Teknik marmet ini lebih senang, mudah dan murah (free lagi ) untuk dipraktikkan. Permulaan tu memang agak kekok tapi lama-kelamaan bila dah biasa, anda akan sendiri tahu dimana dan bahagian mana yang perlu anda mulakan dan mulakanlah buat ‘bisnes’.

Penggunaan teknik Marmet ini juga selalunya akan meghasilkan lebih pengeluaran susu disebabkan skin to skin contact yang berlaku semasa ianya berlangsung. Ingat tak yang konsep skin to skin contact antara kita dan baby yang akan meransang pengeluaran susu? Ha sama la juga konsepnya dengan teknik marmet ini.

Gambar daripada breastfeeding.com

Namun begitu, perlaksanaannya perlu praktikkan selalu agar mahir supaya kita tidak merosakkan tisu-tisu, jaringan-jaringan dan nerve yang berkaitan. Kalau silap dilakukan, ianya boleh menyebabkan breast kita bengkak dan melecet.

Elakkan :

1. Menekan sambil mendorong/mengheret jari jemari anda. Tindakan ini boleh menyebabkan payudara anda melecet.

2. Menarik-narik puting payudara. Tindakan ini boleh merosakkan lapisan-lapisan lemak pada aerola

3. Meramas-ramas payudara (squeeze). Tindakan ini akan melukakan payudara anda dan memberi kesan kepada kilang susu anda. Payudara anda juga cenderung membengkak apabila anda melakukannya.

* Since pam tollyjoy aku dah rosak, sejak itu aku telah mempraktikkan teknik marmet ni. Tapi bukanlah kali pertama aku mencubanya, sebelum ini pun jika masih belum puashati dengan hasil perahan pam, aku gunakan tangan juga. Cuma tak tahu lagi cara-cara marmet ini. Ternyata caraku selama ini betul...mujur juga sebab kesan dari teknik yang salah ini boleh menyebabkan kesan yang serius. Sekarang hasil teknik marmet ini memang mengagumkan! Meningkat dari 4-5 oz sehingga mencecah 5-6 oz. Dan sekarang susu semakin banyak. Stok EBM Ardini pula semakin banyak terkumpul dalam peti sejuk. Alhamdulillah...berkatilah usaha hambaMu ini!

0 yang rajin komen: