Friday, April 29, 2011

Arina dan Colouring

Arina memang suka mewarna. Hasilnya boleh tahan juga la. Dulu-dulu dia mewarna memang comot. Ikut suka dia je..Tapi sekarang hasilnya memang lebih ok dan cantik.Ini lah hasilanya..tadaaaa....


*Tekun mewarna..hihi







Sekarang ni aku dah start ajar dia menulis pulak. Almaklum la, dia dah nak masuk 5 tahun tapi masih belum ke sekolah lagi. Jadi kami kena bagi lebih latihan untuk Arina belajar supaya dia tidak ketinggalan jauh dari kawan-kawan yang pergi ke sekolah. Ini hasil pertama Arina menulis...

Thursday, April 28, 2011

Khasiat Herba untuk Wanita

MANJAKANI


Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astringen, anti-microbial dan anti-radang. Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin. Kajian membuktikan bahawa unsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.

Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam pengubatan:-
• Awet Muda : Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.
• Pencegahan Kencing Manis : Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.
• Pencegahan barah payudara dan rahim : Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.
• Pencegahan bau yang tidak diingini : Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.
• Merawat otot-otot di dalam faraj : Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.
• Mengawal lendir dan lelehan faraj : Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.
• Membersihkan lelehan haid dan nifas : Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.
• Mengecutkan semula tisu-tisu : Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
• Menegangkan dan mencantikkan kulit : Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
• Mata yang sihat : Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.
• Rawatan payudara : Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bermanjakani dapat memperbaiki payu dara yang telah hilang kekenyalannya.
• Gigi dan tulang : Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.
• Mulut : Astringen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut.
• Kulit kering dan berminyak : Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak.
• Perawatan kronik ulser : Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.
• Pelbagai khasiat makanan : Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.



KACIP FATIMAH


Kacip fatimah ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia, dan nama botaninya ialah Labisia pumila. Dalam kegunaan tradisional, kacip fatimah digunakan untuk mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual seperti tongkat ali.
Air rebusan kacip fatimah terutama bahagian akarnya diminum untuk tujuan rawatan. Dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu, penggunaan kacip fatimah terkenal dalam merawat wanita yang baru lepas bersalin. Selain daripada itu juga, keseluruhan pokok ini juga boleh dijadikan debu dan digunakan untuk rawatan buasir dengan cara menyapu pada bahagian buasir yang keluar. Ia juga digunakan untuk mengubati sakit dalam tulang dan meroyan.


KUNYIT


Beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan kunyit boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angi dalam perut. Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit. Kunyit juga boleh digunakan sebagai tonik bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan. Juga boleh membantu masaalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah. Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam.


HALIA


Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia. Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik Universiti Michigan yang diterbitkan di American Association of Cancer Research menunjukkan bahawa halia mampu membunuh sel barah.
Untuk kegunaan perubatan pula di Asia ia digunakan untuk mengubati colic (angin) dan rheumatik (sakit sendi). Ia juga biasa dijadikan perasa untuk pelbagai jenis teh. Teh dari bunga lawang juga boleh dijadikan ubat batuk. Minyaknya juga boleh mengurangkan gejala muntah dan loya bagi ibu mengandung.


JINTAN MANIS


Jintan manis merupakan sejenis rempah. Nama sains jintan manis adalah Pimpinella anisum.
Jintan manis banyak khasiatnya. Ia dapat melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ia juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu di sekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.Selain itu juga,jintan manis ini dapat membuang lemak di pangkal peha dengan cara rebus jintan manis dengan 5 cawan air sehingga mendidih,selepas itu biarkan sejuk.Amalkan meminum air rebusan jintan manis ini pagi dan petang selama empat minggu.


KULIT KAYU MANIS


Kulit kayu manis adalah antara rempah yang biasa digunakan dalam masakan Melayu. Ia mempunyai khasiat yang sangat tinggi dalam pengubatan tradisi beberapa jenis penyakit disamping boleh juga digunakan sebagai pengawet semulajadi. Aromanya dapat merangsang minda termasuk daya kognitif seseorang. Menambahkan rempah kulit kayu manis ke dalam makanan tinggi karbohidrat dapat mengurangkan kesan kandungan gulanya ke atas darah anda dan ini bagus untuk penghidap penyakit kencing manis.
Kulit kayu manis dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Cinnamomum zeylanicum dan berasal dari keluarga Lauracea. Ia berfungsi memanas dan mengering, dari itu sesuai diamalkan bagi megubati selesema serta melancarkan pengaliran darah. Ia dikunyah bagi mengeringkan hingus. Amalan membancuh susu yang dicampur dengan sedikit serbuk kulit kayu manis juga berkesan untuk meredakan sakit itu.
Kesannya lebih lembut daripada halia tetapi tindakannya lebih keras. Kedua-dua herba itu seringkali direbus bersama-sama bagi menghasilkan minuman yang melegakan bagi mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya dibahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang berpunca daripada kesejukkan.
Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh kaum wanita yang sering mengalami senggugut atau kesakitan dibahagian ari-ari dan kaki. Disamping itu ia juga boleh digunakan untuk berkumur untuk mengubati sakit gusi dan juga menghilangkan masalah pernafasan berbau.
Banyak di kalangan pakar pemakanan membicarakan tentang kulit kayu manis yang dikatakan boleh membantu mengurangkan glukos dalam darah dan kolestrol bagi pengidap diabetes. Beberapa penemuan di Pakistan menunjukkan tahap rendah glukos, triglyceride, kolestrol LDL dan jumlah keseluruhan kolestrol menurun selepas pengambilan selama 40 hari dan terus menurun selepas 20 hari tambahan kemudian. Kajian tersebut membabitkan 60 orang pesakit diabetes jenis 2 dibahagikan dalam 6 kumpulan dengan 10 orang setiap kumpulan. 3 kumpulan mengambil kulit kayu manis jenis cassia dalam bentuk kapsul 1, 3 atau 6 gm sehari. 3 kumpulan lain mengambil kapsul placebo. Kapsul berkenaan diambil 3 kali sehari selepas makan. Kumpulan yang mengambil kulit kayu manis menunjukkan hasil dan disimpulkan pengambilan 1gm kulit kayu manis sehari akan membantu pengidap diabetes jenis 2. Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
Ingin menghilangkan parut dikulit. Cubalah kaedah orang lama. Tumbuk lumat kulit kayu manis. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air kemudian bancuhkan dengan bedak sejuk. Kemudian sapukan pada tempat yang berparut. Lakukan sekerap mungkin dan lama kelamaan parut tersebut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat diwajah. Dalam Medical News 09 Apr 2006 dua kajian yang dibentangkan dalam persidangan Experimental Biology 2006 menerangkan lagi kesan manfaat kulit kayu manis sebagai agen anti-radangan dan menyokong kajian awal mengenai kuasa agen anti-oksida dan agen yang boleh mengurangkan kolesterol, triglyceride, dan glukosa dan meningkatkan fungsi insulin.


SUMBER : cedokan sana-sini..


* Info yang amat berguna untuk diamalkan. Tambahan lagi bahan-bahannya amat senang didapati.

Thursday, April 21, 2011

Projek Baju Kurung Pertamaku


Nak citer pasal belajar menjahit ni memang geram. Bukan geram apa, aku minat menjahit, penah gak belajar menjahit, siap sehelai baju bersama cekgu jahit tu. Tapi pastu punyala takde masa, sampai tak cuba jahit lagi. Ada potong kain, tapi masih terbengkalai. Last-last aku potong lak kain lain tapi baju kurung anak-anak pulak. Dah setahun lebih potong, baru aku cantumkan menjadi baju kurung.. Giler kentang punye bz la konon! Hahaha... Ini lah hasil baju kurung pertamaku untuk puteri-puteri terchentaaa..


* Hanya gambar yang telah siap digayakan je ada..hehe..




Wednesday, April 20, 2011

Kisah anak-anak Latest

First, Arina... badan dah makin naik. Makin lama makin tembam. Berat latest timbang 24.1kg. Memang mengejutkanla. Mungkin sebab dia suka makan, tidak memilih dan juga masih menyusu lagi. Jadi vitamin semua cukup, termasuk tidur..muehehe.. Favourite movies Barbie, Monster VS Alien, Monster Inc dan Cars. Ada jugak citer katun lain yang dia suka. Tapi movie katun-katun ni memang favourite all the time.. Aku lak tension dorang asek ngadap lappy.





Second, Arisha...sejak kami balik ke kampung ni, badan dia pun dah naik.. sekitar 12.3kg gak la. Nampak muka makin bulat, nak dukung memang sah-sah la terasa hantapnya. Cuma masalah dia dalam pertuturan la, masih belum menguasai semua perkataan dan tidak boleh menyebut satu-satu perkataan dengan lengkap. Tapi, dia tak suka pakai pampers. So skang ni siang hari dia memang tak pakai pampers. Jimat duit ayah..hehe..






Third, Ardini.. berat badan latest belum tahu, last masa 1 month 3.98kg. Esok baru nak gi check up dan injection untuk 2 months. Harap-harap tak nangis la. Dia skang makin aktif, suka senyum, agah orang, ajak berbual, kaki lak suka menendang sampai nyaris tak jatuh dari riba. Dini..Dini..



I'm Back!!

Setelah sebulan setengah berada di kampung dan juga selama itulah aku tidak menatap dan meupdate entry terbaru..rindunya kat blog ku ini. Dah bersawang pun. Sama macam rumahku yang telah bersawang..hehehe...


Banyak citer yang terjadi, tapi tak dapatla aku nak update dalam blog.. Namun kucuba masukkan sedikit demi sedikit untuk tatapan kawa-kawan semua. Sudi-sudikan lah membacanya.. :-)