Monday, January 24, 2011

Melaka

Sejak akhir-akhir ni tak tau mengapa hatiku begitu menggeletek nak berjalan-jalan ke Melaka. Bukannya tak penah pergi, tapi sebab Melaka dan jadi Negeri Maju, maka teringin la plak nak melihat perkembangan dan kemajuan negeri Melaka. Dulu-dulu penah la pergi masa ada denagn ex dulu, tapi tu zaman biler, takat gi A'Famosa, menara kaler merah, Muzium kapal dan naik beca je la..Time tu mana de Menara Taming Sari, Dataran Pahlawan dan MITC. Kira carok lagi arrr..hahah mau kena bom ngan orang Melaka ni..

Tapi dengan keadaan memboyot aku ni rasanya macam tak larat plak nak berjalan-jalan. Maka wat masa ni lupakan sekejap la niat nak meronggeng ke Melaka. Lenkali aje, boleh tido sana ..cehh berangan. Tapi bolehla kot, untuk kepuasan anak-anak. Lagipun travel ngan anak-anak ni amik masa yang lama juga, lagi pulak pasni bertiga. So masa kena lebih sket untuk uruskan mereka bila berjalan ni.

Tuesday, January 18, 2011

Cerita hari ini

Sudah lama rasanya aku tidak mengupdate blog ini. Walaupun tak update tapi hari-hari aku sempat melawat blog kawan-kawan yang lain. Cuma tak tersempat nak drop comment aje. Nak kata busy tak juga, cuma mood je agak kureng untuk berblog. Mungkin pembawakan budak kot..Muahaha..

Semalam (petang) aku ke klinik untuk rutin check up perut, minggu ke-36. Sedar tak sedar kejap je masa berlalu. Dan kini aku cuma meniti hari-hari dengan perasaan nebes dan macam-macam perasaan lagi bercampur-baur. Persiapan menyambut baby baru lak macam biasa aje. Rasanya tak banyak barang-barang yang aku beli, cuma barang-barang yang takleh nak recycle tu kenala beli baru. Baju baby ada 6 pasang (2nites, 4rompers), mitten beli 2 pasang lagi (sebab akak-akak dia punye ada yang getah da kendur), kelambu (memang 1 anak 1 sebab dorang guna sampai hayat terakhir kelambu tu), pampers, nappy liner, pad, barut wat extra lagi 6, tilam (pun guna sampai abes hayat tilam tu) dan beg baby sebab beg kakak dia da rosak zipnya. Barang-barang lain memang tak beli lagi. Rasanya macam banyak gak lagi..ubat, mandian, besenpun kena beli sebab yang lama dah bocor. Lain-lain belum terfikir dan rasanya yang masih elok tak perlu beli lagi. Kesimpulannya anak ke-3 banyak gak barang-barang yang takleh digunakan lagi. Rabak gakla..huhu..

Papepun harap-harap semuanya selamat..Arina dah tak sabar nak pindah ke hospital bila aku mengemas beg berisi barang-barang baby baru ni. Diapun nak ikut jugak! Mau haru tu nanti..Arisha lak masih belom faham sangat, cuma dia faham akan ada orang baru dalam hidupnya. Moga-moga Arina dan Arisha boleh menerima kehadiran adik baru mereka.

Wednesday, January 12, 2011

Yang Sempurnakanku - 6ixth Sense

Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu


* Lagu peberet anakanda nur arina wat masa ni. Lagu ni gak merupakan lagu tema citer Ummu Hani di TV3.

Tuesday, January 11, 2011

Peristiwa Penting di bulan Safar

Beberapa peristiwa penting yang terjadi dalam sejarah Islam pada bulan Safar, antara lain adalah :

  1. Perkawinan Baginda saw dengan Khadijah binti Khuwailid r.a, terjadi sebelum Nabi saw dilantik menjadi Rasul.
  2. Kebenaran berperang (2 Hijrah), peperangan pertama yang dihadiri oleh Rasulullah saw adalah ‘Wudan’ atau ‘Abwak’ guna menentang kekufuran;
  3. Tragedi Ar-Raji’, terjadi pada tahun ketiga Hijriyah (pendapat lain, 4 Hijriyah). Sejumlah tujuh orang sahabat Baginda saw diutus untuk mengajar agama Islam kepada kaum ‘Udal dan Al-Qarah, tetapi mereka telah mengkhianati utusan tersebut dengan melakukan serangan tersembunyi di sebuah tempat persinggahan yang bernama Ar-Raji’ di daerah ‘Usfan (kawasan di antara Mekah dan Madinah). Di antara yang menyertai utusan itu Khubaib bin ‘Adiy, Marthad bin Abi Marthad Al Ghanawiy, ‘Asim bin Thabit dan Zaid bin ad-Dathanah. Kesemua sahabat dibunuh di tempat serangan kecuali Khubaib bin ‘Adiy yang dibawa ke Mekah dan dibunuh di sana. Beliau merupakan orang yang pertama menunaikan dua raka’at sunat sebelum dibunuh yang kemudiannya menjadi ikutan sunnah.
  4. Peperangan Bi’ru Ma’unah (4 Hijrah), di bawah pimpinan Al-Munzir bin ‘Amr As Sa’idiy yang ditugaskan untuk berda’wah dan mengajar tentang agama Islam dan Al-Quran kepada Bani ‘Amir disertai oleh 40 orang sahabat Baginda s.a.w;
  5. Pembukaan Khaibar (kubu orang Yahudi) pada tahun ketujuh Hijriyah, disertai juga oleh 20 orang sahabat wanita di antaranya Ummu Salamah, Safiyah binti Abd. Mutallib dan Ummu Aiman. Sebanyak 15 orang sahabat gugur syahid sedangkan di pihak Yahudi pula sebanyak 73 orang mati terbunuh. Orang Yahudi pada mulanya merasakan bahwa mereka tidak dapat dibunuh karena kekuatan mereka, jumlah persenjataan yang lengkap dan jumlahnya yang banyak.
  6. Peperangan Maraj Rahit pada tahun ke-13 Hijriyah di pinggiran bandar Damsyik, Syria di bawah pimpinan Khalid bin Al-Walid.
  7. Pelantikan ‘Abd. Rahman Al Ghafiqiy sebagai Gubernur Andalusia pada tahun 113 Hijrah.
  8. Wafatnya panglima Islam Salahuddin Al-Ayyubiy pada 27 Safar 589 Hijrah.
  9. Jatuhnya Kerajaan Abbasiyah yang berpusat di Baghdad ke tangan Tatar pada tahun 656 Hijriyah. Khalifah ‘Abbasiah, Al-Mu’tasim Billah, terbunuh beserta ahli keluarganya, orang-orang ternama negara dan ratusan ribu orang Islam. Ribuan kitab Islam musnah.
* Hasil cedokan sana-sini..thanks to en. gugel

Istimewa 11.1.11

Selamat pagi and Good morning semua.. Hari ini hari special dan tarikh special, iaitu 11.1.11. payah nak jumpa dah ni. Mungkin sekali je seumur hidup.

Tarikh ni juga merupakan Hari Lahir Datuk Siti Nurhaliza. Sudah tentu ada sambutan yang hangat bakal disambut oleh beliau dan suami. Paling ditunggu-tunggu adalah hadiah beliau nanti. Hehehe.. dah namapun pasangan tersohor yang romatik, so hadiahpun mesti lebnih istimewa kan..

* Gambar hiasan semata-mata
comelkan beliau masa ni..skang pun comei gak cuma kurang sket :D

Hari ini juga rakan sepejabatku MC, termasuk dalam peristiwa jugaklah kan..ekekeke..sementara my big boss lak pergi meeting so aku lak leh la beronggeng-ronggeng berblog sekejap ( nipun dah bape lama tak menjengah blog sendiri dan kawan-kawan)
Ok sampai disini sahaja..jumpa lagi lain kali!

Friday, January 7, 2011

Amalan mendapatkan zuriat

AMALAN MENDAPAT ZURIAT

AMALAN PERTAMA

1. Selepas Fajar ataupun solat Subuh

Baca Bismillah - 1 kali
Kemudian selawat ke atas Rasulullah s.a.w. - 3 kali
Setelah itu, sujud dan baca kalimah syahadah - 101 kali

Dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah SWT apa yang kita hajatkan. Contohnya:"Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat."
Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3-kali

2. Suami dan isteri digalakkan mengamalkan cara ini selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil. Jangan cepat putus asa kerana Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang suka berputus asa.

AMALAN KEDUA

1. Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.

2. Isteri hendaklah membawa "Ya Awwal" (Yang Tiada Permulaan ada-Nya) 333 kali setiap hari.

3. Setiap hari, isteri juga hendaklah membaca "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali, kemudian tiup di dalam air dan minum air tersebut.

4. Suami isteri hendaklah membaca Surah Yusuf, Surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh keyakinan agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat rahmat daripada-Nya.

* Amalan ni diperolehi dari sumber forum artismelayu, by catwoman. Credit to her..
Untuk pasangan-pasangan yang masih mencuba untuk mendapatkan zuriat, cubalah amalan ni. Mana tau ada rezeki dapat..Yang penting kena usaha dan bekerja keras..ekeke..

Thursday, January 6, 2011

Aktiviti hari ini..

Hari ini aku EL, sebab tak tahan sakit kaki..ni mungkin disebabkan kurang kalsium. Yela time peknen ni kena banyak makan makanan dan minuman yang berkalsium. Kalau tak jenuhla sakit-sakit badan suma.

Sekarang ni sambil berblog, layan anak-anak main jual-jual. Dorang jual nasi lemak, kuih dan sebagainya. Tapi bila order semua abes..Hahahaha..Sekian aktiviti hari ini setakat pagi ni.

Monday, January 3, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Dikesempatan ini ingin aku mengucapakan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca-pembaca blog. Walaupun agak terlewat kerana tidak berkesempatan untuk mengadap laptop pada hari cuti, namun aku berharap agar tahun baru ini akan lebih meningkatkan keimanan kita kepada Allah S.W.T. Amin...

Selamat Hari Lahir Nur Arina

Selamat Hari Lahir yang ke-4 Nur Arina, semoga diberkati, dirahmati Allah dan berjaya di dunia dan akhirat sayang...31 Disember 2010