Sunday, February 27, 2011

Deadline!

Camne lah aku boleh lupa..dateline bayar cukai pintu umah ni esok..haha..takla banyak tapi sebab kesuntukan masa suami, takut tak sempat je bayar esok. Cukai untuk 6 bulan lebih kurang RM79, tapi kalau lewat bayar penalti RM 5 untuk bawah Rm100 dan penalti RM 20 untuk lebih dari RM100. Banyak gak tu. Rugi la bayar-bayar lebih kat orang. Hahaha..

Thursday, February 24, 2011

Dugaan oh Dugaan

Hari ini kena dua dugaan, pertama keter kesayangan suami rosak..owhhhh tidakkk..disaat-saat baru gaji ko rosak plak eh ye kereta..huhu.. Mujur bawak bengkel rupanya plug yang lama tak tukar..dah hitam legam kalernya. Kena la dalam RM90 jugak, kos jugak tu!


Dugaan kedua lak Arisha memang demam dua hari lepas. Tapi dah kebah. Ni elok lak keluar bintik-bintik merah macam rashes. Tapi bukan rashes sebab tak timbul. Rasanya campak juga macam yang Arina penah kena. Dari muka sampai ke pangkal peha. Kena carik air kelapa la pasni untuk bagi keluar habis. Hmmm..dugaan betul. Harap-harap anak mama cepat sembuh k.

Sunday, February 20, 2011

Detik-detik kelahiran Nur Ardini

Bercerita tentang kelahiran Nur Ardini, sakit yang ku rasai lain sikit dari anak-anak yang sebelum ni. Macam orang kata setiap anak lain rasa sakitnya. memang betulpun. aku rasa sakit sikit-sikit tu start ari khamis lagi. Petang tu da rasa sakit pinggang and sengal-sengal perut. Tapi macam berinai-inai gitu. Ari jumaat pula ok..dan aku bekerja di opis macam biasa. Kesibukan kerja membuat aku perlu bergerak aktif walaupun dalam keadaan sarat mengandung. Memang dari pagi sampai petang bz bekerja je. (poyo la plak)



Malam pulak, anak-anak mau ke Jusco. Dan akupun rasa kesian lak andai kata aku bersalin dalam masa terdekat, dorang mesti tak dapat jalan-jalan lagi. So malam tu kitaorang ke Jusco Cheras Selatan. Masa tu Arisha wat perangai nak didukung. Hadoiii..dukungla kejap, setelah dipujuk baru dia nak jalan sendiri. Tengah malam tu, aku seperti biasa tak leh tido sangat sebab tak selesa dan rasa sakit merengat-rengat tu datang semula.



Pagi sabtu tu pula sakit merengat-rengat tu masih berlarutan sehingga membuatka aku takde mood untuk buat apa-apa. Tapi sempatla juga membasuh kain 2 bakul. Petang tu plan nak pergi pasar malam. Tapi baby dalam perut asek menggelodak je..mengeras. Sakit tu satu hal la. Memang seharian baby tak gerak. Cuma mengeras je. So plan ke pasar malam tu terbantut. Yang pergi cuma mak, suami dan anak-anak sahaja. Masa tu baru pukul 5.10 petang..dan masa tu la aku sempat mengupdate blog entry bertajuk detik-detik terakhir sebelum bersalin.



Jam 5.30 petang sakit itu makin kerap dan rasa sangat-sangat sakit. Tak sampai 5 minit sakit. Akupun dah konfius samada sakit nak bersalin ke ni..?? terus aku telefon Kak Pah iaitu matron di opis lamaku. Dia cadangkan aku ke hospital sahaja, memandangkan kes sebelum ini, Arisha dan Arina aku memang cepat bersalin. Dan dia risau aku bersalin dalam keter lak kang. Lagipun aku dah cukup bulan..39w+2d.



Suami dan anak-anak balik dari pasar malam pukul 6.15 petang. Aku cakap yang aku dah tak tahan lagi menanggung sakit. Suami mandi dulu dan terus kami bekejar ke hospital. Arina menangis-nangis. Macam panik je tengok aku sakit. Sempatla makan kebab dan apam balik walaupun tak habis. Huhu..



Sampai je hospital tepat jam 7 petang. Suami drop aku kat kaunter A&E dahulu dan dia terus cari parking. tempat parking ngan kaunter memang jauh so amik masa la. Aku pula terus mendaftar dan disuruh masuk ke dalam. Memang tak sempat jumpa suami. Apabila masuk ke dalam, BP diambil dan urine ditest. Aku terus disuruh baring kekatil untuk cek heartbeat baby. Masa tu juga nurse memasukkan satu saluran gas yang tidak diketahui untuk apa. Apabila aku tanya, nurse kata heartbeat baby lemah. Dan aku diam..tapi tak selesa ada saluran tu dihidung.



Selesai je test tu, doktor cek bukaan baru 4cm dan nurse memberi sepasang baju untuk aku salin. Namun sakit yang teramat membuat aku tak berdaya untuk bangun. Tiba-tiba booppp...air ketuban leaking. Aku terus panggil doktor dan nurse. Mereka cek bukaan telah 6-7cm. Nurse pula seluk, n suruh aku push tanpa resa. Aku terus push dan dia kata, puan kena cepat sebab baby dah berak dalam perut. Aku terkejut dan sakit yang datang makin menggilerrr. Nurse-nurse terus tolak aku ke LR. Sambil tu dia tak putus-putus minta maaf kerana aku menjerit kesakitan masa push tu. Dia kata dia terpaksa kerana kecemasan. Dalam hati aku aku takde marah diapun. Cuma sakit tu yang menggiler membuat aku rasa macam nak mati. Huhu...



Sampai di LR tak sempat salin baju aku dah rasa nak push. Suami pula baru masuk ke LR. Macam biasa suma nurse memberikan kata-kata semangat. Dan 2 kali push keluarla cahaya mata ke-tiga kami. Syukur alhamdulillah...Masa kepala baby dah keluar separuh, mereka terus menyalurkan saluran untuk membuang lendir. Tindakan pantas itu untuk mengelakkan baby dari lemas. Selesai urusan itu aku push sekali lagi untuk mengeluarkan semua anggota badannya. Alhamdulillah..baby girl.



So tepat jam 8.30 malam lahir anggota keluarga kami yang baru. Baby diletak di atas dadaku. Sementara uri dikeluarkan. Semua urusan berjalan dengan lancar. Kami dihantar ke wad sekitar jam 11.50 malam. Dan dapatla berjumpa suami semula..Alhamdulillah....

Saturday, February 19, 2011

Nur Ardini's Picture



Puteri Ke-3, Nur Ardini yang bermaksud cahaya isteri yang menyayangi.. semoga menjadi anak yang solehah berjaya di dunia dan akhirat. Amin. Pasni tajuk blog pun kena tukar la kot. Hehehe..


Tuesday, February 15, 2011

Kelahiran Anak Ke-3

Alhamdulillah pada 12 Februari 2011 aku telah selamat melahirkan seorang puteri yang comel tepat jam 8.30 malam di Hospital Serdang. Bayi seberat 2.98kg dengan ketinggian 48cm adalah puteri ketiga kami. Syukur ke hadrat Allah kerana semua urusan dipermudahkan dan selamat alhamdulillah. InsyaAllah di entry akan datang akan aku uploadkan detik-detik kelahiran itu.

Saturday, February 12, 2011

Detik-detik sebelum bersalin

Malam tadi dah kerap rasa sakit-sakit, baby mengeras dan rasa sakit perut menggelodak gtu. Baby lak memang tak gerak langsung, asek mengeras je.. Macam dah tak lama je ni sebab sakit yang sama sejak malam tadi memang langsung tak surut. Sebelum-sebelum ni ada gak surut. Harap-harap tak lama la kesakitan ini dan semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya. Amin

Thursday, February 10, 2011

Lirik Lagu Maulidur Rasul - Junjungan Mulia

Junjungan Mulia

( 1 )
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

( 2 )
Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

( ulang 1 & 2 )

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

( ulang 1 & 2 )

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

( ulang 1 & 2 )

@ 39 weeks

Hari ini genap sudah minggu ke-39 kandunganku..malam ni jugak aku akan merendamkan genggam fatimah untuk dijadikan air selusuh. Harap-harap tak lama lagi bersalin la. Walaupun perut tak berapa besar, namun nak bawak tu sama je macam nak lahirkan baby 3kg lebih. Huhu..

Ada juga rasa macam nak amik Maternity leave awal, tapi rasa macam rugi pulak. Yela dok rumah kang memang tak dapat nak exercise plak, tapi kat opis ni jadi terlebih exercise jadi sakit pulak..Haishhh memang manusia ni tak penah rasa cukup kan...

Terlanjur dah update blog harini, aku ingin memohon maaf kepada semua kawan-kawan atas segala keterlanjuran kata dan perbuatan selama ini. Manala tau walaupun dalam blog tapi kite tak tau hati orang yang terasa ke apa. Masa menulis ikut sedap je kan..hehe..

Monday, February 7, 2011

Cuti Hari Wilayah dan Chinese New Year

Tahun ni awal-awal lagi dah best sebab dapat cuti direct banyak hari..hanya perlu amik cuti rehat 2 hari je dah dapat cuti 9 hari. Tak ke best tu..hehe..Tapi disebabkan aku nak jimatkan cuti, jadi amik sehari je, tupun rasa dah berbaloi..dapat 6 hari total. Kali ni kitaorang balik Perak, sebab dah turn. Last bercuti krismas masa adik ipar kawen. So dapatla lepaskan selera nak makan mee hailam kat kg sebelah. Sedap ooo mee hailamnya..Pastu tingin nak makan buah rambutan mak belakang umah tapi buahnya belum masak, yang ada cuma yang nak dekat masak je..tupun sikit, lepasla kempunan..sebab rasanya masak dalam 2 minggu lagi, so time tu aku dah berpantang kot. Balik Kajang semula ari Ahad, pagi gerak kul 9.30 sampai Kajang kul 1 petang. Alhamudulillah..selamat sampai.

KLCC

Dah lama betul aku tak mengupdate blog ini. Banyak cerita yang ingin dikongsikan bersama. 1st sekali aku nak share citer masa gi KLCC pada cuti weekend sebelum CNY, pada 29/1/2011 yang lalu. Sebenarnya dah lama berjanji ngan anak-anak untuk pergi ke sana. Namun disebabkan banyak hal-hal yang tidak dapat dielakkan so tak dapatla bawak mereka ke sana. Pegi ke KLCC ni ni dah jadi macam acara tahunan pulak, sebab last pergi bulan Januari tahun lepas juga. So genap setahun baru pergi sana balik. Hehehe..

Masa pergi sana tu Arisha baru je pandai berjalan, kira jatuh-jatuh gakla..sebab ramai orang dan tile yang licin giler. So pada hari sabtu tu kitaorang bergerak dari rumah agak lewat jugak, dalam pukul 11.15pagi. Tiba kat Jalan Tun Razak, cam biasa dah sesakla..mujur tak lama sangat. Akhirnya sampai gak kat sana dalam kul 12.05 tengahari. Carik parking pun senang, kejap je dah jumpa yang berdekatan ngan eskulator.

Sampai je terus lepak kat taman KLCC. Cam biasa menikmati panorama kat situ. Anak-anak memang suka giler tengok air pancut tu. Posing dan bergambar sampai muntah tu acara biasa..termasuk la mak dorang ni..haha..

Lepas lepak-lepak situ, ingat nak gi Aquaria..rupanya jalan nak ke Aquaria tu punyela jauh..sakit oto gakla dibuatnya..Sampai kat kaunter Aquaria dalam kul 1 petang terus tengok harga tiket..ooo mak aihhh mahalnyaaa..dewasa RM35 kanak-kanak umur 3 tahun ke atas RM25, total semua RM130 kena..uwaaaa mahaiii nyee..tapi sebab nak bagi anak-anak merasa, beli jugakla..pasni korang nak tengok korek duit tabung yek..hekhekhek..so layan...gamba-gamba kat Aquaria ni..

Dah penat pusing-pusing Aquaria, kitaorang keluar dalam kul 3 petang. Perut dah mintak diisi, tapi sebab kat KLCC makan nasik tak so kitaorang decide makan kat luar. LAst-last gerai kat area Kg. Dato' Abu Bakar Baginda, Bangi jadi pilihan. Anak-anak lak da tido dalam keter, almaklum suma kepenatan berjalan. Pastu singgah UNITEN beli rojak pasembor best dan terus balik..kul 4 petang baru kitaorang lunch. Huhuhu..penatnya..

*Gamba-gamba lain akan diupload ke dalam Facebook..kang berat lak blog ni..hehe