paras' susu perahan mereka. Padahal kejadian tabii susu ibu memang dijadikan untuk kelihatan agak cair di awal pemerahan susu dan lebih pekat pada akhirnya. Mengapa manusia amat suka mengubah apa yang sedia ada kepada apa yang mereka fikirkan 'ideal'?

Akhir-akhir ini 'dakyah' tenta...ng makanan tambahan (supplement) semakin menjadi-jadi. Ramai yang terpedaya bahawa jika mengambil XYZ, susu mereka akan menjadi lebih pekat dan ini dirasakan lebih baik untuk bayi mereka. Sedangkan Allah Taala telah jadikan kaedah tabii yang sesuai untuk menjaga komposisi susu ibu di mana ada ketikanya ia perlu dalam keadaan cair dan ada ketikanya ianya perlu dalam keadaan pekat.

please mommies...ambil lah sedikit masa untuk memikirkan kata2 teman saya di atas...teman saya ini adalah seorang yang bertauliah dalam breastfeeding...bertauliah bermaksu beliau telah mengalami sendiri penyussuan dan telah melalui fasa-fasa ujiann dan peperiksaan yang membolehkan beliau dinobatkan antara breastfeeding advocacy terbaik Malaysia..dan nasihat2 di atas dilontarkan dengan penuh keikhlasan kepada kita semua.
Copy from FB, tentang kepekatan susu ibu yang mana ramai para ibu gusar tentang susu mereka yang kurang pekat. Bagiku susu ibu merupakan nutrien yang terbaik, yang mana kaya protein tidak kiralah pekat ke tak.. Aku juga bersetuju juga dengan pendapat di atas. Wallahualam.


Permintaan Anak

Nur Arina ~ Mama kakak nak alat mekap.........

(Erk...mamapun dah lama tak pakai mekap nak oiii)

Nur Arisha ~ Mama Cha nak elang kaki!

(ok-ok cer tanya ayah..)
Tapi permintaan yang ini terus terkedu aku..

Nur Arisha ~ Ayah...Cha nak aler ambut! *kaler rambut :-0 !

(OMGud...rasa nak pengsan okeh!)

Friday, July 22, 2011

My EBM

Minggu ini jadual kerja agak padat. Bukan padat kerja tapi padat dengan bengkel dan aktiviti. Padat dengan gosip juga pun iyer..hahaha.. So disebabkan perkara-perkara ini stok EBM jadi sangat kurang. Akupun tak pasti silap tang mana, tapi hari Isnin hasil EBM masih ok. Hari Selasa dan Rabu hasilnya sangat mendukacitakan. Biasanya 2 kali perahan dapat dalam 8-10 oz, namun 2 hari tu cuma dapat 6-7 oz je! Alahai kesian anakku... sikit sangat bekalan untuk keesokannya. Dari segi pemakanan adala aku makan sayur kobis, yang mana sesetengah pendapat mengatakan akan menyebabkan kekurangan susu. Selain itu, dek kerana tingin sangat minum air Sarsi bergas, aku tegukla sikit hubby punye. Tak banyakla, 2 teguk je.. Tapi ikut sejarah memang effect susu arr.. Aduss runsingnya ngan 2 hari punye hasil. Hari Khamis ada bengkel pula jadi jadual mengepam bertukar menjadi sekali. Alhamdulillah dapatla 7 oz lebih. Balik seperti biasa akan pam lagi, dapat lagi 5 oz. Cukupla untuk hari Jumaat..fuhhhhh. Mungkin keadaan emosi yang tak stabil membuatkan susu kurang. Harap-harap pasni tak jadi lagi. Sebab jauh dari sudut hatiku, alangkah indahnya kalau dapat beri Ardini susu ibu sepenuhnya sehingga 2 tahun ;-)


* Sehingga kini Ardini yang telah 5 bulan 10 hari memerlukan 13 oz paling minimum...

Tuesday, July 19, 2011

Putrajaya Floria 2011 ~Roses are Forever~

Hari sabtu yang lalu kami telah ke Putrajaya demi menonton bunga-bunga segar sempena Floria 2011. Temanya tahun ni Roses are Forever. Bunganya memang cantik-cantik, tapi roses tak banyak pun. Samada kami tak jumpa tempat yang banyak rose tak pastila pulak. Huuhuu.. Ku letakkan sikit gambar-gambar di Floria. Lebih banyak gambar lagi akan diupload di facebook..

Friday, July 15, 2011

Melilea


Terbaru, finally aku dah jadi ahli kepada produk penjagaan kesihatan Melilea. Sebenarnya hati begitu tertarik nak jadi ahli sebab nak minum organik soya drink yang merupakan salah satu produknya. Organik Soya Drink ni salah satu fungsinya ialah untuk membanyakkan susu ibu. Selain itu banyak lagi khasiat-khasiatnya khusus untuk para ibu dan kanak-kanak.

Khasiatnya memang bagus, dan sememangnya membantu untuk membanyakkan susu ibu. Cuma aku je yang malas nak minum hari-hari :-P Rasanya pula agak kurang sedap, tak seperti soya yang lain. Yang mana rasanya ala-ala soya kurang masak dicampur rasa sayur sikit-sikit. Kalau orang lain tak tahula, mungkin lain sikit kot. Tapi kalau namanya makanan yang berkhasiat memang agak kurang menyelerakan la..kan. Harganya murah aje, RM15.90. So sesiapa yang berminat bolehla menghubungi aku melalui PM. (Sempat meniaga lagi..ekeke). Sharing is caring kan.. ;-)

Tuesday, July 12, 2011

Selamat 5 bulan

Selamat ulangbulan ke-5 buat anakanda Nur Ardini! Sekejap je masa berlalu.. Ardini pun dah makin besar, makin bijak. Sekarang dah nampak menyelar ke belakang. Sebelum ke depan memang akan menyelar ke belakang pun kan. Takpe la..slow-slow dear. Masa Ardini 4 bulan lebih aku dah start suap nestum cerelac sikit-sikit. Nampaknya memang Ardini nak makan. Laju je mengunyah makanan. Susu pula masih lagi fully breastfeeding. Alhamdulillah rezeki Ardini lama. Kalau boleh nak Ardini fully BF sehingga 6 bulan. Harap-harap tercapailah.


Sekarang ni Ardini suka sangat main dengan kakak-kakaknya, terutama sekali Kak Long, Arina. Asal Arina buat muka je dia dah ternganga-nganga gelak. Kalau Arina mengagah memang mengekek la dia gelak. Hahaha..

Arisha plak rajin nyanyikan lagu 'Tepuk Amai-amai". Tapi biasala versi Arisha lirik jadi lain la..


Puk amai-amai
Lalang kuku-kuku

Puk Ani adai
Cha upah shushu


Shuhu lemak anis

Atang kape ude

Akak angan angis

Mama nak gi keje


Memang kelakar Arisha menyanyi..sebab dia pun masih kepelatan. Tapi tak mengapala sebab sekurang-kurangnya dia berkeinginan menghiburkan adiknya. Lirik pun salah da...ikut suka dia nak buat lirik apa. Hehehe..

Ardini moga cepat besar, jangan nakal-nakal ye..jadilah anak yang baik. Amin..

Sunday, July 10, 2011

Putrajaya Floria 2011

Putrajaya Flower & Garden Festival 2011

Date: 9th - 17th July 2011

Venue: Waterfront, Precinct 2, Putrajaya

Theme: Roses Are Forever

Opening Hours:
9am – 10pm (Monday-Thursday)
9am – 12midnight (Friday-Sunday)



* next week nak ajak cik abang pergi..tak sabar nk tengok roses..mesti rasa nak makan..ekeke..

Wednesday, July 6, 2011

Happy Birthday to Me!!


Genap sudah 28 tahun. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberkati dan all the best to me. Hihihi..sesi berucap untuk diri sendiri. :D

Tuesday, July 5, 2011

Gambar Kawen 2005

Tetiba jumpa dalam PC gamba kawen aku dulu..Hihi.. *suker*


pose yang keras giler, masa nikah


Umur 22 masa ni, yang lain bujang. Aku je yang kawen awal. Skang semua dah kawen dan beranak pinak pun


Ni bujang-bujangan jugak dulu. Skang ada yang dah kawen ada yang belum.


Majlis di Batu Pahat, Johor.

Stupido'S ThingS


Leher baju aku, ngan mata lalat kejap besar kejap kecik, nampak bahagian belakang yang bersambung



Belakang baju yang bersambung, alasan tak cukup kain



Kain Arisha, kat getah tu silap jahit kekdahnya



Kain Arisha, kat bawah, bunga kain terjulur keluar



Leher baju Arina dan Arisha yang dijahit mesin pada tangan, bawah dan leher. Jahit besar-besar pulak tu! Pastu senget sikit

Honeymoon Tak Jadi

Sepatutnya pada 3 hingga 5 Julai 2011 aku ngan cik abang gi honeymoon. Tempat favourite mana lagi kalau bukan ke Langkawi. Hehe.. Masa book ticket Air Asia tu aku pregnant kan Ardini, so bajet memang tak bawa anak la. Ticket murah, RM 70 pergi balik untuk 2 orang! Tapi disebabkan tak sampai hati nak tinggalkan anak, plan kami dibatalkan. Mula-mula nak tambah je 3 nama anak-anak, tapi mencecah RM900 la pulak! Tak worth it, jadi daripada kena keluar another 2K, baiklah lost RM70 je..kan. Hmmm..apa boleh buat, cik abang pun keje berlambak. Mana bisa mimpi-mimpi nak berhoneymoon. Hehehe..

Pengajarannya, book ticket lama-lama ni tak bagus dari segi kerja. Kita tak tahu kerja kita time tu banyak ke tak. Walaupun ada takwim untuk setahun, the big boss punye takwim juga yang kena ikut. Kedua, kalau nak book juga, book je sekali ngan anak-anak. Walau macam mana rasa nak berhoneymoon pun pasti akan rasa tak sampai hati tinggalkan anak-anak. Biarlah takde privacy, janji anak-anak gembira ikut bersama.

Monday, July 4, 2011

AH SO Ngok Ngek

Latest update..tadi dah call Ah So tu..mintak ganti rugi, aku nak balik duit upah + duit kain tu. Ko hamikla baju-baju tu semua.. Tau apa dia cakap, baju anak-anak u ok maaa..pale hangguk ko ok..senget-benget tu ok kemende nye!

Dia cakap baju aku tu tu boleh return duit upah, tapi rugi kain dia tak mo ganti. Amboi banyak cantik lu punye muka Ah So.. Ko dah rosakkan kain baju aku ko tak mo ganti pulak ye. memang geram dan hangen sangat-sangat ni!!

Skang tak tau nak cari toilor mana, ada ke yang nak terima tempahan lagi? EdaEjai aku tak reti nak tag ko kat blog, tapi ko boleh jahitkan tak? Aku beli kain lain la. Huhuu...*terus nangeh*

Baju Raya

Entry kali ni entry yang sangat sedih untuk tahun ni. 2 bulan lepas aku beli kain kat Nagoya untuk ditempah. Beli kain 8 meter. Tapi balik je Kajang tetiba tailor yang jiran aku tu dah bersalin pulak. So macam harapan tipislah nak hantar kat dia. Sudahnya kain tu aku bawa balik kampung semula nak hantar kepada kedai cina. Bukan taknak hantar kat orang melayu, tapi tailor biasa aku kat kampung tak amik baju budak. Pulak tu Arina tu dah big size, kena buat ukuran baru. So ada takde kena la hantar kat Ah So tu.

Last month, mak aku balik kampung nak amik baju tu. Dia kata tak siap lagi pastu komplen kata kain tak cukup. Mungkinle kot sebab kain tu bunga menegak, so kena pandai potong la nak amik badan baju tu. Dia plak takde la pulak cakap tak boleh buat ke apa. Akupun just dengar je la ceriter tu tanpa fikir apa-apa.

Sabtu baru ni mak aku balik lagi ke kampung. Alang-alang amik sekali baju ku itu. Hari Ahad sampai je rumah akupun tengokla baju-baju kami tu. Alangkah terkejutnya....baju raya ku itu bersambung dibahagian belakang, katanya kepada mak, tak nampak sebab pakai tudung. Masalahnya aku ni bukan pakai tudung labuh sampai tutup bahu. Dah sah-sah le nampak walaupun pakai tudung. Bajunya plak punyala labuh dah macam jubah! Lehernya dijahit dengan mata lalat, tapi haram memang tak kemas langsung! Macam orang baru belajat jahit mata lalat... Kalau camtu baik aku je yang jahit sendiri!

Baju Arisha dan Arina plak bahu ke bahu amatlah tak centre. Tang leher tu macam ditebuk tanpa diukur. Macam baju bodoh-bodoh je aku tengok. Dahler jahit mesin je, tepi leher pun dijahit mesin jugak! Apsal le tak guna kon baju tu?? Memang buruk giler.

Kain Arisha pulak tang bunga kain tu terkeluar, so bila pakai jadi senget sebelah! Ya Allah ujian apakah ini sampai macam tu sekali baju raya kami.. kalau baju suka-suka lainle, dia nak buat cincalok. Ni baju raya. Memang hodoh giler. Aku dah rasa tak semangat langsung nak pakai. Aku ingat nak pergi kedai cina tu balik pulangkan baju tu. Nak minta dia pulangkan balik duit upah dan duit kain aku sebagai ganti rugi. Sedihnya...memang menangis aku tengok baju tu. Ingatkan dah tempah awal-awal bolehla dapatkan baju yang dijahit kemas, boleh letak manik ke apa. Kalu dah baju sambung macam tu ape ke hal nak letak manik..? Rasa nak buat kain buruk adala..