Thursday, June 30, 2011

Entry Tertunggak ~ Shah Alam~

Pada 18 Jun 2011 yang lalu kami sekeluarga pergi ke Shah Alam untuk berjumpa ngan makcikku, Mak Yang. Dah lama sangat tak jumpa dia, last jumpa masa Arisha baru umur beberapa bulan. Skang Arisha pun dah besar. Ardini plak dah lahir. Mak Yang pun baru tau tentang kehadiran Nur Ardini. Hehe..lama benar tak jumpa, setakat sembang on the phone je. Mak Yang still the same, masih vouge de vass lagi..

Sampai Shah Alam kul 1.15 petang, amik Mak Yang kat seksyen 17, terus gerak ke Tesco Shah Alam. Sampai Tesco terus melantak Beriyani JM. Punye la pulun makan, lepas beriyani aiskrim, lepas tu order tauhu bakar. Seyesly, tauhu bakarnya sedap giler...rangup! Setel makan ngan solat gerak ke Tasik Shah Alam plak.

Sesungguhnya Shah Alam dah banyak berubah. Tak macam 6 tahun sudah. Jalan pun macam dah tak kenal plak..Ingat-ingat lupa plak. Yelah dulu jalannya lain, takde bangunan, skang dah ada bangunan baru, dah jadi bangunan lain. Gitu le...bandar yang pesat membangun.

Sampai tasik, terus tenguk akuarium yang sebelah Wet World tu, suka giler Arina dan Arisha tengok ikan. Ardini tido dalam keter ditemani ayahnya. Dah puas jalan dan bergambar sampi muntah dalam akuarium kami lepak kat tasik plak. Barula Ardini ngan ayahnya muncul. Elok plak pastu cousin aku K ngan Kak Ina ada sekali kat Akuarium tu. Bawak Ammar hazim berjalan la tu...

Aku sertakan beberapa gambar masa kat Shah Alam. Sekian ~~

Perangai Arisha

Hari Isnin yang lalu, sampai je rumah terkejut tengok Arisha masih berbaju tidur malam sebelumnya. Mak aku cakap, pagi tadi lepas mandi, boleh dia mengamuk sakan nak pakai jugak baju tidur tu. "Ca nak akai aju ni..Ca nak akai aju ni la!". Ini apa yang mak aku citerla, dia dahler kepelatan sikit..macam tu la bunyi cakapnya masa ngamuk nak pakai baju tu. Hiiiii..kelakar pun ada budak ni. Tapi apa yang aku perasan A katanya A lah, kalau B katanya B lah. Kalau larat nak bergaduh ngan dengar sore dia yang nyaring menusuk rongga telinga tu buatlah. Seyesly, memang boleh pekak telinga dengar dia menjerit. So kalau boleh aku akan elakkan dari bergaduh ngan dia.


ni sorang lagi anak dara tengah tido lesak

Ice Pack Baru


Yesss...hari Jumaat lepas dah order ice pack baru jenama Autumnz secara online. Hari Selasa baru ni dah sampai dah. Syukur sebab cepat sampai, sekarang cuaca panas..dah tak leh bawa EBM begitu je..kena guna ice pack.

ni dia ice pack Autumnz yang boleh diguna pakai semula, RM23 dapat diskaun RM20


terus letak dalam freezer okeyyy, ada 3 ketul je..kang balik leh guna..hihi


mengorder jugak sebuah bakul comel pelbagai guna, ni beli untuk isi flusk, susu dan sebagainya bile travel. RM19.90 dapat RM17.91, tambah kos penghantaran RM6

Tuesday, June 28, 2011

Tropicana Live . Love . Life Contest


Alkisah, anak-anakku tersangatlah suka dan menggemari minuman Tropicana Twister. Ianya didatangkan dalam 3 perisa iaitu Oren, Epal dan Anggur. Manakala perisa yang digemari oleh Arina dan Arisha ialah Oren. Ikut maknya kot, sebab lebih prefer perisa Oren tak kira apa jenis minuman pun.

Bercerita tentang contest ni pulak, sebenarnya dah lama tahu sejak musim pertama lagi. Niat nak menyertai memang ada, cuma malas nak mengumpul keratan plastik yg ada bar code minuman tu. Selalu dah abes terus buang je botol tu. Sekejap je amsa berlalu dah musim ke-3 dah peraduan tu.

So di musim ke-3 ni barula hatiku terbuka nak menyertainya dengan bersungguh-sungguh. Maka jadila aku penghantar form yang tegar setiap minggu..hehe.. Okla seminggu sekali hantar, budak-budak tu plak minum 2 botol seminggu..tak pun 3 botol! Bayangkan baper hengget kami dah labor..hahaha.. Ada rezeki menang alhamdulillah la kan.. ;-)

Ni cara-caranya:

1. Download contest form di www.tropicanatwister.com.my

2. Isi form dan jawap beberapa soalan mudah

3. Sertakan 2 x 1.5 L / 4 x 355 ML plastik bar code

4. Tempek setem 80 sen

Haaa..kan senang je tu..selamat menyertai!

Kelebihan bulan Rejab

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”


KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Tuesday, June 21, 2011

Diet untuk Ibu yang Menyusukan

1 Sebaik-baiknya tunggu sehingga bayi anda berusia dua bulan ke atas iaitu sehingga penghasilan susu anda agak stabil. Sebenarnya anda membakar 200-500 kalori sehari jika anda
menyusukan bayi. Oleh kerana itu, janganlah anda khuatir. Menerusi penyusuan susu ibu sahaja, anda sebenarnya membakar kalori secara semulajadi!

2 Makan sekurang-kurangnya 1500 hingga 1800 kalori sehari. Jika hal sebaliknya berlaku, ia akan mempengaruhi penghasilan susu anda.

3 Kajian telah membuktikan bahawa ibu yang menyusukan bayinya dengan lebih kerap dan pada jangka masa lebih lama (melebihi enam bulan) akan lebih cepat kurus dan kembali ke berat badan asal.

4 Pastikan berat badan anda tidak menurun dengan mendadak.

5 Pengurangan kalori perlu dilakukan secara berperingkatperingkat. Penurunan yang mendadak boleh mengurangkan penghasilan susu. Hal ini agak ketara jika ibu itu jatuh sakit.

6 Elakkan amalan mengambil jalan pintas untuk menguruskan badan. Pengambilan ubat untuk menguruskan badan, diet rendah karbohidrat, diet cecair dan sebagainya adalah tidak disyorkan untuk diguna pakai oleh ibu-ibu yang menyusukan bayi. Dalam pada itu, diet rendah karbohidrat seperti yang diamalkan oleh puan sekarang boleh mengurangkan penghasilan susu kerana boleh menyebabkan:

a) Dehidrasi
b) Kekurangan kalori.

Perlu diingat, seseorang ibu yang menyusu secara eksklusif memerlukan sekurang kurangnya 1800 kalori sehari. Apabila anda mengamalkan diet anda mungkin tidak mengambil kalori secukupnya untuk penghasilan susu dengan baik. Malah, kandungan kalori akan berkurangan dengan mendadak apabila anda mula berdiet.

sumber : majalah Pa & Ma

Monday, June 20, 2011

Teknik Marmet

Teknik marmet ini lebih senang, mudah dan murah (free lagi ) untuk dipraktikkan. Permulaan tu memang agak kekok tapi lama-kelamaan bila dah biasa, anda akan sendiri tahu dimana dan bahagian mana yang perlu anda mulakan dan mulakanlah buat ‘bisnes’.

Penggunaan teknik Marmet ini juga selalunya akan meghasilkan lebih pengeluaran susu disebabkan skin to skin contact yang berlaku semasa ianya berlangsung. Ingat tak yang konsep skin to skin contact antara kita dan baby yang akan meransang pengeluaran susu? Ha sama la juga konsepnya dengan teknik marmet ini.

Gambar daripada breastfeeding.com

Namun begitu, perlaksanaannya perlu praktikkan selalu agar mahir supaya kita tidak merosakkan tisu-tisu, jaringan-jaringan dan nerve yang berkaitan. Kalau silap dilakukan, ianya boleh menyebabkan breast kita bengkak dan melecet.

Elakkan :

1. Menekan sambil mendorong/mengheret jari jemari anda. Tindakan ini boleh menyebabkan payudara anda melecet.

2. Menarik-narik puting payudara. Tindakan ini boleh merosakkan lapisan-lapisan lemak pada aerola

3. Meramas-ramas payudara (squeeze). Tindakan ini akan melukakan payudara anda dan memberi kesan kepada kilang susu anda. Payudara anda juga cenderung membengkak apabila anda melakukannya.

* Since pam tollyjoy aku dah rosak, sejak itu aku telah mempraktikkan teknik marmet ni. Tapi bukanlah kali pertama aku mencubanya, sebelum ini pun jika masih belum puashati dengan hasil perahan pam, aku gunakan tangan juga. Cuma tak tahu lagi cara-cara marmet ini. Ternyata caraku selama ini betul...mujur juga sebab kesan dari teknik yang salah ini boleh menyebabkan kesan yang serius. Sekarang hasil teknik marmet ini memang mengagumkan! Meningkat dari 4-5 oz sehingga mencecah 5-6 oz. Dan sekarang susu semakin banyak. Stok EBM Ardini pula semakin banyak terkumpul dalam peti sejuk. Alhamdulillah...berkatilah usaha hambaMu ini!

Wednesday, June 15, 2011

Ardini 4 bulan sudaaaa



12 Jun 2011 genap sudah anakanda Nur Ardini 4 bulan. Hari itu jugala dia pandai meniarap. Hehehe..kalau tak sebelum ni cuma mengiring-ngiring je. Masih tak berjaya meniarap.. tapi sempena ulangbulan dia, pandai sudahhh..siap tayang-tayang kat mama lagi..ekeke.. Pastu kalau kecewa atau terbalik semula mula la dia nangis ngamuk sakan. Tapi masa nak snap gamba elok plak boleh pandang kamera control cun dulu...hahaha..

Monday, June 13, 2011

Stanza Cinta @ TV3

Coming soon drama kat TV3, Stanza Cinta setiap Ahad pukul 9 malam. Drama ni adaptasi dari novel juga, berjudul Stanza Cinta nukilan Nurull Halawati. Terbitan mana tak sure pulak. Tapi aku nak cari kat MPH siap-siap. Hahaha.. nanti abes stok plak kan.. Antara barisan pelakonnya ialah AAron Aziz (my peberet ektot) ekekek..berganding dengan Nurul Fatiah. So demmm best, can't wait!


Sinopsis :

Amni Sorfina hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.

Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia....tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.

Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.

Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?

Breastfeeding

Alhamdulillah semalam genap usia anakandaku Nur Ardini 4 bulan Dan dalam tempoh itu juga Ardini masih lagi fully breastfeed. memang niatku nak Ardini fully breastfeed selama 6 bulan. Namun aku tabah dan redha je bila stok untuk Ardini semakin berkurangan. Jadinya stok hari ini untuk esok. Hari khamis lepas memang dah pesan dengan mak kalu tak cukup bekalan bagi je susu formula. Tapi Ardini pula tak mo minum. Dia sanggup tunggu dari pukul 3.30 petang sampai kul 5 lepas aku balik baru menyusu. So kiranya memang sampai hari ini dia masih lagi fully breastfeed.

Sekarang ni bekalan Ardini makin tak cukup kerana dia makin kuat menyusu. Sebotol 4oz memang kejap je dia habiskan. Dan kalau letak 3oz mula la dia mengamuk sakan geram tak cukup..huhuu. So skang stok memang kena ada sekurang-kurangnya 12oz. Paling ok jika ada 15 oz.

Bila dah keje ni kadang-kadang kena balik lambat so tu yang membuatkan stok makin kurang. Tapi sebolehnya aku cuba untuk balik awal, sharp 4.30 petang dan punch card. Hehehe.. Jadinya skang ni terpaksa la bangun tengah-tengah malam untuk mengepam. Tapi seriously memang tak larat, penat dan mengantuk.

All the best to you Ardini.. Harapan mama Dini dapat menyusu sehingga 2 tahun. InsyaAllah.

Friday, June 10, 2011

Sikap

Orang yang melakukan kesalahan tetapi tidak boleh menerima teguran adalah sikap yang paling aku tak suka. Lagi pula kesalahan itu terang, nyata dan tidak perlu menyuluh torch light pun terang-terangan nampak. Tak perlu aku nyatakan apa kisahnya, tetapi apabila teguran diberi disalahertikan pula. Padahal teguran itu dalam nada yang lembut bukan maki hamun ataupun marah-marah. Tapi telah disalahertikan oleh pihak tersebut. Dikatanya itu bukan teguran tapi tuduh dia macam-macam. Walhal memang dia buat pun benda salah tu. Hmmm.. manusia, oh manusia... Tak cukup dengan itu dikatanya pula orang yang memberi teguran itu macam bagus sangat, padahal selalu juga melakukan kesalahan dan suka bermuka-muka. Dahhh.. tak pasal-pasal orang lain pula terbabit sama..

Citer ni banyak berlaku dalam persekitaran aku. Yang salah tetap salah walaupun yang mengatakan salah itu pun turut sama bersalah. Akupun dah pening ngan ayat aku sendiri..ekeke.. Sekian catatan di pagi jumaat yang hening ini.

Tuesday, June 7, 2011

Balik Kampung!!

Weekend lepas kami sekeluarga balik ke kampung suami di Batu Pahat, Johor. Nenek suami mengadakan majlis cukur jambul secara berjemaah dikalangan cicit-cicitnya. Yela ramai sangat cicit jadi buat sekali harung lebih senang, jimat dan boleh beramas mesra ramai-ramai.

Hari Sabtu kami bergerak sekitar 10.30 pagi. Jalan memang jem tak hengat.. Sudahnya sampai umah Nyai kul 2.30 petang. Memang majlis dah hampir selesai. Jadi tak sempatla anakku Nur Ardini dicukurkan jambul. Huhuuhu..

Hari Ahad pula kami ke rumah ayah saudara suamiku, sepupunya kawin. Pukul 3.30 petang barulah kami bertolak pulang ke KL. Seperti biasa jalan memang jem juga. Sampai Kajang lebih kurang pukul 8 malam..Penatnyaa..Sampai laa ni baru leh update blog. Ekekke..


Novel Kasih Yang Suci

Entry kali ni aku nak citer pasal novel yang aku beli hasil bantuan rakan amnetku, Pn. Azrina yang telah mengorder secara online. Punyala suka citer Nora Elena sampai sanggup beli novel.

Keseluruhan jalan ceriter agak ok tapi ada part yang lebih ok di novel namun ada part lebih ok di TV. Biasala tu mana ada drama yang perfect kan. Watak-watak dalam novel banyak tapi dalam drama kurang. Mungkin nak jimat kos kot. Muahahaha.. Thanks to Pn. Azrina..

Monday, June 6, 2011

Nora Elena

Baru-baru ini TV3 telah menayangkan slot baru drama yang bertajuk Nora Elena yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis dari jam 7 hingga 8 malam. Episod 1 tayang memang tengok gitu-gitu aje, tapi dalam hati macam ok juga drama ini. Senang faham jalan ceriternya. Rupanya drama ini adaptasi dari sebuah novel yang bertajuk Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha.

Episod 2 juga aku menontonnya dan merasa makin seronok dengan jalan ceriter disamping watak-watak yang hebat. Lakonan Aaron Aziz dan Siti Saleha memang boleh tahan juga! Aaron memang seperti biasa lakonannya memang menjadi apatah lagi wataknya lebih kepada seorang yang macho, setia dan seorang yang penyabar. Memang perfect! Manakala Siti Saleha pula memegang watak yang keras hati, keras kepala dan bermacam-macam keras lagi. Hahaha..lakonan ok juga la.. Makin ok berbanding dulu-dulu. Cuma tak bestnya dia punya slang tu tak hilang. Yela watak Nora Elena tu kan seorang gadis kampung yang telah dinodai, tapi dia punye slang tak amcam orang kampung daaaa... Kurang sesuai yang tu la pada pendapat aku.

Akibat menonton drama ni sembahyang mahgrib asek lewat. Haisshhhh..bisingla suamiku ituuu.. Dan rasanya suami orang lain pun tergugat juga kot..ekekekeke.. Harap maklum la tuan-tuan, diharap dapat bersabar dengan kerenah isteri-isteri anda, kerana kami sedang demam dilanda drama Nora Elena.

Buat suamiku, terima kasih kerana sudi melayan kerenah aiii..yang nak jugak cari novel Kasih Yang Suci itu. Dolu Lagenda Budak Setan, pastu Twilight Saga skang Nora Elena plak.. Mujurnya Twilight Saga tu ada E-book amik dari kawan. Kalau tak mau ada yang kopak..Wakaka..